Skip to main content

Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang


Kali ini saya ingin bercerita tentang apa yang terjadi pada anak-anak saya pada beberapa hari yang lalu. Ceritanya.. sebelum ini, Darwish telah berkali-kali memujuk saya untuk menghantarnya ke kelas Taekwondo. Kebetulan kelas Taekwondo itu berada berdekatan dengan dewan yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Oleh kerana saya ini lahir dari keluarga yang lebih senang dengan sifat  berlemah lembut dengan orang lain, dimana walaupun adik beradik saya 8 orang kesemuanya, tiada seorang pun yang pernah ke kelas Taekwondo atau yang seangkatan dengannya. Saya tidak pernah mengenal dunia itu, maka, saya tidak berapa mengendahkan permintaannya selama ini. Apa lagi dalam minda saya, ianya adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya kelihatan seolah menggalakkan kanak-kanak menjadi lebih ganas!

Pada suatu hari di kolam renang, selepas Darwish dan Darwisya menghabiskan masa yang agak lama berenang, sambil saya dan suami berbual di tepi kolam tersebut, mereka pun mahu naik. Tiba-tiba seorang budak lelaki bertubuh gempal dan lebih besar dari Darwisya dan Darwish, menarik swimcap Darwisya! Oleh kerana ianya adalah baju renang muslimah dimana swimcapnya itu bercantum dengan leher bajunya, maka bila ia ditarik dari belakang dengan kuat, tercekiklah lehernya dari depan. Darwisya menjerit meminta tolong. Suami saya bingkas berlari untuk menyelamatkannya. Adik lelakinya, Darwish yang berada berdekatan, cuba melepaskan kakaknya dengan memukul tangan budak lelaki tersebut beberapa kali. Tetapi apalah sakitnya jika seorang kanak-kanak 4 tahun yang memukul? Ibarat memukul nyamuk ditangan rasanya. Budak lelaki itu pula menolak dan membenamkan kepala Darwish. Mujur suami saya cepat dan memarahi budak tersebut. Saya rasa ketika itu marah saya tidak dapat tertahan-tahan rasanya. Mana mungkin saya boleh menahan marah apabila melihat kedua-dua anak saya diperlakukan begitu didepan mata saya sendiri. Bagai ibu singa yang telah diusik, saya memandang budak itu dengan mata dan muka yang marah. Tetapi budak itu, kelihatannya sedikit pun tidak nampak takut malah menjelirkan lidahnya kepada saya. Astaghfirullah.. Bila ternampak saja dia berbuat begitu, saya berkata dalam hati, syaitan sedang cuba menyimbah minyak pada rasa marah saya supaya ia lebih marak lagi. Saya sibukkan diri saya dengan memujuk Darwisya yang sedang menangis..

Nasihat saya kepada ibubapa diluar sana, jika anak-anak kita berada di kolam renang, perhatikanlah mereka walaupun mereka sudah tahu berenang. Kemungkinan kanak-kanak nakal yang lebih besar dari anak-anak kita, tidak berfikir tentang akibat perbuatan nakal mereka boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak kita. Akibat dari kejadian itu, Darwisya demam panas selama 2 hari. Darwish pula bercerita tentang kejadian itu dengan berkata, dia mahu jadi kuat supaya dia boleh menyelamatkan kakaknya daripada disakiti jika kejadian itu berulang lagi... 

Kejadian tersebut membuatkan saya berfikir bahawa kemungkinan Allah menghantar budak lelaki nakal tersebut kepada kedua-dua anak saya untuk mengubah pendirian saya terhadap permintaan Darwish selama ini. Pada hari dimana adanya kelas taekwondo berikutnya, saya berjumpa dengan guru taekwondo yang mengendalikan kelas tersebut. Saya menyatakan tentang hasrat saya ingin menghantar anak saya yang berumur 4 tahun ke kelasnya. Dia berkata, dia tidak boleh menerima kanak-kanak 4 tahun selagi tidak melihat kepada fizikal budaknya dahulu, samada dia terlalu kecil dan  samada dianya boleh mendengar arahan atau tidak. MasyaAllah.. tidak semudah yang saya sangka rupanya jika ingin ke kelas ini! Pada minggu depannya, Darwish dipakaikan baju yang agak besar dari badannya kerana fikir saya supaya dia kelihatan 'besar' dan lulus bahagian fizikal. Saya berkata pada Darwish bahawa jika saya sudah benarkan, ianya tetap bergantung pada Allah, samada Allah juga mengizinkan atau tidak. Jika diizinkanNya, maka dapatlah dia masuk. Selain dari memakaikan baju yang agak besar, saya tidak boleh membantunya lagi. Setelah selesai sesi percubaan, akhirnya keputusannya... dia diterima masuk! Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur kerana impian Darwish tercapai. Dia adalah pelajar Taekwondo termuda dan paling kecil dalam kelasnya. 
Video yang saya kepilkan ini adalah video kelas Taekwondo kedua Darwish. Lihatlah kesungguhannya.. walaupun banyak stepnya tidak betul, dia tekun dan mengikut kata dari mula hingga kelas berakhir. Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kesungguhan dan ketekunan dalam diri Darwish. Sepanjang kelas tersebut, dia mendengar arahan guru dengan teliti. Malah bila balik ke rumah, dia akan sambung berlatih. Saya tersenyum dan tergelak sendirian melihat telatahnya berlatih.. Saya teringat kembali kejadian ditepi kolam tempoh hari. Saya dapat melihat hikmah yang Allah sembunyikan dari kejadian tersebut.Sesungguhnya kita merancang apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu untuk anak kita, tetapi Allah telah merancang yang terbaik buat mereka dan Dialah sebaik-baik Perancang! 

Semasa saya menunggu Darwish selesai berlatih di kelas Taekwondonya, saya berpeluang melihat latihan-latihan yang mereka jalankan. Setiap peringkat tali pinggang mempunyai rutin (saya tidak tahu apa namanya) yang menarik. Ia ibarat sebuah tarian berirama (synchronized) untuk tali pinggang warna yang sama.  Lebih tinggi peringkatnya, lebih menarik gerakannya. Lebih tangkas dan lebih cekap ianya dilakukan. Ada banyak yang menarik tentang seni ini. Jangan salah faham, saya bukan mempromosi Taekwondo. Maksud saya, apa-apa seni mempertahankan diri adalah  satu aktiviti yang mempunyai nilai tambah dalam membentuk karektor anak kita jika mereka didedahkan dari kecil. Antaranya :
  1. Membina Kekuatan Dalaman
  2. Membina Kekuatan Luaran
  3. Disiplin
  4. Koordinasi Pergerakan Tubuh
  5. Fokus Pada Sasaran Lawan
  6. Menjangka Pergerakan Lawan
  7. Mempertahankan Diri
  8. Menghormati Hieraki
  9. Patuh Arahan Guru
  10. Sentiasa Bersedia (always alert)
  11. Tidak Leka
  12. Melatih Kecekapan Refleks
  13. Memupuk Kecekalan Untuk Berjaya
  14. Kemahiran Bersosial Dengan Kumpulan Berlainan. 

Selamat menonton Video Darwish, 4 tahun, di hari kedua di kelas Taekwondonya : 


Comments

betul allah perancang yg terbaikkan?
Entah kenapa air mata saya bergenang lihat video ni, mungkin melihat betapa kanak-kanak comel bersungguh-sungguh belajar.
TEFiN said…
As salam puan lina, saya terpegun dan terharu malah menangis bila tengok, alami hasil pengorbanan mengajar anak2 membaca al-Quran. terus-terang saya ckp sy ingin mendidik anak saya sebegitu. dr segi pemakanan dan resepi yg diberi, sy kurang jelas dengan adunan tersebut dn cara penghasilannya. kena masak ke atau campur je terus ngan air bacaan tu atau bagaimana. tq n salam ramadhan n jutaan terima kasih tidak terhingga kerana sudi berkongsi.
permata hati said…
melihat sesuatu bukan hanya dari sudut negatif saja..:) lihat la ketekunan anak sekecil itu..sdg sy mengikuti kelas taekwando pun sejak berusi 7thn selama 15thn..semua itu mendidik spy sy menjadi lebih pantas, berhati2,punya kekuatan hati dan yakin..:)
~IZZAH~ said…
subhanallah... bersungguhnya dia... jelas menunjukkan minatnya disitu..
AspenMyL said…
Saya sedihla baca kisah ni...teringat anak sulung saya. Hati dia baik sgt, tapi badannya kurus...kadang2 saya rasa dia jadi mangsa buli dengan sepupunya yang lebih muda tapi lebih besar badannya.
Unknown said…
saya folo sini.. salam ukhwah... banyak ilmu yang saya nak cedok di sini.. syukran ye (^___^)
fatin zaini said…
Salam Aidilfitri,

Fatin Zaini datang singgah dan menjadi follower baru anda..

salam perkenalan dari saya, jemput ke sini http://www.fatinzaini.com
aNIe said…
Assalamualaikum puan.. . Syikur Alhamdulillah.. .Puan dikurniakan anak yg diberi kelebihan Allah. . .Akak begitu tertarik dgn Darwisya dan Darwisy. . .Sejuk perit pian yg mengandungkannya. . .Semoga.mereka membesar menjadi anak yg soleh dan solehah
ustazah azimah said…
Assalamualaikum pn
saya dh lama sgt2 nk baca blog pn dr thn lepas tp kekangan masa dan asyik terlupa. Mlm ini sya nekad utk membaca blog pn dn mencari tahu bagaimana pn mengajar melatih dn mengasuh anak2 pn menghafal al-quran dari umur yg sgt2 muda. Tahniah sya dulukan. sya pun ingin belajar dgn pn.boleh kan..
ustazah azimah said…
memang benar Allah sebaik2 Perancang sya dan suami memiliki 2org anak lelaki, sya mula mengajrkan anak lelaki sya mengenal huruf hijaiyyah pada umur 3thn(lambt dr pn) anak yg sulung umur 6thn bru baca quran dan anak ke 2 umur 5thn baru membaca quran dan khatam quran pd umur 10thn. sya juga menghantar anak sya ke kelas berenang hasilnya mereka boleh berenang gaya bebas dan kuak kupu2
(itu pun bila cuti sek bulan disember shj sya hantar). Anak2 juga ke kelas taekwondo pd usia mereka 7thn darjah satu. Yg sulung sudah dpt tali pinggang hitam pd usia 11thn dan adiknya memiliki tali pinggng merah 2 pada usia 10 thn. utk thn ni sya tk dpt mgantr mereka utk smbung kelas taekwondo kerana Allah telah memberi rezeki pd kami sya mengandung anak ke3 yg jaraknya 11thn dari anak ke 2. Jd sya berniat utk menjadikan anak sya seperti ank pn hafal quran pad usia 3thn insyaAllah semoga Allah permudahkan. utk makluman pn kesemua anak2 sya lelaki..
Unknown said…
Lepas baca blog Lina, saya berminat nak didik anak saya dengan cara seperti yang Lina lakukan.

Terima kasih sebab kongsikan banyak tips di blog Lina. :)
Abdul said…
Assalam.Kita hanya mentakbir akan tetapi Allah yang Mentakdir... Tahniah Puan kerana dikurniakan Anak2 yang Soleh Insya-Allah.
Lawa Creative said…
Salam, saa ada sedikit pemberitahuan, (maf kalau post ini menggangu, hanya bertujuan berkongsi)

Young Khalifah akan mengajurkan Seminar Keibubapaan "Raising Young Khalifah" pada 13 November 2012 (Hari Selasa bersamaan dengan cuti umum Deepavali). Yuran Bayaran adalah sebanyak RM150 seorang / RM250 berpasangan. Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, sila ke www.raisingyoungkhalifah.com
Unknown said…
saya terharu baca entry puan ni... sangat terharu...
Humairah Irfan said…
As salamu alaikum sister
Your blog is such an inspiration! I used google translate to read some of the posts, but there's lots that I do not understand.

I have a 14-month old and I've been searching and talking to so many moms to help me in teaching her Qur'an. I feel that I end up spending way too much time searching and looking that my time with her is never productive.

Is there a way I can get in touch with you to get some advice/help from you? Please do send me an email!

I live in Alberta, Canada and I'm really struggling.

Jazakillah khairan Katheera!
betul betul betul, semua sudah digariskan oleh Perencana Alam Semesta beserta seisinya yang Sangat Hebat, ALLAH YANG MAHA KUASA
Anonymous said…
pertama kali sampai ke blog ini :D penampilan adik Darwish menginspirasi saya untuk menulis: Kembara Sumut - Hari Pertama
nawwar said…
tumpang tanya sekejap..ini betul ke taekwondo? taekwondo slalunya guna bahasa korea bukan bahasa jepun..dan uniform yg digunakan berbeza drpd yg darwish guna tu.. xsalah sya ni karate sbb sensei tu macam kenal je.. sensei rijal..betul ke?
Irfa said…
mengucap panjang saya baca entri ni
anak saya ada mintak nak join tp saya belum buat keputusan ;(
subhanallah... hebat sungguh. Azam saya & suami ingin membawa 4 permata hati saya ke umrah suatu tahun 2014 atau 2015. Moga Allah kabulkan permintaan kami :)
Nic said…
bagus sekali tulisannya
saya jadi terharu
Nahla Fashion said…
keren blog nya, ikut promo yaaa :)
mencari sarimbit keluarga untuk lebaran disini tempat nya http://busanamuslim.co/
menerima sistim dropship juga :)
sakinah (SMS) said…
Alhamdulillah, Tahniah ibu berjaya beri ilmu pertahanan diri yang awal kepada anak-anak.

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt