Skip to main content

Doa dan Harapan


Gambar Darwisya Adrianna 2 tahun 11 bulan dan Darwish Adrian 1 tahun 6 bulan dengan berbaju raya tahun ni.


Darwisya Adrianna, seorang kakak yang baik..

Selamat Hari Raya di ucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Tentunya yang singgah kita mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Untuk saya, hari raya tahun ini lebih bermakna kerana barulah saya dapat merasa bagaimana rasanya jika punyai anak yang sudah petah bercakap bertanya itu dan ini dihari raya. Saya ke kubur arwah bapa saya dengan membawa anak-anak sekali membaca tahlil dan yassin bersama suami. Banyaklah soalan yang ditanya ketika pulang dari kuburan. Bukan senang rupanya untuk memberi jawapan kepada soalan yang agak kompleks kerana jawapan yang jujur dan benar serta memuaskan hati sukar di susun kepada ayat mudah untuk diberikan kepada kanak-kanak yang belum umur 3 tahun. Selepas ke kuburan, saya beraya ke rumah ibu saya dan seperti biasa apabila setiap kali ke rumah ibu saya, soalan yang selalu di tanya pada anak saya adalah "...sekarang cucu nenek tengah hafal surah apa?". Pada aidilfitri tahun ini jawapan saya ' Surah Al Fajr, surah yang terpanjang setakat ini yang perlu di hafal kerana mempunyai 30 ayat dalam satu surah tersebut. Diam tak diam, sudah hampir 25 surah yang dihafal oleh anak saya, jauh dari sasaran saya iaitu cuma 17 surah sebelum umur 3 tahun.

Pada raya tahun ini, ibu saya berkata kepada saya yang dia teringin sangat melihat cucunya membacakan padanya surah "sabbihismarabbikal a'la..' pada suatu hari nanti. Suami saya pula menyambung mengatakan surah tersebutlah yang selalu juga di bawa oleh imam masjid utk solat jumaat atau solat jemaah yang lain. Teruja juga saya ingin tahu apakah surah itu? Rupanya nama surah tersebut adalah surah Al A'la. Ia hanya 2 surah selepas surah yang di hafal oleh anak saya sekarang. Untuk neneknya, saya berjanji akan merakamkan bacaan surah al A'la selepas cucunya selesai menghafalnya. Saya juga akan jadikan video bacaan surah al A'laa sebagai video bacaan terbaru untuk blog ini nanti.

Berbeza sungguh anak perempuan dengan anak lelaki! Lelaki dengan nakal dan buasnya menyebabkan dia selalu membuat kakaknya menangis. Kakaknya pula jenis yang tidak melawan jika di pukul adiknya. Seperti yang pernah saya dengar mengikut kata orang tua, yang lebih nakal itu yang lebih cerdik otaknya. Saya harap benarlah ia begitu kerana setakat ini ianya kelihatan begitu. Untuk anak lelaki saya pula, dia saya fokuskan menghafal surah Al Fatihah dan surah An Nas. Dia sudah pun menghafal semua hujung ayat dalam surah2 tersebut. Tetapi saya mahu dia berupaya menyebutnya dengan penuh, bukan setakat hujung-hujung ayat sahaja. Saya diberitahu ini adalah mustahil kerana dia belum boleh bercakap lagi! Ia tidak mematahkan semangat saya kerana saya yakin tentu ada hasilnya nanti. Ia bukan satu usaha yang sia-sia. Saya selalu membacakan surah tersebut kepadanya sambil menunjukkan ayat yang dibaca supaya dia cepat mengenal dan membaca nanti. Saya pasti bila dia boleh bercakap nanti, dia terus boleh membaca surah-surah yang di ajar kepadanya dengan mudah. Saya juga yakin anak lelaki saya mampu membaca dan menghafal seluruh Juzuk Amma sebelum umurnya 3 tahun nanti melihat pada progres kakaknya dan usaha saya yang memulakannya 6 bulan lebih awal berbanding kakaknya dulu.

Percayalah, ketika kecil kita agak letih mengajar dan membacakan surah2 kepada anak kita, tetapi ketika mereka besar nanti, mereka akan membacakannya untuk kita pula. Setiap malam saya sebelum tidur, saya selalu meminta pada anak saya .."Mama nak tidurla sayang.. Wisya boleh bacakan mama surah Al Bayinnah dan Surah Al Tiin? (Setiap malam surah permintaan saya tak sama) Sejuuuuuuuk perut mengandungkannya bila dia membacanya hingga habis dan bersungguh-sungguh! Perkataan Alhamdulillah, tepuk tangan dan peluk cium sahajalah saya hadiahkan padanya selepas dia selesai membacanya. Semoga jika saya ditakdirkan untuk 'tidur selama-lamanya' satu hari nanti, anak-anak saya akan terus membacakan ayat quran untuk dikirimkan kepada saya setiap malam.

Harapan saya semoga anak anak saya menjadi manusia yang tinggi ilmu dunia dan akhiratnya bagi menghadapi cabaran akhir zaman yang penuh dengan tipu daya, semoga mereka cemerlang dalam kehidupan dan semoga mereka menjadi salah seorang pemimpin generasi akan datang yang berbakti pada agama dan masyarakat. InsyaAllah..


Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt