Skip to main content

Nak Ajar Anak Yang Mana Dulu?

Semalam saya menerima 3 emel bertanya kalau anak asyik nak ajar baca Quran, hafal Quran, bagaimana pula tentang pelajaran lain? Setiap emel tidak sama tetapi kesimpulan pertanyaan begitulah bunyinya..

Bukan itu sahaja, malah saya yang tak pernah masuk forum terjumpa pula forum yang membincangkan tentang isu yang sama. Kalau nak join forum tentang ni boleh jenguk http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=603367&extra=page%3D1

Hairan saya.. Kenapa hari yang sama? Saya rasa Allah mahu saya berkongsi perkara yang tidak penting bagi saya tetapi mungkin penting bagi orang lain..

Baiklah.. saya ingin kongsikan pengalaman saya memdidik anak saya setakat ini. Belum besar lagi pun mereka tu, maka tak dapatlah saya berkongsi banyak sangat tentang isu ini. Seperti yang semua orang tahu, saya hanya fokus mengajar mereka al Quran sahaja kerana saya fikir ilmu lain-lain tu, bila mereka mula bersekolah nanti, boleh belajar dengan cikgu sekolahnya! Sebenarnya saya kata begitu kerana saya yang ‘takde masa’ dan ‘tak sempat’ pun kalau nak ajar semua-semua benda! Tapi rupanya saya silap! Saya terlupa bahawa mereka boleh belajar sendiri. Bukan dari cikgu sekolah dan bukan juga dari saya.. Betul lah kata orang kalau ajar anak Al Quran, hati mereka terang untuk menerima ilmu lain. Saya cuma pasang VCD Phonic 'I Can Read' (boleh beli disini)  dan nak di jadikan cerita, baru-baru ni je (tak sampai sebulan pun) saya mula guide mereka sikit-sikit. Ajar baca guna 'Kaedah Phonic'.

Video-video dibawah ini adalah hasilnya. Darwisya sudah boleh membaca (Alhamdulillah) dan Darwish pula merangkak-rangkak membaca. (bagi saya.. bolehlah tu!)

Video Darwisha Adrianna, tak lama lagi.. umurnya 5 tahun. Dah besar anak mama ni..



Darwish Adrian, umur 3 tahun lebih. Nilah budak yang pelat dulu tu!





Biarlah anak orang lain boleh membaca buku umur 3 tahun, dan anak kita boleh membaca umur 5 tahun sekali pun.. Yang pasti anak kita sudah punyai 2 kemahiran – 

Buku dan Al Qurannya,  Dunia dan Akhiratnya!

Jika seorang ibu mahukan anaknya punya kedua-duanya maka kedua-dua ilmulah akan dibekalkan, jika seorang ibu hanya mahu anaknya mengejar hanya satu dalam erti kata lain salah satu daripadanya sahaja maka hanya satu sahajalah yang anaknya miliki.

"Jika kamu mahu berjaya didunia, hendaklah dengan ilmu.. Jika kamu mahu berjaya di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya di kedua-duanya, juga hendaklah dengan ilmu" Imam Shafie

Jadi saya rasa tak perlulah kita berkira-kira macam mana, bagaimana atau yang mana satu nak diajar dulu. Bagi mereka yang masih lagi berkira-kira, nasihat saya, mulakanlah dengan Al Quran. Allah tidak pernah menipu kita tetapi kita yang menipu diri sendiri. Dan saya juga hampir-hampir tertipu!



Comments

Eima Ari said…
Salam Puan Lina,

Terima kasih diatas kunjungan balas email sy semalam...

Semoga tuhan memberkati usaha kita memberi didikan sempurna kepada anak2 kita..dan semoga saya berpeluang mengikuti kursus-kursus yg dianjurkan..
Alhamdulillah seronok apabila Puan Lina menulis semula di blog. Saya memang teringin benar ke kursus anjuran Puan Lina tapi masih belum berkesempatan. InsyaAllah saya sentiasa berdoa semoga saya beroleh ruang untuk menyertainya.

Nadiah
amieroziana said…
betulpendapat puan Lina yang kita kena ajar Al-Quaran dulu sebab hati anak boleh cerah...pengalaman dalam keluarga saya...adik2 saya yang lebih lancar mambaca alquran...dalm pelajaran pun lebih kedepan berbanding adik yang lemah dalam bacaan alquran...
Seronok dan tahniah buat Puan Lina atas kejayaan anak-anak setakat ini dan semoga terus berjaya.

Semoga Puan akan terus menulis di blog sebagai motivasi kepada ibu bapa di luar sini, kerana menjadi pengajar untuk anak-anak sendiri terutamanya Al-Qur'an memerlukan motivasi yang tinggi. Bukan pelajar je yang perlukan motivasi.

Semoga usaha Puan Lina dibalas dengan keberkatan Allah dan pahala yang berlipatganda.
rinkume_zi said…
terima kasih puan lina kerana telah menyedarkan saya.
rinkume_zi said…
terima kasih puan lina kerana telah menyedarkan saya.
linakarim said…
Terima kasih semua kerana sudi membaca dengan hati terbuka. Hidayah hanyalah milik Allah.
kalo alquran..produk mana yg sesuai saya bagi pada anak saya yg berumur 2 tahun 7 bulan...
knv said…
terima kasih pn kerana berkongsi. boleh saya share post ini dalam blog saya? saya kira ramai yang akan dapat manfaat dari pengalaman puan ini.

jazakallah. semoga pn sekeluarga diberkati Allah sentiasa.
Nur Fatimah said…
Assalammualaikum...

Saya benar2 bersetuju dgn pandangan akak...Ustaz saya pernah bercerita dlm ceramahnya.Jika kita mencari akhirat, dunia akhirat akan dtg pd kita.jika kita mencari dunia kita hanya mendapat dunia semata & semakin jauh dr akhirat.sy juge pernah melihat dimana seorg tahfiz hanya menghafal an quran juga mampu menghafal 7 bahasa yang jarang dimiliki oleh org lain...wallahualam..
Nur Fatimah said…
Assalammualaikum...

akak,sy skrg jdkan panduan nasihat2 akak cara mendidik anak sy utk celik al quran..umur anak sy masuk 9 bulan.mmg bile sy bg flash card.dikoyak2kannyer..mmg kena byk sabar.harap2 dia jd hafizah besar nanti..
Mamasofea said…
Salam puan lina,

Pertama kali berkunjung ke sini. Tahniah.. Saya sngt kagum dgn kesungguhan puan. 

Kaedah flashcards yg puan gunakan untuk mengajar bayi membaca, sama macam kaedah glenn doman.. 

Saye pernah cube aplikasikan kaedah ini untuk anak saya, kini 21 bulan. Tapi ternyata dia tidak berminat dengan huruf2.. Atau perkataan.. (saya ada cuba mengajar membaca perkataan inggeris dan melayu, juga huruf2 hijaiyyah).. Ttp, dia berminat dengan gambar2 objek.. Satu buku parenting yg saya pernah baca mengatakan ini normal kerana gambar objek ada konteks yg dpt dilihat secara lngsg.. Dimana dia boleh terus relate dengan objek2 yang dilihatnya berbanding dgn huruf dan perkataan.. Kini saya boleh katakan die mengenal lebih 200 jenis gambar..

Sejak kecil juga dia selalu didendangkan dengan nursery rhymes... Saya perasan sejak akhir2 ini die cukup mudah menghafal lagu2 yg baru didengarnya.. Saya melihat satu potensi untuk menghafal surah2 pendek disitu...

Soalan saya, bagaimana saya mahu mengalihkan potensi ini.. Kerana bila dipasang cd bacaan alquran, dia tidak berminat.. Saya faham keadaan ini kerana dia sudah terbiasa menonton nursery rhymes yang ceria, warna warni.. Dan berentak rancak.. Adakah cara untuk memupuk minat anak saya?

Untuk membaca, pada saya masih boleh diusahakan kerana dia semakin menunjukkan minat pd huruf2 dan perkataan lately instead of just gambar objek..... Tapi untuk menghafal, saya buntu disitu.. Melihat kepada keupayaannya menghafal lagu, saya rasa amat rugi jika tidak dioptimakan sepenuhnya untuk menghafal alquran... 

Harap puan dapat membantu.. Terima kasih...
Anonymous said…
Salam,

Saya juga sama pendapat. Saya sering jelaskan kpd anak2 jika anak2 boleh hafal quran (bagi saya the msot difficult subjek), insyallah you akan mampu mengiasau pelajaran lain.

Tapi yelah, anak pun dah besar sikit, mereka tidak nampak the importance. Moga allah terangkan hati anak-anak saya dan semua.aamin

rina
Aku said…
Sedang mencari inspirasi mengajar anak mengaji.

http://sekadarkenangkenangan.blogspot.com/2012/03/belajar-mengaji-al-furqan-tahap-1-buku.html

Blog puan memberi banyak inspirasi kepada kami.
Mama Qist said…
masyaallah, sy jg dlm proses mndidik ank sy ke arah alquran. blog puan byk br inspirasi pd sy, ank sulung prmpuan dh berumur 2thun 7 bulan, adkh trlmbt sy mngajarnya.? sy prhatikn dia minat trhdp alquran, krn stiap kali sy mmbc alquran, dia juga hndak mmbc alquran. siap bt bunyi mcm mngaji tp dlm pelat dia.. subhanallah sy hrp ank terus brminat utk mnghafal alquran.
Anonymous said…
aslm.. sy ingin tahu, jika kita nak ajar anak kenal hruf2, perlu baca A ke Alif? Ja ke Jim?
Anonymous said…
salam..ini kisah benar yg terjadi pada adik sy sendiri..kami semua adik beradik yg lain diberi didikan akademik secara terus dari tadika hingga ke universiti kecuali adik lelaki saya..mak & ayah sy bertekad utk beri kelainan pada adik lelaki kami dgn memberi pendidikan tahfiz..lps UPSR terus masuk tahfiz tanpa akademik..ramai yg risau dan mencemuh apa yg mak dan ayah sy buat..kata org mcmana nak hidup kalau xder pendidikan akademik..PMR dan SPM pun x ambik..umur 18 kalau x silap adik saya buat diploma di sebuah skolah tahfiz dan dapat smbg blajar ker Mesir (shoubra) dlm bidg alquran..lps 3 thn dia balik ke mlysia..mengajar sek. tahfiz sekejap sambil isi borg ambil SPM..sbb kalu nak keje kat Mesia mesti ada SPM kan..lagi 2 mgg nak SPM baru dia berenti keje n fokus utk SPM..ambil 8 subjek mcm org lain jugak..bila saya tgk cara dia study sy geleng kepala n cakap.."aku blajaq 2 thn tau utk SPM ni...ini 2 jam jer utk satu2 subjek.." dlm hati saya ckp buang duit jer daftar SPM kalu gini cara studynya..dia pegi ambik SPM jugak sedangkan dia x prnh blajar math, sains, B.I dan lain2 secara formal lgsg..lastpun time UPSR dolu..pastu bila dpt result..semua org terkejut..sbb dia lulus semua n skrg dok smbg Master kat UKM..moral of da story..blajarlah Al-Quran dulu..kerana hidup anda sgt berkat. itu yg sy tgk apa yg terjadi pada adik sy sendiri..even dlm umur 25 thn dia dah pg haji n umrah 2 kali..pertama masa blajar n ke2 ditaja org.alhmdlh.
maaf pnjg komen..sekadar nk berkongsi.
anie tawil said…
Assalamualaikum,

menitis airmata saya mendengar bacaan alquran darwish pada usia 3 tahun. tahniah...seusia berapa ye puan menghantar darwish belajar alquran..bacaannya sangat jelas. dan dia membaca penuh perasaan seakakn-akan faham maksud ayat tersebut..subhanallah subhanallah..itu yang terucap dibibir saya melihatd dan mendengar hafazannya
nini said…
Salam sis saya juga mencari set i can read tapi tak jumpa...boleh saya tahu camana nak dapatkannya yer

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt