Skip to main content

Persekolahan Darwisya di International Modern Arabic School

Alhamdulillah hari pertama Darwisya masuk kesekolah pada hari semalam berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti biasa, hari pertama ke sekolah untuk kanak-kanak tahap tadika ini ada yang tak mahu masuk kelas, ada yang menangis hendak bersama ibunya, ada yang masuk, duduk dan keluar balik kejar ibunya dan sebagainya. Mungkin Darwsiya pernah saya sekolahkan untuk beberapa bulan di sebuah sekolah tadika biasa yang berdekatan sebelum ini menyebabkan dia boleh menerima untuk saya tinggalkan tanpa sebarang masalah. Sebelum saya meninggalkan Darwisya, ada juga saya menunggu dalam 1 jam memerhatikan dia boleh atau tidak ditinggalkan dan saya perhatikan dia memang kelihatan agak janggal kerana kawan2 nya mempunyai 'rupa dan bahasa percakapan' yang berlainan dari kawannya yang biasa. Dia kelihatan diam dan lebih banyak memerhati kawan-kawannya. Saya harap situasi ini tidak kekal lama dan menganggapnya perkara biasa untuk mana-mana kanak-kanak ke sekolah pada hari pertama mereka.


Semakan nama kanak-kanak yang baru datang untuk mendaftar masuk kelas.


Morning Assembly, Kanak-kanak berkumpul untuk diberi kata-kata nasihat dan menyanyi bersama sama dengan guru mereka. Lagu yang mereka nyanyikan pada ketika saya disana berjudul 'Sabahul Khair' yang bermaksud 'Selamat Pagi'


Satu identiti yang saya perhatikan tentang anak orang Arab ni, selain hidung yang mancung, mereka ni rupanya kebanyakkannya berambut kerinting. Kenalah dengan anak saya tu..  Semasa anak buah saya mendaftar masuk sekolah Cina, identiti rambut mereka, semuanya lurus lurus belaka..

Kawan baik Darwisya yang duduk disebelah Darwisya dalam kelas.



.




Rasanya ni Timetable tahun lepas untuk program kindergarten mereka kerana kelihatan agak lusuh. Saya ada bertanya tentang timetable tahun ini tapi mereka berkata belum print lagi..




Aktiviti bermain di playground yang di awasi oleh guru mereka..




Darwish join sekali.. Dia ni lain sedikit dari Darwisya yang nampak agak janggal pada hari pertama. Hari pertama terus dapat kawan dan bermain bersama. Macam dia pula yang dihantar ke sekolah. Satu perkara yang saya perhatikan, anak anak Arab ni ialah mereka agak kasar ketika bermain. Saya pernah dengar bahawa cara mereka bergurau adalah sama seperti cara kita sedang bergaduh. Namun tak semualah yang seperti itu. Jadi untuk bersama bermain dengan mereka, Darwish kena jadi tough!



Kalau tak kuat hati tahan sabar, saya dah angkat Darwish tu siang-siang kerana takut dia cedera bermain dengan yang lebih besar.. Tapi terfikir juga mungkin kalau saya nak angkat pun dia tak mahu kerana ingin terus bermain..

** Update : Alhamdulillah.. Just want to share Darwsiya's first semester exam result in International Modern Arabic School. All A's. 4 subjects with 100% marks prove that when a child master the quran learning, she can excel in any subject even in foreign language school that is not her mother tongue language. In fact, she is the best in class. Hope this will change people's perception that teaching quran will make the children go no where in school.





Sedutan dari Morning Assembly di sekolah baru Darwisya. Siapa nak dengar macam mana nak nyanyi lagu arab judul 'Sabahul Khair', boleh klik youtube dibawah..





Off topic kejap... sebelum Darwisya ke sekolah pada hari semalam, saya ke Tesco untuk membeli barang keperluan ke sekolah seperti bekas makan, tempat air, bekas pensil, pensil warna baru selain dari keperluan harian baru baru ini. Setelah bershopping, turun dari escalator menghala ke food court ada sebuah gerai sementara kelihatannya yang dihiasi dengan belon yang banyak. Seorang wanita menghampiri saya selepas melihat barangan yang saya bawa di dalam troli dan bertanyakan resit Tesco saya. Dia menerangkan bahawa untuk pembelian RM50 keatas, percuma tangkapan gambar untuk kanak-kanak berusia 8 tahun kebawah dan berpeluang menyertai peraduan 'Si Manja Comel' (kalau tak silap saya inilah temanya) dengan syarat gambar anak saya dipaparkan di banner mereka. Sekadar suka-suka, lagi pun free pulak tu, saya suruh Darwisya ke platform untuk diambil gambar. Masuk Peraduan? Ohh.. tidak, kerana saya sekadar suka-suka.. Pandai sungguh dia menyuruh kanak-kanak melakukan gaya. Mungkin sebab mereka sudah bergelah profesional gaknye. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan yang hadiahnya agak lumayan juga ni, serta mendapat peluang mengambil gambar anak sendiri oleh jurugambar profesional, bolehlah datang ke Tesco Shah Alam. Peraduan tutup pada 29 September bulan ini. Datanglah beramai-ramai.. (Nampaknye ni promosi free untuk Tesco Shah Alam ni). Dibawah adalah 2 foto Darwisya hasil sentuhan profesional mereka..



Emm.. Sebenarnya yang dia pegang kat tangan kanan tu kononnya magic wand. Tapi terpeleotlah pulak..


Sekali pandang macam sedang menari.. tapi sebenarnye dok atas platform macam orang keras je. 


Di bawah ni pula 5 foto Adiknya Darwish Adrian..

Mama dah janji kalau ngaji dapat naik mesin yang guna coin tu kan?


Tapi nape kita kena tangkap gambar dulu? Alahai...

Lepas ambil gambar ni kita pergi ye..
Mama, the hat is too big for me!

Ok, I'm done! Lets go..








Comments

sekolah dia nampak di tempat yang sunyi dan sesuai utk kanak2 belajar
banyak pokok2 di keliling macam kat kampung
bestlaaaaaaaaa...
nurayunni said…
mahal x akak hantar kt sek tue?
sy berminat lar..
ummuarif78 said…
dah masuk sekola upernya wisya ye.seronok tgk dia da sekolah dan berani budaknya.
anak saya dah stat ajar flash card tapi sering menyabut ba ba ,asyik ba aje.kakak dia pegang iqrak dia sebut ba jugak.umur adik 1tahun2bulan
siti said…
salam kak..lari topik skit.sy ni dlm perancangan nk hamil anak ke 2.blh akak bg tips2 @pun pemakanan yg akak amalkan sepanjang mengandungkan anak2 akak..teruja sgt trgk anak2 akak..TAHNIAH!
mekar said…
Salam kak,

Saya minta izin link blog ni dalam blog saya. banyak info2 berguna. Tahniah di atas kejayaan mendidik anak2 diusia muda !
ummunasuha said…
nak share dgn ibu2 yang willing utk ajar ank mrk arabic..^_^

http://www.oup.com/oxed/children/firstwords/arabic/youandme/
ummunasuha said…
ummuarif78:ba antara perkataan terawal yg bby suka sebut..insya'Allah teruskan tnjuk flash card pd bby..smpai umur dia 2 thn, teruskan je..otak mrk sekarang serap umpama span..bila boleh ckp nnt semua yg diajar akn keluar..betul x pn lina?^_^
Lina said…
Ya, betul sangat sangat tu ummunasuha!
Anonymous said…
laa awat shopping kat tesco.. carik la tempat lain. tesco ni jenama yahudi.
Anonymous said…
sekolah arabic moden international ni kat mana kak????KL ker? area mana yer?
noraani said…
anak saya dah stat ajar flash card tapi sering menyabut ba ba ,asyik ba aje.kakak dia pegang iqrak dia sebut ba jugak.
erina endah said…
assalamualaikum ,. harap sudi jengah blog saya untuk memberi pandangan dan pendapat masaing-masing mengenai perkembangan kanak-kanak ,.

http://erinaendah.blogspot.my/

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt