Skip to main content

Berjumpa Tempat Belajar Yang Menerima Anak Saya

Alhamdulillah, setelah penat bertanya dan letih mencari tempat yang boleh mengajarkan Al Quran kepada kanak-kanak umur bawah 3 tahun, pencarian saya akhirnya berakhir setelah bertanya kepada Ustaz Al-Fadhil Sheikh Lokman Shazly Bin Dato’ Seri Zaharin, Pengasas Akademi Darul Huffaz. Bukan mudah untuk mencari tempat belajar bagi kanak-kanak yang tak sampai umurnya 3 tahun. Tanggapan masyarakat, akan menolak kerana had minimum umur kanak-kanak yang mereka boleh terima. Mungkin pandangan asas mereka melihat kanak-kanak umur 3 tahun ini masih hingusan dan hanya boleh bermain-main sahaja.

Kita tidak akan tahu apa jalan yang telah ditakdirkan untuk kita dalam proses menimba ilmu sebelum kita melaluinya. Sebelum ini, saya bayangkan anak saya akan belajar di tadika Islam, tempat mengaji kanak-kanak, taska iqra atau yang sesuai dengannya lah. Tetapi akhirnya di tempat para hufaz dewasa berkumpul. Apapun, syukur Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Ustaz kerana menerima seorang kanak-kanak berdasarkan keupayaan dan potensi kanak-kanak tersebut tanpa melihat umur tetapi sebaliknya dengan melihat pencapaian mereka.

Tujuan saya mencari tempat mengaji khusus seperti ini adalah supaya anak saya boleh dibimbing secara professional oleh pakar dalam bidangnya (bidang hafazan Quran). Maklumlah, saya ni bukanlah ustazah bertauliah dan jauh sekalilah seorang ibu yang bergelar Tahfizah atau Hafizah! Anak saya pula sudah menghafal sebahagian besar surah surah dalam Juzuk Amma. Ilmu al quran saya bukanlah tinggi sangat. Melihat kepada progres dia menghafal, saya fikir biarlah dia menghafalnya dengan pakar dalam bidangnya. Saya mahu apa yang saya ajar, mungkin ada yang saya tak ajar (kerana tak tahu), di perbetulkan atau diajar oleh sini.

Untuk dijadikan cerita, anak saya tidak pernah mengaji dengan orang lain selain dari dengan saya. Maka terpaksalah saya menjadi salah seorang pelajar tahfiz juga untuk menemaninya belajar di kelas disisinya. Kelas yang saya pilih adalah seminggu sekali memandangkan tempatnya yang agak jauh dari tempat saya dan masa saya yang selalu sibuk. Saya akan menemaninya sehingga dia boleh dan mahu di tinggal kan belajar bersama rakan-rakannya yang lain..


Comments

Norhafiza Wahab said…
alhamdulillah...semoga anak puan nanti bakal menjadi hafizah yang solehah...yang mampu mengaplikasikan apa yang dihafal dan dipelajari itu dalam kehidupan seharian dengan simbolik pada akhlak dan adab yang mulia... insyaALLAH...

saya doakan segala yang terbaik buat puan sekeluarga...aamiiin...
AbQar|'s said…
Mama Double D (Boleh ke gitu?..hhehe)
Actually lepas jer bc blog mama nih..sy dah mula aplikasikan pada my bby..sblum nih sy cuma buka video alif bata jer dan dia cuma tercongok depan pc..umurnya lebih kurang dgn danish jugak..memula agak susah..tp skrg dah mula ikut jugak skit2...kami juga bercadang untuk menjadikan pendidikan agama sebagai asas dan tunjang dlm hidupnya insya Allah..

semoga Allah memberi mama lebih masa utk mencoret ilmu di sini..insya aLLAH..
Unknown said…
Assalamua'alaikum, saya seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun seperti anak puan. Saya berminat untuk memasukkan anak saya di Akademi Darul Huffaz. Bolehkah saya dapatkan alamatnya? Terimakasih.

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt