Skip to main content

Posts

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email
Recent posts
Untuk pengetahuan, sebelum darwisya membuat persembahannya disekolah tersebut, dia telah pun memperdengarkan surah yang sama pada Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal di bahagian utara tanah air. Setelah mendengarnya, beliau bertanyakan persetujuan saya untuk membenarkan dan membawa darwisya untuk membuat persembahan didepan Menteri Besar Perak yang akan hadir sempena sambutan Maulidur Rasul Pusat Pendidikan yang diasaskannya nanti. Selepas mendapat persetujuan suami, saya pun bersetuju sahaja. Bagi saya dan suami saya, ini mungkin boleh dijadikan peluang untuk memperkenalkan apa yang saya ingin perkenalkan selama ini iaitu pendidikan awal Quran pada kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa diluar sana. InsyaAllah.

Kaedah Menghafal Yang Berbeza

Ada juga yang perasan saya memberi 2 posting tentang 2 kaedah menghafal yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak sendiri. Alhamdulillah. Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Hinggalah satu hari skill ini makin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah. Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Sebabnya kerana Adik Ahmad Sa

Amalan Terang Hati Saidina Ali r.a.

Kadang-kadang kita memegang pisau dan kita tidak sedar pisau itu ada banyak kegunaannya. Bukan hanya untuk memasak dan memotong makanan, malah ia juga boleh menjadi senjata untuk melindung diri atau menakutkan musuh. Saya memberi gambaran seperti itu setelah baru-baru ini saya melayari website Akademi Darul Huffaz bagi mendaftar Darwisya untuk kali ke dua, saya terjumpa informasi tentang Amalan Terang Hati Saidina Ali yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Ia adalah amalan yang dinasihatkan khusus oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a, kerana suatu masa Saidina Ali mengadu tentang kekusutan fikirannya. Setelah beramal dengan amalan ini beberapa minggu, Saidina Ali r.a merasakan seolah-olah hatinya terbuka luas sehingga terasa amat mudah untuk menghafaz apa juga ilmu yang dipelajari. Kisah Saidina Ali r.a ini diceritakan dengan lengkap bersama doanya di dalam kitab Fadhail Al-Quran karangan Sheikh Maulana Zakariyya r.ah. Kemujaraban amalan ini telah dirasai oleh Shaykh Lo
Saya sebenarnya terkejut besar bila baru baru ini saya melayari youtube dan melihat wajah anak saya dibawah satu tajuk semasa yang agak panas seperti ini! Apa tidaknya... ia satu tajuk yang menjadi isu sensitif seluruh dunia Islam dan kanak-kanak 3 tahun yang dirujukkan tersebut adalah... anak saya, Darwisya Adrianna! Satu video yang telah di olah telah dibuat untuk menyesuaikan video Darwisya diikuti dengan kata.. WANT A PROOF OF WHAT ALLAH SWT SAID AND SHEIKH KHALID YASSIN CONFIRMED??? WELL LISTEN TO THIS:!!! Diikuti oleh video bacaan Darwisya Surah Muhammad bermula dari ayat Innallah hayudkhilul.. yang bermaksud Sungguh! Allah akan memasukkan. . Satu lagi video pula diolah oleh satu website dari India www.tamilbayan.com memasukkan video Darwisya diikuti dengan ayat YES, YOU POOR PASTOR, THE QURAN IS PROTECTED BY GOD.. NOT IN PIECES OF PAPER, BUT IN THE HEARTS AND BRAINS OF MUSLIMS!!! EVEN AN EXTREMELY YOUNG GIRL WHO CANNOT EVEN SPEAK ARABIC MEMORIZES IT BY HEART:)!!! MasyaAllah! sa

Emel Kaedah Mengajar Bayi

Alhamdulillah saya sudah boleh berkongsi maklumat melalui emel secara auto. Jika sesiapa yang berminat untuk menerima emel dari saya sila isi borang diatas, klik butang 'Hantarkan!' dan saya akan emelkan nasihat, tip dan info Kaedah Mengajar Bayi kepada anda setiap minggu. InsyaAllah. Nama Email

Alexandria, Mesir dan Kegagalan Sendiri yang Memalukan

Kalau kita nak bercuti keluar negara, kemana pilihan kita kali ini ye? Itu soalan yang paling susah saya nak jawab setiap kali suami saya bertanya. Memang setiap tahun, kami akan ke luar negara untuk melihat negara orang. Banyaklah cadangan negara2 yang kami bincangkan. Kebanyakkan cadangan suami saya menghala ke barat (US) kerana dia tinggal beberapa tahun di sana untuk melanjutkan pelajaran dulu. Perbincangan terhenti tanpa apa2 keputusan kerana saya kata saya tak mahu kemana-mana memandangkan saya hamil anak ke dua ketika itu. Saya kata pada suami biarlah saya melahirkan dulu dan tak perlulah kita ke mana-mana tahun ini. Suami saya pun bersetuju dengan keputusan saya itu. Beberapa bulan telah berlalu selepas itu dan satu hari saya bermimpi anak lelaki saya (dalam keadaan dewasa) berada di tengah2 sementara ada 2 kumpulan orang Arab menuju untuk menyerang satu sama lain. Saya jadi cemas kerana saya takut jika perkelahian mereka menyebabkan anak saya cedera di tengah-tengah. Bak kat