Skip to main content

Pernah Melihat Bayi berusia 1 tahun mengenal Huruf Hijaiyah?






Sebenarnya umur anak lelaki saya diatas adalah 1 tahun 4 bulan. Dia telah mengenal 26 huruf bertanda fathah dan menyebutnya dengan betul kecuali huruf berbunyi 'za' dan 'la'. Yang kita fikir agak susah untuk bayi menyebut seperti huruf 'gha', 'qa', 'tso' disebutnya dengan mudah. Hairan juga saya kenapa dia susah dengan 2 huruf ini. Seperti bayi lain, anak saya tidak boleh mendengar kata lagi dan asyik nak bermain. Agak sukar saya nak memvideokan dia kerana dia asyik nak mengambil kamera saya semasa merakamnya. Dia mula diajar menggunakan flashcard secara serius pada umurnya 6 bulan. Berbanding dengan kakaknya yang memulakan program yang sama pada umur lebih lewat iaitu 1 tahun. Memang mengenal huruf mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan tahap membunyikan yang lain. Jikalah saya dikurniakan Allah anak yang seterusnya, saya pasti akan memulakan lebih awal lagi dari yang sebelumnya. Oleh kerana anak lelaki saya bermula lebih awal dari kakaknya, saya sasarkan dia habis menghafal juzuk amma lebih awal juga dari kakaknya iaitu sebelum umurnya 4 tahun.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al-Asr 1-3)

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi dilahirkan ke dunia dengan kehebatan yang tersembunyi dan terpulang pada ibu bapa untuk mencari kehebatan ini dan memberikannya pada anak tersebut untuk mereka gunakan seumur hidup.

Menurut pengkaji bayi terkenal, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Jendela pembelajaran secara semulajadi ini mula tertutup apabila usianya mencecah empat tahun.

Dan menurut rujukan lain pula, dari pertengahan semester seorang ibu hamil hingga kanak kanak tersebut berumur 2 tahun, proses perkembangan otaknya adalah pada tahap kritikal. Mencecah umur 2 tahun, kanak-kanak telah pun mempunyai 80% kapasiti otak dewasa. Meka dalam tempoh ini pengambilan DHA dan stimulasi otak yang cukup adalah perlu untuk merangsangkan perkembangan otaknya.
(rujukan: Dobbing et al Archives of Disease in Childhood 1973, 48:757-767)

Saranan Rasulullah, sejarah zaman kegemilangan Islam dengan ramai ilmuan Islam yang lahir dari keluarga menitikkan pendidikan awal dan kajian sains oleh pengkaji bayi telah menjadi titik tolak bagi saya untuk memulakan proses didikan lebih awal. Saya harap ia juga menjadi titik tolak untuk ibu bapa di luar sana ..


Comments

Norhafiza Wahab said…
salam puan...perkongsian yg sungguh bermakna...terima kasih bebanyak...nukilan puan di blog ini begitu membantu memotivasikan saya...tertunggu-tunggu perkongsian yang seterusnya...moga2 sentiasa ada update baru...hehe...

hmm, request, "leh tak puan kongsikan cara bagaimana ye puan ajar anak lelaki puan tu ketika 6bulan lg pakai flash card?" :)

anak sy yg baru masuk 9bulan, bila saya ajar dia sebut pkai flash card tu, dia dok sengih2 je sambil tgk muka sy...adoi...hehe...
^_^ said…
haah..btul tu..teruja bile tgk anak puan yg lbh kurang sebaya ank saya dh pandai kenal huruf hijayah..anak saya lambat bercakap..so pd pndpt puan, mcm mana saya nk ajar anak saya tu sdgkan dia pelat & lambat bercakap. di manakah saya blh dptkn flash kad huruf hijayah tu??? bantuan & pendapat puan amatlah saya hargai..terima kasih..
mama aleen said…
salam puan,
sebaiknya umur berapa kanak2 perlu dihantar mengaji?
tma kasih

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt