Skip to main content

Posts

Darwisya di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Kuala Lumpur

Saya rasa sungguh sangat terharu bila orang yang saya kagumi selama ini mengagumi anak saya pula. Ceritanya apabila 2 bulan lepas saya dan suami saya berjumpa dengan Ustaz untuk pertama kali, anak saya sibuk mahukan gula-gula yang berada berdekatan dengan beliau semasa saya dan suami sedang bercakap. Maka kerana sudah kebiasaan, anak saya tahu dia perlu membacakan apa-apa surah sebelum medapatkan hajatnya itu. Pembacaannya didengar oleh Ustaz hingga beliau bertanya sejak bila anak saya mula diajar untuk belajar Al Quran dan berbagai soalan lain. Oleh kerana ustaz juga mempunyai Pusat pendidikan, Pusat Tahfiz dan Sekolah Agama untuk pelajar pelbagai peringkat umur, beliau menyatakan adalah terlalu muda untuk kanak-kanak mempunyai kebolehan seperti itu. Alhamdulillah, dari situlah timbul pertanyaan untuk saya membenarkan Darwisya membaca di ceramahnya. Darwisya didepan salah satu banner ceramah Ustaz Kazim di Jalan AU2, Keramat, Kuala Lumpur. Kami keluar dari rumah lebih awal pergi ca...

Aiskrim atau Makanan Sunnah?

Untuk anak-anak saya, kedua-duanya pun boleh. Tentang makanan sunnah, pada minggu lepas kebetulan stok kebanyakkan bahan-bahan untuk resepi kehabisan untuk membuat batch yang baru. Maka, pada hari berikutnya saya ke Kompleks PKNS Shah Alam. Selalunya saya beli di Tesco Shah Alam. Sekadar sesiapa yang beritahu saya, dah puas carik tapi tak jumpa.. di bawah ini gambar kedainya. Macam-macam ada.. Ni dia... papa belanja makan aiskrim. Selalu saya yang suapkan bergilir-gilir takut aiskrim habis ke baju, tapi kali ni, kami bagi rasa adik beradik ni pegang sendiri. Asyik masyuk nak menghabiskan aiskrim. Mc D? Oh..bukan! Dah lama saya boikot Mc D. Emm.. Gerammnya.. Dah makan aiskrim, ajar adik beradik ni buat keje sikit. Tolong cuci dan ganti air akuarium. Satu aktiviti riadah yang bermanfaat untuk membangunkan sikap kebersihan dan sayangkan binatang peliharaan pada kanak-kanak. Oh ya.. sebelum saya terlupa, Darwisya telah dijemput untuk melakukan bacaan hafazan sebelum Cerama...

Perkembangan Darwish, Genap 2 tahun pada 5 Mac 2010

Pada 5 Mac 2010 bulan ini, genaplah 2 tahun umur Darwish Adrian, anak lelaki saya. Tentang anak saya yang sedikit nakal ini, dia masih belum boleh bercakap pada umur 2 tahun! Sebutan setiap perkataannya 'masih hanya hujung-hujung perkataan sahaja'. Kalau dia bercakap dengan saya, saya boleh meneka apa yang dikatakannya, tetapi kalau dia bercakap dengan orang lain, mereka akan menggaru kepala. Boleh dikatakan kedua-dua anak saya jenis yang lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain. Seperti anak saya yang sulung, saya tidak menunggu anak saya hingga dia pandai bercakap untuk mengajar mereka. Minggu lepas, saya mencuba untuk mengajar dengan buku Al Furqan (Buku 1). Oleh kerana dia sudah mengenal huruf, pembacaannya boleh dikatakan lancar. Alhamdulillah sekarang dia sudah pun ke mukasarat 23 setakat hari ini. Ingin saya kongsikan pada ibubapa, walaupun saya katakan anak saya ini nakal, bila di sebut 'Darwishh.. come iqra with mama!', kalau dia sedang bermain, dia akan me...

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Perasaan Seorang Ibu Sebelum Anak Ke Atas Pentas

Satu hari di Akademi Darul Huffaz... Ustaz: Saya nak anak puan membacakan surah Al Buruj masa konvokesyen nanti. Saya : Eh, ustaz.. dia tak pernah baca atas pentas dan dikhalayak ramai. Nanti takut dia tak boleh atau tak mau baca pula. Lagi pun, tu 2 hari lagi nanti tu ustaz! Ustaz : Takpe, kamu dok atas pentas dengan dia supaya dia tak takut. Saya : Saya rasa elok kita tengok keadaanlah nanti.. Kalau anak saya tak mau, saya tak boleh buat apa. (Dalam hati.. tak mungkin saya nak naik pentas juga kot) Tak pernah buat dan tiada rehearsal amat membimbangkan saya. Tapi mengenangkan anak saya baru 3 tahun saya memujuk diri saya jika apa pun berlaku nanti, tiada apa perlu dibimbangkan kerana orang tau dia masih kanak-kanak. Begitulah perasaan saya. Tapi bila tiba masa yang dinantikan, pada malam konvokesyen tersebut, anak saya melakukannya seolah dia telah biasa melakukannya. Dia naik keatas pentas dengan penuh yakin, dia membaca dengan lancar dan tanpa sebarang kesalahan dan akh...

Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir pada umur 3 tahun

Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Bermain tidak boleh dipisahkan daripada mereka. Sedang pelajar lain berserta ibubapa mereka duduk dengan berhemahnya di tempat masing-masing semasa majlis berjalan, saya pula selalu cuba mengawal kelakuan anak saya yang sentiasa diluar kawalan kerana tidak mahu duduk diam. Tertahan-tahan suara memarahi mereka tapi marah sekejap, diamnya sekejap sajelah. Kemudian mula menakal semula. Masuk bawah kerusi sini dan keluar bawah kerusi sana. Berguling dan berlari.. Aduuuh.. itulah Darwisya saya! Mata kena tajam memerhatikan kemana dia pergi kerana takut tak jumpa dimana dia waktu namanya dipanggil untuk penyampaian sijil atau persembahannya nanti. Itulah keadaan saya dan anak saya semasa saya pergi ke konvokesyen anak saya. Berpegang tangan berjalan membawa adiknya entah hendak ke mana tu. Ada kawasan lapang di sudut sebelah kiri pentas didalam dewan digunakan sepenuhnya oleh anak-anak saya untuk berguling-guling dan berlari. Buat macam rumah sendiri dah...

Party untuk Darwisya

Majlis keraian atau 'party' ini saya sengaja buat untuk memaklumkan pada anak saya dengan bahasa mudah... 'saya sangat gembira dengan kejayaannya' . Dengan cara ini juga saya dapat menggembirakannya hingga anak saya bertanya bilakah party seperti itu akan diadakan lagi. Jawab saya... jika dia telah khatam al Quran. Bukan apa pun, cuma jemput anak anak saudaranyanya, beli party hat untuk semua orang, kek yang dicucuk lilin, dll. Mungkin ada yang berfikir tidak molek untuk meraikan dengan 'berparty', tetapi saya rasa tidak salah untuk melakukan sesuatu yang di sukai oleh anak kita jika itu boleh memberi motivasi padanya. Tambahan pula saya tidak pernah membuat apa-apa majlis untuk mana-mana anak saya sejak mereka lahir. Majlis kenduri akikah ke, majlis kenduri cukur jambul ke, majlis hari jadi atau hari menjadi ke... kedua-dua anak saya tidak pernah merasa. Kedua mereka dah diakikahkan/ditahnik, namun ia dibuat tanpa majlis keramaian. Berbalik pada pengajaran darw...