Skip to main content

Posts

Surah Al A'la untuk Nenek

Lepas raya walaupun lambat mula balik rutin hafazan, namun Alhamdulillah, tak sampai seminggu darwisya selesai menghafal surah Al A'la. Video telah pun di ambil dengan memberi imbuhan satu coklat dan satu gula-gula. Murah saje berjual beli satu surah dengan mama di dunia. Tetapi ketahuilah anakku, sesungguhnya amat mahal harga yang engkau dapat dari Allah nanti. Surah ini banyak bercerita tentang pujian kepada Allah yang Maha Tinggi. Selepas selesai menghafalnya, saya bercerita pada anak saya tentang Allah dan kejadian alam. Dia berkuasa menjadikan segala apa yang dikehendakiya seperti angin dan hujan, ribut dan banjir. Bercerita tentang syurga-syurga Allah seronok juga kepada anak2 umur 3 tahun. Ia merangsang daya imaginasi mereka. Kalau cara barat merangsang daya imaginasi kanak-kanak dengan membacakan buku sebelum anak mereka tidur, cerita2 fairy tale seperti Jack and the Beanstalk, The Goose that Lay the Golden Eggs dan sebagainya, saya pula punya cara tersendiri. Saya pasti c...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Gambar Darwisya Adrianna 2 tahun 11 bulan dan Darwish Adrian 1 tahun 6 bulan dengan berbaju raya tahun ni. Darwisya Adrianna, seorang kakak yang baik.. Selamat Hari Raya di ucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Tentunya yang singgah kita mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Untuk saya, hari raya tahun ini lebih bermakna kerana barulah saya dapat merasa bagaimana rasanya jika punyai anak yang sudah petah bercakap bertanya itu dan ini dihari raya. Saya ke kubur arwah bapa saya dengan membawa anak-anak sekali membaca tahlil dan yassin bersama suami. Banyaklah soalan yang ditanya ketika pulang dari kuburan. Bukan senang rupanya untuk memberi jawapan kepada soalan yang agak kompleks kerana jawapan yang jujur dan benar serta memuaskan hati sukar di susun kepada ayat mudah untuk diberikan kepada kanak-kanak yang belum umur 3 tahun. Selepas ke kuburan, saya beraya ke rumah ibu saya dan seperti biasa apabila setiap kali ke rumah ibu saya, soalan yang selalu di tanya p...
الحمد لله ، ابنتي استطاعت أن أحفظ سورة 17 قبل أن تصل 3 سنوات من العمر. انها مفاجأة بالنسبة لي أن أرى التحسن الهائل في مهارتها التلقين. انها تستخدم لاتخاذ 1 الاسبوع لحفظ سورة لناس يحتوي على 6 - الجمل (ذلك الوقت كانت 2 سنة) لكنها الآن أن يحفظ أي سورة 5-6 الجملة ، على سبيل المثال سورة القدر ، في 10 دقيقة! وأعتقد أن هذا بسبب تدريبها hafazan. كما أنني اشعر انه من خلال اللعب صوت جميل أديك احمد سعود وتتكون على Juzuk المدثر 1-2 مرات يوميا يساعد في عملية التلقين. أولادي هم مثلهم مثل غيرهم من الأطفال. في كل مرة ألعب أنا وتتكون ، فإنها لن ترغب في الاستماع والجلوس بهدوء وكأننا الكبار القيام به. هو دائما في الوقت المناسب لهم لتشغيل حولها ، ويفعل ما صبيانية ، واللعب والقتال مع بعضها البعض واحد منهم في نهاية المطاف البكاء ، يتوقف عن البكاء ، ويبدأ اللعب مرة أخرى خلال تلاوته! أنا دائما أسأل نفسي إذا كانوا من أي وقت مضى الاستماع للتلاوة إذا كان دائما مثل هذا كل يوم في كل مرة ألعب تتكون؟ جوابي على هذا الآن... نعم! مجرد تصور كيف على الارض في السنة 3 القاعدة القديمة يمكن أن يقرأ سورة القدر ، في التكاثر وغ...
Alhamdulillah, my daughter managed to memorize 17 surah before she reached 3 years of age. It is a surprise for me to see the tremendous improvement in her memorization skill. She used to take 1 week to memorize surah an-nas that have 6 sentences (that time she was 2 years old) but now she can memorize any 5-6 sentence surah, for example surah al-Qadr, in 10 minutes! I believe this is because of her hafazan training. I also feel that by playing the beautiful voice of Adik Ahmad Saud VCD on Juzuk Amma 1-2 times a day helps the memorization process. My children are just like other children. Each time I play the VCD, they will never want to listen and sit quietly like we adult do. It is always the time for them to run around, doing their childish thing, playing and fighting with each other and one of them will end up crying, stop crying and start playing again during the recitation. I always ask myself if they ever listen to the recitation if it is always like this everyday each time I pl...

Berjumpa Tempat Belajar Yang Menerima Anak Saya

Alhamdulillah, setelah penat bertanya dan letih mencari tempat yang boleh mengajarkan Al Quran kepada kanak-kanak umur bawah 3 tahun, pencarian saya akhirnya berakhir setelah bertanya kepada Ustaz Al-Fadhil Sheikh Lokman Shazly Bin Dato’ Seri Zaharin, Pengasas Akademi Darul Huffaz. Bukan mudah untuk mencari tempat belajar bagi kanak-kanak yang tak sampai umurnya 3 tahun. Tanggapan masyarakat, akan menolak kerana had minimum umur kanak-kanak yang mereka boleh terima. Mungkin pandangan asas mereka melihat kanak-kanak umur 3 tahun ini masih hingusan dan hanya boleh bermain-main sahaja. Kita tidak akan tahu apa jalan yang telah ditakdirkan untuk kita dalam proses menimba ilmu sebelum kita melaluinya. Sebelum ini, saya bayangkan anak saya akan belajar di tadika Islam, tempat mengaji kanak-kanak, taska iqra atau yang sesuai dengannya lah. Tetapi akhirnya di tempat para hufaz dewasa berkumpul. Apapun, syukur Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Ustaz kerana menerima seoran...

Pernah Melihat Bayi berusia 1 tahun mengenal Huruf Hijaiyah?

Sebenarnya umur anak lelaki saya diatas adalah 1 tahun 4 bulan. Dia telah mengenal 26 huruf bertanda fathah dan menyebutnya dengan betul kecuali huruf berbunyi 'za' dan 'la'. Yang kita fikir agak susah untuk bayi menyebut seperti huruf 'gha', 'qa', 'tso' disebutnya dengan mudah. Hairan juga saya kenapa dia susah dengan 2 huruf ini. Seperti bayi lain, anak saya tidak boleh mendengar kata lagi dan asyik nak bermain. Agak sukar saya nak memvideokan dia kerana dia asyik nak mengambil kamera saya semasa merakamnya. Dia mula diajar menggunakan flashcard secara serius pada umurnya 6 bulan. Berbanding dengan kakaknya yang memulakan program yang sama pada umur lebih lewat iaitu 1 tahun. Memang mengenal huruf mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan tahap membunyikan yang lain. Jikalah saya dikurniakan Allah anak yang seterusnya, saya pasti akan memulakan lebih awal lagi dari yang sebelumnya. Oleh kerana anak lelaki saya bermula lebih awal d...

Bolehkah kanak-kanak diajar hingga dia mampu Membaca al Quran sebelum umurnya 3 tahun?

Anak perempuan saya diatas berumur 2 tahun 8 bulan. Saya masih mengajarnya tajwid. Maka dengan itu bacaannya tidaklah sempurna lagi. Sebutan makhrajnya telah sempurna dan dia sudah tahu mana yang perlu dibaca panjang dan mana yang perlu dibaca pendek. Cuma kiraan harakatnya yang agak tidak betul. Apapun, yang ingin saya paparkan disini adalah hakikat sebenar bahawa a) Kanak-kanak boleh membaca quran sebelum umur 3 tahun. b) Membaca al Quran boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Lihat sahaja video diatas, anak saya sendiri yang mahu memperdengarkan bacaannya untuk muka surat seterusnya kepada saya. (Ada yang mengatakan apa yang anak saya baca adalah muqaddam, ada yang mengatakan ia adalah Juzuk Amma. Apapun namanya, ia adalah antara surah surah terakhir dalam al Quran)