Skip to main content

Alexandria, Mesir dan Penguasaan Bahasa Arab Pada Kanak-Kanak


Darwisya membelek koleksi Buku Cerita Pendek Berbahasa Arab yang saya beli dari Mesir



Kalau kita nak bercuti keluar negara, kemana pilihan kita kali ni ye? Itu soalan yang agak sukar saya nak jawab setiap kali suami saya bertanya. Banyaklah cadangan negara2 yang kami bincangkan. Kebanyakkan cadangan suami saya menghala ke negara-negara barat (US/Eropah), mungkin kerana kesesuaian dirinya dengan negara tersebut kerana telah tinggal beberapa tahun di sana untuk melanjutkan pelajaran dulu. Perbincangan terhenti tanpa apa2 keputusan kerana saya jawab saya tak mahu kemana-mana memandangkan saya hamil ketika itu. Saya kata pada suami biarlah saya melahirkan dulu dan tak perlulah kita ke mana-mana tahun ini. Suami saya pun bersetuju dengan keputusan saya itu.

Beberapa bulan telah berlalu selepas itu dan satu hari saya bermimpi anak lelaki saya (dalam keadaan dewasa) berada di tengah2 sementara ada 2 kumpulan orang Arab menuju untuk menyerang satu sama lain. Saya jadi cemas kerana saya takut jika perkelahian mereka menyebabkan anak saya cedera di tengah-tengah. Bak kata orang dulu-dulu, 2 kumpulan gajah berperang, pelanduk mati ditengah. Saya lihat anak saya seolah2 cuba bercakap dengan mereka dan mereka menunggu percakapan anak saya. Saya terbangun dan keesokkan paginya saya katakan pada suami saya yang saya ubah fikiran. Saya ingin melawat MESIR!! Sekarang juga! Suami saya ingat saya bergurau. Mesir atau mana-mana negara Timur Tengah menjadi satu tempat yang jauh dari sudut fikirannya sebagai tempat peranginan yang ideal untuk kami berdua. Namun kerana permintaan saya, maka dia bersetuju jugalah. Mungkin kerana nak menjaga hati saya yang sedang hamil ketika itu. (Alhamdulillah, saya di jodohkan dengan suami yang sentiasa memberi kefahaman, selalu menyokong dan memberi perangsang dalam hidup saya).

Segala persiapan seperti visa, pakaian, dll hendak kesana di persiapkan. Bila melancong ke luar negara bawak anak (saya bawa darwisya sekali, masa tu umur setahun), beg kelengkapan anak lebih besar daripada beg kita sendiri. Oleh kerana kehamilan saya mencapai trimester terakhir, saya diminta untuk mendapatkan surat pengesahan dari doktor sebelum saya dibenarkan naik pesawat penerbangan. Mujur saya dapat surat tersebut.

Sampai di Kaherah, kotanya agak berdebu namun orangnya agak peramah. Tak ramai yang pandai berbahasa Inggeris. Makanan banyaknye roti. Kos sara hidup agak rendah berbanding di Malaysia. Saya lihat mereka agak modern tidak seperti yang saya bayangkan sebelum sampai disini. Wanitanya boleh memandu dan bekerja dengan bebas dan tidak seperti di Arab Saudi. Apapun, saya rasa sungguh gembira yang teramat sangat kerana dapat melawat makam Imam Shafie. Saya sedekahkan al Fatihah dan selawat serta saya bisikkan di makamnya.. "Kamulah orang yang saya contohi untuk anak-anak saya (pendidikan awal al Quran) dan semoga anak saya mencontohi kamu dalam segala hal".. Dan berdekatan dengan makam tersebut juga ada tapak kaki Rasullullah s.a.w. Semoga anak saya mengikuti jejak baginda dan menjadi antara umatnya yang berbakti. Saya juga melawat Universiti Al Azhar, Universiti Islam tertua didunia. Saya dimaklumkan bahawa disini pelajarnya wajib menghafal sekurang-kurangnya 8 juzuk al quran sebelum mendapatkan Ijazah mereka walau apa pun cabang ilmu yang mereka ambil. Adakah anak saya akan ke Universiti ini? Saya tak pasti. Perjalanan mereka masih jauh. Bila sudah dewasa nanti, terpulanglah pada kehendak anak saya sendiri melanjutkan pelajaran mengikut cabang mana yang mereka pilih.

Dari Kaherah saya pergi ke Alexandria (4 jam perjalanan dari Kaherah) dimana cuacanya sejuk dan pantainya putih bersih dan cantik sama seperti pantai2 di negara Eropah. Tempatnya tidak sibuk seperti Kaherah, aman, damai dan tenteram. Saya memasang angan-angan kalau saya berkemampuan (punya izin suami dan wang) saya ingin anak saya bersekolah tadikanya disini. Tapi saya tahu ia jauh daripada menjadi realiti. Namanya pun 'angan-angan'. Saya sempat melawat tadika dan taska disana. Guru-guru tadikanya boleh bercakap bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Anak-anak muridnya mempunyai sesi kelas untuk ketiga2 bahasa. Aduh!! Seronoknya kalau anak saya boleh bercakap 3 bahasa!

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya katakan pada suami bahawa saya ingin anak saya bertutur dalam 3 bahasa iaitu

1) Bahasa Malaysia,
2) Bahasa Inggeris
3) Bahasa Arab.

Suami saya pun seronok juga dengan cadangan saya dan bertanyakan pada saya siapa yang nak ajar anak kita Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab tu? (Masa tu saya masih bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dengan anak). Termenung juga saya nak menjawab soalan tersebut. Akhirnya saya ambil keputusan sayalah orangnya. Saya mula bertutur 'hanya dalam bahasa Inggeris' dengan anak saya pada umur Darwisya setahun. Rasa kelakar pun ada pada mula2 tu. Tapi hasilnya sekarang anak saya dah boleh bertutur dalam 2 bahasa. Sambil2 tu niat dah pasang dalam hati nak memahirkan Bahasa Arab saya.

Saya boleh buat kesimpulan, manfaat yang saya dapat dari melancong ke Mesir adalah saya seolah2 terpanggil untuk mengajar anak saya lebih dari 1 bahasa dan bahasa yang akan dilebihkan itu sudah semestinya Bahasa Arab.

Kepada ibu-ibu yang tidak mengetahui tentang pentingnya Language Development dalam meningkatkan keupayaan otak kiri bayi, di bawah ini saya kongsikan sedikit mengenai pandangan pakar barat tentangnya. Banyak maklumat tentangnya juga boleh didapati dari website2 yang boleh di google search mengenainya dengan menggunakan kata asas 'bilingual baby' atau 'multilingual baby'. Fakta tentang bayi dan pengaruh bahasa ini saya dapati bila saya dah lancarkan program 2 bahasa pada anak saya. Sebelum tu tak tau pun tentang kebaikkannya.

Pandangan pakar barat tentang perkembangan Bahasa pada bayi umur 0-3 tahun :

"Research at the University of Chicago shows that a bird placed in isolation for the first few weeks of its life never learns the song of its species properly and will thus be unable to uphold a territory or woo a mate. Even though humans are more resilient than birds, between 0-3 years of age nature has primed our brains with a peak number of synapses that are busily building the optimal neural pathways to use in the production of language. This amazing ability gradually decreases and by six or seven, children have become mere mortals, who like adults have to actually put effort into learning the new pronunciation, vocabulary and grammar.

Obviously, children will get by just fine without speaking a second language like a native, but most parents of multilingual children at least aim for that level of skill. Even if you start learning languages before age 7, the optimal period is between the ages of 0-3. Why? Brain imaging studies show that languages in bilingual infants are stored closer together in the brain than in later bilinguals. This means learning another language after the age of 3 both takes greater effort and is treated differently by the brain compared to the child who acquires them simultaneously.


Although language is said to be inherent in humans, (we have highly specialized 'language centers' in the brain), talking is primarily a social phenomenon. We use it to communicate with other humans, typically those ones closest to us. So, in order to fulfill its fundamental objective, this 'all-purpose language chip' needs customization to wire up to the right language. This is similar to the way eyesight develops. As most parents know, a baby's eyesight is not fully developed until 6-9 months of age. The very act of seeing completes that capability; if an infant is left without visual stimulation for an extended period, he will have impaired vision for the rest of his life. The same 'use it or lose it' principle applies both for the understanding and production of language.

Kita boleh buat kesimpulan disini bahawa perkembangan bahasa paling bagus dibuat pada umur 0-3 tahun, kerana ia akan meningkatkan kuasa otak kiri. Ia boleh dipanjangkan ke 6-7 tahun tapi kesannya pada otak adalah tidak sama seperti yang berlaku pada kanak-kanak yang terdedah lebih awal. Dalam satu kajian lain, kanak-kanak yang didedahkan dengan 2 bahasa serentak sebelum umur 3 tahun, dia akan mudah untuk menerima bahasa ke 3 dan seterusnya nanti. Mudah-mudahan anak saya senang untuk menerima bahasa ke 3 mereka nanti iaitu Bahasa Arab. Ni mama tengah nak belajar balik ni.. Nak pegi kelas Bahasa atau panggil Cikgu ke rumah, itu belakang kira. Kena start revise sendiri dulu..


Nota-nota lama saya semasa belajar Bahasa Arab dulu-dulu..




Buku rujukan dan CD saya untuk memahirkan bahasa tersebut. Ada juga Arabic CD by Collins dalam kereta saya untuk saya pasang kalau memandu sendirian.

Majalah 'Mahir' keluaran tempatan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab.


Saya selalu salahkan kepada kesibukkan sehari-hari hingga tidak punya masa untuk mempelajari Bahasa Arab ini tapi sebenarnya kesilapan tersebut terletak pada diri saya yang kurang mendisiplinkan diri sendiri untuk belajar Bahasa tersebut.

Cerita tentang Bahasa Arab ini timbul bila Darwisya pada hari ini, mengeluarkan sebuah buku cerita bahasa Arab yang saya beli di Mesir dulu dan dibeleknya, pergi kepada saya dan memberi kepada saya sambil berkata.. Mama, I got a book here, can you tell me the story? Aduhh.. apa perlu saya katakan? Saya ambil buku tersebut, terjemahkan merangkak-rangkak dan yang agak tak tau tu saya rujuk gambar kartunnya dan agak-agaklah ceritanya. Anak saya kata.." Mama, why you read like that? Aduh.. terasa sangat akan kekurangan diri ini. Terus rasa bersalah. Maka saya berazam nak belajar lah balik. Mungkin melalui anak saya ini adalah cara Allah mengingatkan saya untuk saya belajar Bahasa syurgaNya supaya saya boleh mengajar anak -anak saya. Coretan ini saya tulis sekadar untuk mengingatkan diri sendiri jangan berhenti untuk mempelajari Bahasa Arab sehingga mahir..

Ada 3 perkara yang memotivasikan diri saya untuk mengajar anak saya Bahasa Arab :

1) Untuk mencapai niat saya menjadikan anak saya boleh bertutur dalam 3 bahasa. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ini akan mempertingkatkan lagi kuasa otak kiri mereka.

2) Saya mahu anak saya memahami maksud ayat ayat yang dihafal dari pangkal hinggalah ke hujung mana-mana surah. Bila boleh memahami maka dapatlah segala ilmu, peringatan dan hukum dalam al Quran. Maka, walau dimana mereka berada, al Quran yang dibaca, dihafal, difahami dan dihayati akan membimbing mereka untuk sentiasa berada di landasan yang betul. Bagi saya, setakat menghafal sahaja mungkin tidak cukup mendatangkan penghayatan sebenar ajaran Islam itu sendiri.

2) Mimpi saya tentang anak lelaki saya. Saya rasa Bahasa Arab akan menjadi satu keperluan untuk dirinya suatu hari nanti. Wallahua'lam

Maka saya menyeru kepada ibu bapa supaya janganlah kita hadkan pada anak kita hanya dengan 1 bahasa. Walaupun percakapan kita 'broken-broken' English atau Arabic (Hehe..), kita telah mendedahkan kepada satu perkara yang boleh mempertingkatkan Intelligent Quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) anak anak kita dan seterusnya menjadikan mereka selangkah kedepan (sekurang-kurangnya) dari kanak-kanak lain.



Comments

Ummi Nuhlan said…
saya suka sangat layari blog ini.
seronok membacanya..
walaupon saya masih menunggu zuriat dari Allah.. namun saya bertambah yakin selepas menziarahi blog ini
>>EiN@>> said…
salam,saya suka baca blog ini...walaupun baru 2x layari...intipatinya amat berguna utk panduan & rujukan kelak(belum ada zuriat tetapi telah mula ambil makanan tambahan sebagai persediaan utk perkembangan otak bayi)...memang betoi persepsi puan dan tak ramai dititik beratkan dikalangan ibu2...ofcoursela sebab kesibukan harian dan kurang ilmu jugak...saya ada 3buah anak sedara yang fasih berbahasa cina dan sudah tentu ibupun sanggup berlajar dan berkorban dengan mencari pelbagai alternatif utk kejayaan anak2....teruskan usaha murni puan.tahniah
Anonymous said…
saya juga mula meminati blog ini dan menangis sendirian mengenangkan diri ni pernah juga bersekolah arab namun tidak dapat mengajar segala apa yang pernah saya pelajari kepada anak-anak. boleh saya dapat email puan,utk berkongsi pengalaman dan nak bertanya teknik2 mengajar anak dengan berkesan terutamanya al quran. email saya nb_91@yahoo.com. terima kasih.
Anonymous said…
salam. betul2 memerlukan buku cerita bahasa arab itu. macam mana nk dapat eh? tiada kat kedai la
Lina said…
Saya juga tak tahu dimana nak dapatkannya kalau di Malaysia kerana buku-buku tersebut saya beli ketika di Mesir dulu. Mungkin puan boleh cuba cari di internet kalau-kalau ada..
Anonymous said…
Saya rasa inspired after reading this blog... sy pun bhs English suam2 aje.. tp sy jg telah pasang niat hndk mendedahkn anak sy kini 7 bulan bhs2 asing. Apa jenis bhs, berapa bnyk bhs.. sy belum decide lg.. hehe.. sama2lah kita berusaha.. insha Allah...

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt