Skip to main content

Bagaimana Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa Asing

.


Saya masih ingat seorang kawan saya berkata, kalau kita nak pelajari sesuatu bahasa dan boleh bercakapnya dengan fasih, kita perlu makan makanan dan minum minuman harian mereka baru lidah kita akan lentur mengikut ’telo’ mereka, Baru boleh fasih. Tapi kemudian saya fikir balik takkan orang yang makan spagheti dan burger tiap hari boleh berbahasa Inggeris dengan fasih kalau persekitarannya tiap hari tiada bahasa lain didengarnya kecuali Bahasa Jawa! (Saya ada darah Jawa). Seperti yang semua orang tahu, bukan makanan atau minuman yang menyebabkan seseorang itu fasih dengan sesuatu bahasa tetapi jumlah kuantiti pendedahan dengan bahasa tersebut yang memahirkannya dengan satu-satu bahasa berkenaan.

Cara kita mempelajari bahasa kedua adalah sama seperti cara bayi mempelajari bahasa pertamanya. Mula-mula MENDENGAR,, Hampir 2 tahun bayi mendengar sahaja dengan tiada daya untuk menyusun lebih dari 5 patah perkataan dalam satu ayat setibanya umur 2 tahun. Sedikit demi sedikit dia akan mencuba menggunakan ayat yang selalu didengar tersebut kepada kita, Konsep ini sama dengan mereka mempelajari bahasa kedua dan seterusnya. Jika anak kita mendengar bahasa Cina, maka ia akan mahir Bahasa Cina. Saya punya 3 anak buah yang boleh berbahasa Cina bagaikan’bertih digoreng’ kerana disekolahkan di sekolah Cina semenjak tadika lagi. MENDENGAR dan kemudian belajar menggunakan apa yang selalu didengar hingga dia boleh berkomunikasi dengan fasih.

Menurut kajian, kanak-kanak lebih mudah mempelajari bahasa dari orang dewasa. Paling mudah pada umur 0-6 tahun. Lebih awal dalam julat umur ini, lebih banyak kekuatannya pada pusat otak yang menjaga bahasa.


Seperti sedia maklum, anak saya yang berumur 3 tahun dan 1 tahun 8 bulan mula mendapat pendedahan awal kepada Bahasa Arab, bahasa ketiganya melalui TV kartun Bahasa Arab yang baru saya lancarkan. Boleh dikatakan saya ini pun buat ’eksperimen’ atau kajian penguasaan bahasa pada anak-anak saya kerana saya pun belum tahu setakat mana keberkesanan kaedah yang saya gunapakai ini.

Apa yang saya tahu saya kenal seorang kanak-kanak Melayu yang boleh berbahasa Inggeris dengan ’slang’ yang cukup mengagumkan dan bila ditanya ibunya dia dihantar ke tadika mana hingga dia boleh ber’slang’ seperti itu, jawapan ibunya, dia bukan belajar di tadika tapi di TV dengan menonton Sesame Street setiap hari. Cukup mengagumkan! Bukan tadika dan bukan bahasa harian bersama keluarga tetapi boleh bertutur dengan ’slang’ bahasa Inggerisnya seperti itu hanya dengan menonton TV.

Tempoh masa anak kita berada dalam zaman kanak-kanaknya sangat singkat maka fikirlah segala apa cara dan peluang untuk memberinya ilmu dalam masa belajar dan mainnya dan juga dalam masa jaga dan tidurnya.

Bila dewasa ada banyak faktor yang menyebabnya sukar untuk menerima bahasa baru selain dari keadaan otak kita. Saya ambil contoh diri saya. Dulu masa belum kahwin dah berapa cerita hindustan saya tonton. Selain dari hindustan, bahasa asing lain, saya pun tak berapa pasti bahasa apa tapi tajuknya saya ingat kerana setiap pukul 6 mesti depan TV menunggu cerita.. Betty La Soy! Semuanya tengok sampai habis tapi tak pandai2 pun. Bila kita kaji balik ia adalah kerana ..

Kita tengok cerita bahasa asing yang punya sarikata maka secara otomatisnya kita memahami cerita dengan membaca sarikatanya. Dengan itu.. kita tidak mempunyai ’paksaan’ untuk mempelajari bahasa tersebut. Maka jangan ada yang bertanya kenapa kita tengok cerita ’omputeh’ tiap hari pun, masih tak fasih-fasih. Semuanya sebab keterbergantungan diri sendiri pada sarikata atau subtitle.

Ini berbeza dengan kanak-kanak.. Mereka ’dipaksa’ untuk belajar dan faham sesuatu bahasa tersebut tanpa bergantung pada sarikata (kalau ada sarikata pun mereka tak pandai membacanya).

Dari pemerhatian saya setakat ini, anak saya bergantung kepada gambar untuk memahami jalan cerita kartun kegemarannya. Kemudian dia mengaitkannya dengan nada suara yang dilontarkan oleh kartun tersebut untuk mengetahui perkataan takut, marah, sedih atau gembira. Lebih banyak perkataan tersebut selalu diulang oleh ikon kartun tersebut, lebih cepat dia menghafalnya. Apa pun cara ini bak kata orang putih menyediakan anak saya ‘an ear for the language’.
Setakat hari ini, belum sebulan lagi anak saya menonton kartun bahasa Arab, sikecil dan kakaknya dah boleh menghitung 1-10 dalam bahasa Arab dan sudah memahami dan menyebutnya kepada saya beberapa patah perkataan yang selalu disebut oleh ikon kartun tersebut seperti

Marhabah = Hello
Ana = Me/I
Rai’a = Great
Sahhih = Correct


Yang seronoknya bila anak sulong saya mencuba menyebut perkataan dengan sebutan mereka. Contohnya perkataan rai’a dengan huruf ‘ain’ yang pekat! Mungkin juga nanti anak saya yang lebih pandai dan lebih slangnya dari saya dalam berbahasa Arab kerana lidah saya ni pun dah keras! Hehe.. Oleh kerana kartun ini berbahasa Arab maka sudah tentu lagu temanya juga berbahasa Arab. Saya melihat anak saya membuat beberapa cubaan menyanyi semasa kartunnya menyanyi. Namun lagu versi arab anak saya masih tak menjadi atau dengan kata lain.. masih berbunyi sumbaaang!

Sehingga hari ini dia tidak pernah meminta saya menukar kepada VCD bahasa Inggerisnya. Dah tentu sebabnya kerana jemu asyik melihat VCD yang sama selama 2-3 tahun lepas. VCD baru yang berbahasa Arab itulah yang menjadi pilihannya setiap hari sekarang ini. Itulah pilihan hiburan TV yang saya sediakan untuk anak saya bagi 2-3 tahun yang akan datang..


Latihan hafazan dan Iqra tetap seperti biasa namun untuk riadah harian bagi mengeluarkan peluh saya kena tutup TV tu untuk mengajak anak saya keluar. Satu perkara lagi saya lihat dia lebih bermotivasi untuk Iqra. Setiap hari anak sulong saya mampu membaca 10-15 mukasurat muqaddamnya. Sebelum ni 2 muka surat je kemudian hafazan. Kadang-kadang saya tergelak sendiri kerana mengingatkan mungkin motivasi ini timbul kerana dia terfikir Dora The Explorer, Little Einstein dsb banyak buat Iqra dan Hafazan hingga boleh berbahasa Arab! Ya Allah, janganlah engkau jatuhkan aku berdosa kerana tidak membetulkan persepsinya. Sesungguhnya niatku hanya keranaMu..

Makluman : DVD Dora The Explorer salah satu kartun berbahasa Arab yang saya beli ini berharga hampir RM200/set pakej yang mempunyai 5 DVD.
Untuk pengetahuan : VCD-VCD kartun Arab yang dialih bahasa ini saya beli melalui online dari beberapa website yang menjual VCD. Setakat hari ini, saya tidak pernah berjumpa ianya dijual di Malaysia. Perlu shop around untuk mendapatkan kualiti dengan harga yang murah. Ada yang saya terima tidak elok kualiti suara dan gambarnya hingga menyakitkan hati menontonnya. Saya berhabis hampir RM2000 untuk berbagai DVD kartun Arab ini. Memandangkan ia pelaburan hiburan sambil belajar Bahasa Arab untuk 2 orang anak saya bagi rancangan TVnya, menjadikan ianya pelaburan yang berbaloi. Nilainya sama dengan bayaran 2 tahun bil astro saya dulu.



Sedutan kartun Dora berbahasa Arab yang mengajar anak-anak menghitung..












Comments

spe_echless!! said…
kak,mcmana nk beli vcd dora yg berbahasa arab tu ye?
nurul said…
betul tu ..saya pon nak tau kat mn nak beli vcd BA tu... berminat sangat2 sebab ank saya pon suka tgk DORA.

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt