Skip to main content

Mengawal Pengaruh Luar dari Mempengaruhi anak anak

Jangan kita ingat bahawa pengaruh luar yang mempengaruhi anak kita akan bermula bila mereka bersekolah dan berjumpa kawan-kawan. Ia bermula dari rumah dengan pengaruh luar yang datang dari TV. Tidak semua yang ditayangkan diTV adalah baik dan tidak semua yang ditayangkan di TV adalah buruk. Namun kalau di biarkan mereka memegang 'remote control' maka mereka yang tidak tahu mana yang buruk dan baik akan menyerap apa sahaja yang kebetulan menjadi pilihan selera mata dan jari mereka. Untuk anak-anak saya, saya memilih ada TV tetapi tiada tayangan TV. Mereka melihat TV apa yang saya pilih untuk mereka lihat. Ini akan saya teruskan sehingga umur si kakak 6 tahun dan adiknya 5 tahun. Memang kita perlu mendedahkan mereka dengan dunia sebenar tetapi biarlah didedahkan pada waktu mereka sudah boleh saya menagajarnya untuk menganalisa dan berfikir baik buruk dan kesan akibatnya sesuatu perkara. Pada umur sedemekian, mereka boleh di ajar untuk berfikir secara rasional. Kalau ikutkan zaman saya dulu, saya mula menonton TV pada umur 7-8 tahun kerana keluarga kami hendak beli TV lebih awal agak susah. Tidak seperti sekarang, rasanya 90% keluarga ada TV sekurang-kurangnya sebuah. Namun, tiada apalah yang peliknya diri saya berbanding wanita moden yang lain hanya kerana menonton TV bermula umur 7 tahun. Anak saya memang suka menonton TV tetapi TV dirumah kami digunakan untuk tayangan Video sahaja. VCD yang mereka lihat mempunyai 2 jenis. CD Iqra/Nasyid serta CD English/Brain Developnment. Mereka boleh memilih sendiri CD mana yang mereka mahukan asalkan ia ikut waktu segmennya yang tertentu. Campuran dan diselang selikan ugamanya, kartunnya dan sebagainya.Ia pelaburan yang berbaloi kerana ia boleh diulang-ulangkan sehingga mereka boleh menghafalnya!



VCD Iqra'/Nashid/Doa dan lain-lain





VCD English/Brain development

Lagi satu, yang saya perhatikan, oleh kerana anak saya telah didedahkan dengan alam TVnya sendiri, jika bermalam dirumah saudara saya, kebiasaannya tuan rumahnya akan menayangkan cerita kanak-kanak seperti kartun atau apa sahaja supaya budak-budak boleh duduk diam menontonnya sementara orang tuanya pula boleh berkumpul untuk berborak panjang. Tapi 'kemerdekaan' sekali sekali menonton rancangan TV sebenar dirumah orang tidak menarik minat mereka. Puas saya memujuk anak saya supaya pergi menonton rancangan TV tersebut supaya saya tidak diganggu. Itulah akibat jadinya dengan anak-anak saya. Mungkin mereka belum lagi timbul minatnya saya tidak pasti.. Apapun ia banyak hikmahnya juga.



Comments

salam mcm mn sy nk beli cd2 ni..ade jual kt mn yer.set ke beli satu2

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Menghafal Yang Berbeza

Ada juga yang perasan saya memberi 2 posting tentang 2 kaedah menghafal yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak sendiri. Alhamdulillah. Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Hinggalah satu hari skill ini makin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah. Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Sebabnya kerana Adik Ahmad Sa

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email