Skip to main content

Menghafaz Quran untuk kanak kanak : Cara melatih otak mereka menjadi kuat..



Melatih otak menjadi kuat adalah sama caranya dengan melatih otot-otot tubuh kita menjadi kuat. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina, perlulah rajin ber'excercise'. Begitu jugalah dengan otak kita. Tiada had umur paling minima untuk memulakan latihan ini. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya semula pada umur mereka 2 tahun keatas. Anak saya, contohnya telah menghafaz surah-surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah tersebut semasa dia bayi. Pada umurnya 2 tahun 8 bulan, dia sudah menghafaz 8 surah pendek. Dan mengikut pada tahap dia menghafal sekarang ini, saya yakin dia boleh menghafal sekurang-kurangnya 17 surah tiba umurnya 3 tahun nanti, iaitu 4 bulan dari sekarang.

Perlu di ingat bahawa membaca dan menghafal adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh dijalankan serentak. Tidak perlu tunggu kanak-kanak tersebut pandai membaca quran/mengaji untuk mula menghafal. Sebagai bukti, ramai para huffaz (penghafal quran) dari kalangan orang buta. Bermakna kalau seseorang itu buta huruf/tidak mengenal huruf juga boleh menghafal quran.

Untuk memudahkan anak saya menghafal, setiap hari waktu maghrib saya akan memainkan VCD mengaji Adik Ahmad Saud membaca juzuk yang anak saya ingin hafal. Ianya sangat-sangat membantu! Adik Ahmad Saud adalah kanak kanak lelaki yang berumur 9 tahun yang terkenal dengan bacaan surah yassin di youtube. Pertama kali saya melihat video kanak-kanak ini membaca surah yassin dengan sungguh merdu suaranya, meremang diri saya sambil berkata dalam hati.. sejuk perut ibunya mengandung, bertuahnya ibubapa yang mempunyai anak seperti itu. Videonya boleh di lihat di link http://www.youtube.com/watch?v=f7d37r3iUds.



Comments

Anonymous said…
salaam, puan saya sgt bersetuju dgn puan tentang perkara ini, anak saya juga baru mencecah umur 2 tahun dia sudah boleh menghafal surah Al-Fatihah dan Ayatul kursi,alhamdulillah walaupun sebutan dia masih ada yg belum jelas..
Lina said…
Alhamdulillah.. Puan sudah pun memulakan apa yang saya maksudkan dalam blog ini. Anak lelaki saya juga berumur 2 tahun sekarang ini, masih belum boleh bercakap, tapi ia tak menghentikan saya utk mengajar kerana mereka boleh belajar dengan cara mereka sendiri.
Mrs Idris said…
assalamualaikum puan... di mana boleh saya dapatkan bacaan ahmad saud selain di youtube? atau puan gunakn yang di dalam youtube? :)

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Emel Kaedah Mengajar Bayi

Alhamdulillah saya sudah boleh berkongsi maklumat melalui emel secara auto. Jika sesiapa yang berminat untuk menerima emel dari saya sila isi borang diatas, klik butang 'Hantarkan!' dan saya akan emelkan nasihat, tip dan info Kaedah Mengajar Bayi kepada anda setiap minggu. InsyaAllah. Nama Email