Skip to main content

Alexandria, Mesir dan Kegagalan Sendiri yang Memalukan

Kalau kita nak bercuti keluar negara, kemana pilihan kita kali ini ye? Itu soalan yang paling susah saya nak jawab setiap kali suami saya bertanya. Memang setiap tahun, kami akan ke luar negara untuk melihat negara orang. Banyaklah cadangan negara2 yang kami bincangkan. Kebanyakkan cadangan suami saya menghala ke barat (US) kerana dia tinggal beberapa tahun di sana untuk melanjutkan pelajaran dulu. Perbincangan terhenti tanpa apa2 keputusan kerana saya kata saya tak mahu kemana-mana memandangkan saya hamil anak ke dua ketika itu. Saya kata pada suami biarlah saya melahirkan dulu dan tak perlulah kita ke mana-mana tahun ini. Suami saya pun bersetuju dengan keputusan saya itu.

Beberapa bulan telah berlalu selepas itu dan satu hari saya bermimpi anak lelaki saya (dalam keadaan dewasa) berada di tengah2 sementara ada 2 kumpulan orang Arab menuju untuk menyerang satu sama lain. Saya jadi cemas kerana saya takut jika perkelahian mereka menyebabkan anak saya cedera di tengah-tengah. Bak kata orang 2 kumpulan gajah berperang, pelanduk mati ditengah. Saya lihat anak saya seolah2 cuba bercakap dengan mereka dan mereka menunggu percakapan anak saya. Saya terbangun dan keesokkan paginya saya katakan pada suami saya yang saya ubah fikiran. Saya ingin melawat MESIR!! Sekarang juga! Suami saya seorang yang baik hati orangnya. Mesir menjadi satu tempat yang jauh dari sudut fikirannya untuk dia lawati, namun kerana permintaan saya, maka dia bersetuju juga. (Mungkin kerana nak menjaga hati saya yang sedang hamil ketika itu).

Segala persiapan hendak kesana di persiapkan. Oleh kerana kehamilan saya mencapai trimester terakhir, saya diminta untuk mendapatkan surat doktor untuk saya dibolehkan naik pesawat penerbangan. Mujur, saya dapat surat tersebut dan saya membawa Darwisya bersama.

Sampai di Kaherah, kotanya agak berdebu namun orangnya agak peramah. Tak ramai yang pandai berbahasa Inggeris. Makanan banyaknye roti. Kos sara hidup agak rendah berbanding di Malaysia. Saya lihat mereka agak modern tidak seperti yang saya bayangkan sebelum sampai. Apapun, saya rasa sungguh gembira yang teramat sangat kerana dapat melawat makam Imam Shafie. Inilah orangnya yang saya contohi untuk anak-anak saya dan semoga anak saya mencontohi beliau. (pendidikan awal al Quran). Dan berdekatan dengan makam tersebut juga ada tapak kaki Rasullullah s.a.w. Semoga anak saya akan menjadi antara umatnya yang berbakti.

Dari Mesir saya pergi ke Alexandria (2 jam perjalanan dari Mesir) dimana cuacanya sejuk dan pantainya cantik sama seperti di negara Eropah. Saya kata pada suami saya kalau saya berkemampuan (izin suami dan wang) saya ingin anak saya bersekolah tadikanya disini. Saya sempat melawat tadika dan taska disana. Guru-guru tadikanya boleh bercakap bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Anak-anak muridnya mempunyai sesi kelas untuk ketiga3 bahasa. Aduh!! Seronoknya kalau anak saya boleh bercakap 3 bahasa!

Balik ke Malaysia, saya katakan pada suami saya bahawa saya ingin anak saya bertutur dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Maka, suami saya pun seronok juga dengan cadangan saya dan bertanyakan pada saya siapa yang nak ajar anak kita Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab tu? (Masa tu saya masih bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia). Termenung juga saya nak menjawab soalan tersebut. Akhirnya saya ambil keputusan untuk mengajar anak saya sendiri. Saya mula bertutur 'hanya dalam bahasa Inggeris' dengan anak saya pada umur Darwisya setahun lebih. Rasa kelakar pun ada pada mula2 tu. Sambil2 tu niat dah pasang dalam hati nak belajar Bahasa Arab. Masa di Mesir banyak buku cerita kartun bahasa Arab saya beli untuk anak saya. Buku dan CD belajar bahasa Arab untuk saya sendiri saya beli di kedai buku di negara kita. Tapi itu 2 tahun lepas.

Saya selalu salahkan kepada kesibukkan sehari-hari. Seolah2 sayalah manusia yang paling sibuk! Tapi sebenarnya kesilapan tersebut terletak pada cara saya yang kurang mendisiplinkan diri sendiri untuk belajar Bahasa Arab.
Cerita tentang Bahasa Arab ni timbul bila Darwisya pada hari ini, mengeluarkan sebuah buku cerita bahasa Arab yang saya beli di Mesir dulu dan dibeleknya, pergi kepada saya dan memberi kepada saya sambil berkata.. Mama, I got a book here, can you tell me the story? Aduhh.. apa perlu saya katakan? Saya ambil buku tersebut, berdasarkan gambar kartunnya, saya agak-agaklah ceritanya dan ceritakan pada dia. Selepas tu saya rasa bersalah. Maka saya berazam nak belajar lah balik. Coretan ini saya tulis supaya saya ingat-ingatlah untuk belajar tu..

Ada 3 perkara yang memotivasikan saya untuk belajar Bahasa Arab.

1) Untuk mencapai niat saya menjadikan anak saya boleh bertutur dalam 3 bahasa. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ini akan mempertingkatkan lagi kuasa otak kiri mereka.

2) Saya mahu anak saya memahami maksud ayat ayat yang dihafal dari pangkal hinggalah ke hujung mana-mana surah. Bila boleh memahami maka dapatlah menghayati segala peringatan dan hukum al Quran. Walau dimana pun mereka berada, mereka akan sentiasa berada di landasan yang betul. Setakat menghafal sahaja saya rasa ia tidak cukup mendatangkan penghayatan ajaran Islam itu sendiri.

2) Mimpi saya tentang anak lelaki saya. Saya rasa dia perlu mempunyai kebolehan bertutur dalam Bahasa Arab. Saya rasa dia akan memerlukan kemahiran tersebut untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Wallahua'lam.