Skip to main content

Majlis Khatam Quran Kumpulan Tadarus Ramadhan di Surau Kami

Malam ini malam yang ke 27 dalam bulan Ramadhan. Terasa sedih Ramadhan hampir meninggalkan kita. Seperti yang saya katakan, Ramadhan kali ini amat bermakna kerana ia adalah pertama kali saya bertarawih dgn kedua anak saya. Alhamdulillah, tiada apa yang mendorong mereka selain dari hidayah Allah. Mereka tidak pernah meninggalkan tarawih walaupun mereka boleh membuat pilihan tidak mengikut dan menonton tv dirumah jika mereka mahu. Walaupun mereka berdua beradik hanya duduk ditepi, hanya mendengar dan memerhati sahaja, banyak perkara yang mereka pelajari disurau. Sememangnya kita tahu kanak-kanak banyak dan cepat belajar dengan cara begini. Antara hikmah membawa anak2 saya ke surau adalah :

  1. Mereka telah dibiasakan hampir sebulan cara untuk berada didalam surau dalam keadaan berhemah. 
  2.  Tidak keluar sewaktu saya bersolat untuk bersama dengan kanak-kanak lain yang kedengaran meriah membuat bising, bermain mercun dsb diluar surau. 
  3. Kedua beradik tahu untuk mengangkat tangan untuk meng'amin'kan doa setiap kali imam membaca doa
  4. Kedua beradik tahu lagu zikir yang dibawa oleh imam selepas selesai solat witir. Ia telahpun menjadi ikutan mereka.
  5. Kedua beradik diperdengarkan dengan ayat -ayat suci al quran yang sudah biasa dan yang tidak pernah mereka dengar yang dibacakan oleh imam  secara 'live' sepanjang bertarawih di surau. 

Malam ini tarawih di surau kami berlainan sedikit kerana kebiasaannya selepas tarawih akan diadakan tahalil tapi kali ini acara khatam quran bagi kumpulan qari dan qariah yang bertadarus semenjak awal Ramadhan telah diadakan. Selepas Tarawih kami bersama meraikan dengan membaca dari surah Ad Dhuha hinggalah helaian pertama Surah Al Baqarah. Dan yang menyeronokkan kedua beradik ini surah-surah tersebut adalah surah yang sangat biasa bagi mereka. Kebetulan anak-anak saya sahaja yang 'kanak-kanak' dalam majlis tersebut. Selepas membaca, bunga telur pun diedarkan seorang satu. Ada beberapa makcik makcik yang memberi bunga telur kepunyaan mereka kepada Darwish dan Darwisya menyebabkan akhirnya kami membawa balik banyak bunga telur. Ada 8 bunga telur semuanya. Anak saya pula mengambilnya dengan selamba pula tu. Nampaknya besok boleh buat masak kicaplah untuk mereka. Haha.. Seperti biasa, pertanyaan mereka selepas itu, anak saya membaca ke menghafal, anak saya mula diajar umur berapa, saya mengaji selalu ke ketika mengandungkan mereka.

Apapun saya harap tidak lama lagi trend kanak-kanak di majlis tadarus akan menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Saya juga membuat kesimpulan, banyak hikmahnya jika kita mendekatkan anak-anak kita ke surau atau masjid. Jika ada peluang untuk kita membawa mereka, bawalah kerana banyak perkara yang mereka boleh pelajari.. Walaupun mereka hanya duduk ditepi bermain antara satu sama lain (dalam keadaan terkawal).





Yess.. this is mine! 





Bunga je yang ada, telurnya dah dimakan. Malam dapat bunga telur ni, 2 biji terus di makan Darwish. Oleh kerana saya lambat buka, telur yang pertama, dia makan dengan kulit-kulit telurnya sekali! Mujur sempat keluarkan kulit telur tersebut.



Sebahagian Bunga telur yang dipegang oleh Darwisya. Tidak seperti kepunyaan Darwish, telurnya masih ada lagi..



Bunga telur pilihan Darwisya..PINK. Darwisya memang taksub dengan warna pink. Dia taknak warna lain..



Peganglah sementara boleh, pasal besok mama nak kopek masuk dalam kuali!

Tips: Saya bawa Lego dalam jumlah yang kecil untuk mereka bermain. Boleh juga bawa buku mewarna atau apa2 yang tidak mengeluarkan bunyi bising.









Comments

AFITI said…
salam..darwish dan darwisya...anak yang baik..auntie doakan darwisya cemerlang dunia akhirat..anak..
betul elok bawa anak g masjid
macam anak saya ada beberapakali bawa ke masjid
sekarang setiap kali nampak masjid amana kana cakap dengan jeritan
"PAPA, MAMA MASJID. PAPA BERENTILAH SEMAYANG!!!"

tapi kadangkala ada jemaah surau yang tak suka ada budak kecik. sedangkan itulah cara utk didekatkan dgn agama. ada kawan di FB mengatakan dengan nada marah. budak2 kecik adalah gangguan di masjid. sedangkan di mekah pun budak2 dibawa. saya amtk maaf kalau apa yg saya kata ne mengguris hati ..yg berkata itu lulusan agama & bertudung labuh nak dibandingkan saya yang ala2 je ne.. belum pernah saya anggap budak kecil adalah gangguan. bukan sbb saya sendiri punya anak tapi semenjak bujang pada saya anak2lah buat masjid itu tampak meriah.. mmg kita tidak boleh menilai dari segi lulusan agama & bertudung labuh tetapi bukan "kawan itu" patut lebih tau dari kita yang kurang ilmu ini?
Lina said…
Salam Mama Amana, Amp dan Arief,

Oleh sebab itu yang mendekati masjid hanya orang tua-tua dan yang remaja menjauhinya kerana pengalaman ini semasa kecilnya. Kanak-kanak diherdik, di arah ke belakang, di jeling dan sebagainya jika di masjid. Sedangkan di Cybercafe, di tempat lepak, mereka dialu-alukan. Maka yang jadinya daripada kebiasaan ini adalah apa yang kita lihat sekarang ini. Remaja menjauhi masjid.

Pengalaman saya juga sama pada mulanya. Mereka menyamakan kanak-kanak dengan gangguan. Sedangkan Rasulullah sangat mesra dengan kanak-kanak walaupun di masjid. Pekakkan telinga, dan keraskan hati untuk membawa anak ke surau/masjid dengan syarat kita sudah berusaha untuk mengawal mereka supaya tidak bising krn hukumnya makruh kerana mengganggu jemaah yang sedang bersolat. Saya pernah berhenti solat kerana anak saya menangis dan terkocoh-kocoh membawanya keluar surau sekali tu hinggalah dia berhenti menangis sebelum saya masuk kembali untuk bersama jemaah.

Saya yakin dengan membiasakan ke surau mereka akan rasa selain dari rumah, yang mendapat tempat dihati mereka adalah surau/masjid. InsyaAllah dengan sentiasa ditempat yang mulia akan menjadikan mereka juga sebagai manusia yang mulia.
Terima ksih atas sokongan Puan
Walau terasa juga bila ada yg kata anak2 kecil adalah ganguan
tapi niat saya untuk mendidik anak2 kenal rumah ibadat mereka

Lagipun setiap kali saya bawa anak2 dia akan main di belakang sbb ada budak2 juga..masjid kan luas..di belakang mmg macam tempat budak2 berkumpul
tapi ada masanya anak duduk ditepi dan mengaminkan doa bersama... namanay pun budak kecik..
belum pernah jadi kes lagi anak2 menangis kuat

tapi kalau jadi; saya akan buat macam puan lina juga..bawa ke luar..

lega rasanya bila ada juga ibu yg berfikiran sama dgn saya untuk mendidik anak2 kenal rumah ibadat sedari kecil
nurulhudamukhtar said…
selamat hari raya aidilfitri kepada puan sekeluarga. saya amat kagum dgn apa yg puan lakukan kepada anak2. semoga lebih ramai lagi ibubapa (termasuk saya juga) yg dpt mengikuti sedikit sebyk jejak langkah puan. jangan lupa mengemaskini perkembangan anak2 puan di blog yea.....
Lina said…
Salam Puan Nurul,

Yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari saya. Moga kita mengikut yang baik sahaja ye..
Abdul Azeem said…
Masha Allah, SubhanAllah
ndunk said…
alhamdulillah
semoga kita dapat bertemu
saya sngt tertarik anda mendidik anak anda
semoga menjadi anak2 yang soleh
kenz said…
assalamualaikkum....heard about you from here.MashaALLAH
http://chitchatovercoffee.blogspot.in/2011/07/learning-technique-of-teaching-quran-to.html
wish ur blog were english..so i cud follow u...:(

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt