Skip to main content

Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran.

Jika kakaknya, Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun 8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwish mungkin agak kebelakang sedikit. Ini kerana beberapa faktor yang saya rasa sinonim dengan kanak-kanak lelaki :

1) Lebih bermain
2) Buas
3) Tidak fokus
4) Tidak boleh duduk diam walau dimarah (tak takut)

Itu belum dicampur faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat bercakap dan sebagainya. Darwish masih tidak boleh bercakap dengan sempurna. Contoh lorry disebut oo-ii dan robot disebut oo-bot. Itu bukan lagi perkataan lain yang boleh disebut tapi tidak jelas. Setiap hari saya melatihnya untuk menyebut dua perkataan ini tapi belum lagi berjaya nampaknya. Pentingnya menyebut lorry dan robot kerana jika berjaya, dia akan boleh menyebut perkataan 'Bismillahirrahmanirahim' dengan sempurna. Harapan saya tinggi supaya dia boleh menyebutnya sebelum dia memulakan hafazan secara serius seperti Kak Wisyanya. Namun, saya pasrah jika ianya tidak berlaku secepat seperti yang saya harapkan.

Apapun saya rasa ia adalah biasa untuk kanak-kanak tidak boleh menyebut perkataan tersebut dan ianya tidaklah sesuatu yang kekal hingga mereka dewasa. Satu hari dia akan boleh menyebutnya dan pada hari tersebut alquran akan disebut dari mulutnya dengan sempurna. Ia bukanlah penyebab untuk saya melengahkan langkah seterusnya (hafazan) jika dia sudah menghabiskan buku al furqannya nanti. Buat ketika ini pun dia sudah berjinak jinak untuk menghafal. Dibawah adalah bacaan Surah Al Fatihah, Surah An Nas dan sebahagian dari Surah Yassin dari anak lelaki saya yang berumur 2 tahun 7 bulan. Sekadar untuk berkongsi dengan para pembaca akan percakapannya yang belum jelas yang akan memberi kesan kepada kesempurnaan bacaan hafazannya tetapi yang ingin saya tekankan kepada para pembaca adalah walupun begitu, susunan dari satu ayat ke ayat yang lain sudah dalam keadaan teratur dan sempurna.


Semoga video ini dapat membuka mata kita akan kemampuan anak-anak kita walaupun mereka belum pandai bercakap dan seterusnya memberi mereka peluang untuk dididik sama seperti kanak-kanak lain yang nampak lebih sempurna pertuturan dari mereka.

Lihat perbezaan Darwish menghafaz Surah Yassin (hanya mendengar dan menghafaz sendiri) dan juga cara dia menghafaznya dengan bimbingan. Mengajarnya menghafaz surah yang sama adalah mudah kerana dia sudah biasa mendengarnya. Saya yakin perhatian kita sebagai ibubapa dalam membetulkan bacaan al quran anak kita boleh menjadi pengubat pelat untuk mana-mana kanak-kanak. Jika sebelum ini saya sebagai ibu tidak memahami kebanyakkan apa yang dituturkannya, selepas melatih menghafaz surah yang sama, perbezaan ketara dapat diperhatikan pada pertuturan harian.


SEBELUM : MENGHAFAZ HANYA DENGAN MENDENGAR









SELEPAS : MENGHAFAZ DENGAN BIMBINGAN













Ini pula, kakaknya yang telah pun melalui apa yang dilalui oleh adiknya.. Telah menghafal Juzuk Amma dan surah-surah pilihan (Al Waqiah, Ar Rahman, Al Mulk, As Sajadah)




Video-Video lain :

Darwish Membaca Surah Al A'la pada umur 3 Tahun :

Darwish Membaca Surah At Tariq pada umur 3 Tahun :




Darwish Membaca Surah Al Bayinnah pada umur 3 Tahun :




Darwish Membaca Surah At Tariq pada umur 3 Tahun :



Darwish Membaca Surah Al Buruj pada umur 3 Tahun :







Comments

wahh....
mudah33an anak3 akak berjaya seperti apa yg akan impikan.
terpaku tengok darwish dah boleh membaca beberapa surah tu. Tahniah ye kak!
Teringin nak jdkan adam cm tu jugak
mudah-mudahan
saya tak boleh dengar nanti saya buka dari labtob pula
Anonymous said…
saya rasa nak kongsi site nih dgn kawan2

http://english.islamway.com
Ummuarif78 said…
BETUL SAUA PUN RASA MEMG ADA PERBEZAAN ANAK PEREMPUAN DGN ANAK LELAKI.
ANAK LELAKI SAYA PUN KURG TUMPUAN TERHADAP FURQAN NAMUN DIA MAHU JUGA DIAJAR MENGAJI.TAPI TAK BOLEH TERLALU LAMA DAN SEKEJAP AJE KALAU LAMA DIA JEMU.
UTK PENGETAHUMA PUAN ANAK SAYA YG BERUMUR UMUR 1TAHUN 3 BULAN SUDAH SAYA TERAPKAN PADA KAD IMBAS TAPI TAKTAU LAH DIA MUDAH MENYEBUT BA SHJ.TAPI MKINAT DGN KAD TERSEBUT.TUNJUK YG LAIN DIA TETAP SEBUT BA.APAKAH KLAEDAH BEGINI PATUT DITERUSKAN WALAUPUN DIA CAM TAK MENGERTI
Lina said…
Salam NorAzzah..

Saya dah baca your blog. Comelnyeee Adam. Rasa nak lagi satu pulak.. InsyaAllah Adam sama naiknye dengan Darwish nanti.. Mudah-mudah anak kita diberi kefasihan dan kelancaran lidah bila dewasa nanti.
Lina said…
Salam Ummuarif,

Jangan putus asa melatihnya dan teruskan beri air minum yang kita zikirkan dengan surah taha dan/atau alfatihah setiap selepas solat supaya dia tidak degil dan terbuka hatinya untuk membaca huruf yang lain.
Yaya Azura said…
Salam kenal..syukur rasanya 'tersinggah' di blog ni..banyak sekali info..saya nak follow blog ini..semoga mendapat manfaat utk saya dan juga yg lain...
UMMUARIF said…
BOLEH PUAN TERABNGKAN APA AMALAN AYAT2 YA PUAN AMALKAN BAGI MENGATASI ANAK2 YG DEGIL NI.ANAK SAYA TERLALU BIJAK BERCAKAP TAPI ADAKALA KERAS HATINYA.BAGI PETUA SIKIT ATAU AMALAN AAYAT2 PELEMBUT HATI
Anonymous said…
salam..saya pn siti hawa..pernah sekali saya emailkan tentang kaedah puan ajar anak2 puan...walaubagaimanapun saya tidak berapa pandai ICT dan tak berapa cekap di lamam internet...jadi saya perlukan masa untuk semua ini walhal saya mempunyai anak2 yang masih kecil...flashkad huruf hijayyah telah 5bulan saya beli namun belum pernah skali saya berjaya mendidik anak perempuan saya berusia 2thn9bln mengenal huruf..kakaknya pula mempunyai adik berusia 1thn 10bln..saya pula bekerja...saya mohon puan hubungi saya di talian 0174154830,pn. siti hawa..ini memudahkan saya berinteraksi dengan lebih jelas dengan puan..dan saya ingin memohon dan merayu agar puan jangan abaikan mesej saya ini kerana anak perempuan saya petah bercakap,jadi saya rasa rugi jika dia tidak pandai mengaji di usia kanak2nya.tolonglah puan...saya benar2 merayu agar puan dengan KADAR SEGERA menelefon saya..hanya Allah membalas jasa baik puan untuk tergerak hati memberi maklumbalas secepat mungkin...terima kasih...wassalam...
Lina said…
Salam Puan Siti,

Alhamdulillah anak puan jenis yang petah bercakap. Janganlah puan cepat merasa kecewa jika anak puan tidak mengenal huruf selepas 5 bulan mengajar kerana bahagian memperkenalkan huruf memang adalah yang paling sukar berbanding bahagian lain mengikut pengalam saya dengan 2 orang anak saya ni. Bila dah dapat nanti, mereka akan laju seperti keretapi! InsyaAllah. Untuk mempermudahkan mereka, kita perlu dedahkan huruf tersebut bukan sahaja pada waktu mereka belajar, malah waktu mereka bermain dan juga ketika mereka menonton TV. Beli VCD kanak2 yang banyak di pasaran dan jangan lupa bawa beberapa keping kad huruf tersebut dalam kereta. Apapun yang boleh saya simpulkan adalah mengajar kanak2 baya ini memerlukan kreativiti. Mereka tidak boleh diajar seperti kanak kanak sekolah yang sudah tahu duduk diam dan boleh memberi tumpuan yang agak panjang. Terima kasih kerana sudi berhubung dengan saya di ruangan ini. Saya faham tentang masalah puan dengan penggunaan internet. Saya sendiri pun bermula dari tidak tahu hinggalah saya boleh membuat blog sendiri ini. Untuk pengetahuan. saya lebih suka berkongsi dengan menjawab soalan puan disini kerana saya mahu orang lain yang juga mempunyai soalan yang sama dapat manfaat dari soalan puan ini juga.
Anonymous said…
Salam...kak lina lama betul tak update blog ni..saya rindu sungguh dengan crita2 darwish n darwisya...tolong lah update untuk membakar sengat saya ni...
AmirAzimah said…
Salam,
Hye kak Lina..nape x tmbh entry lagi...saya sentiasa akan bukak blog Darwisya ni..hari-hari..klau saya ssh hati pon..tenang hati saya bila baca blog ni...lagi2 tgk muka darwisya..hehehe...smpai skrg saya x de anak lagi..mgkn xde rezeki..yg menambhkan kesusahan hati sya, bila wife bakal di hantar untuk posting di sabah & sarawak..lagi lah kurang masa bersama...hhmmm..ok lah..any way best of luck untuk darwish n darwisya...kalau akak rajin..comment la kat blog saya or reply e-mail saya...t.q.
Lawa Creative said…
betul tentang anak lelaki tu, anak sy pun lelaki(ada satu je) hehe, tapi saya setuju dgn yang akak describe tu, sy pun tgh cuba ajar anak saya hafal surah2, dia skrg umur 2 tahun 6 bulan, surah al-fatihah, doa tidur n makan je baru lepas sampai habis, now tgh ajar al-ikhlas pulak masih separuh jalan, harap2 dpt lah mcm anak akak. Dgn anak sy ni pun, dia belajar menghafal dgn mendengar, xboleh diajak duduk n hafal(taknak dia)..tapi lama2 berjaya jugalah(based on al-fatihah punya kes)... smg kita berjaya :)
Amirah Hazirah said…
Saya mencari mereka yang TAHU GUNA FACEBOOK (check inbox, Chat, add new friends), dan NAK BELAJAR JANA INCOME MELALUI INTERNET DENGAN MUDAH! Jika anda mempunyai ciri-ciri yang dicari, sila hubungi saya segera. Coaching percuma untuk ANDA! Serious person only. Atau Rujuk Link ini: http://tinyurl.com/facebookmudah
tQ (Amirah Hazirah - Usahawan Internet)
fatimah said…
salam Puan,

maafkan saya, adakah nama puan Mazlina Ramli atau Mazlina Karim?cuma saya confuse, adakah Lina Karim adalah mama Darwisha?Maaf jika soalan ini mengganggu
fatimah said…
salam. saya ingin bertanya, adakah nama puan Mazlina Karim atau Mazlina Ramli? Adakah Lina Karim adalah mama darwisha?Maaf jika pertanyaan ini menyinggung puan cuma saya terkeliru.Terima kasih
Ein Frenoz said…
Salam. Really inspiring :)
Hrp saya mampu buat serupa utk anak saya.

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt