Skip to main content

Ilmu Al Quran Ilmu Sains dan Kepentingannya Untuk Diajarkan Kepada Anak Kita


Mungkin ada orang yang akan mengeluh dengan kenyataan ini. Mana tidaknya, nak ajar al Quran pada anak pun dah banyak masalahnya, inikan pula nak tambah subjek lain. Ada yang rasa macam tu? Haha.. Bawa bertenang. Mari kita lihat ganjarannya di dunia (dan diakhirat). Mungkin selepas itu kita tidak mengeluh lagi..


ALLAH akan mengangkat darjat orang yang BERIMAN dan BERILMU pengetahuan beberapa darjat


( Al Mujadalah, ayat 11)


Adakah kita tahu bahawa Ilmu Allah yang pertama diajarkan kepada Nabi Adam sebelum baginda diturunkan ke bumi adalah Ilmu Sains dan Teknologi?

Astronomi dan Matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat popular dalam tamadun Islam. 

Ini kerana Astronomi mempunyai kaitan dengan kewajipan menunaikan perintah agama seperti penentuan arah kiblat, waktu solat lima waktu penentuan hari dan waktu berpuasa dan bebuka serta berhari raya dan pengembaraan berpandukan bintang-bintang dilangit. Kita juga tahu adalah sunnah memulakan perjalanan diwaktu malam. Imam Al Ghazali. seorang ulama Islam dan pakar astronomi mengatakan bahawa belajar astronomi adalah fardhu kifayah. 

Matematik pula berkaitan dengan pembayaran zakat, pembahagian harta pusaka dan dan urusan perniagaan dan muamalat. Al Khawarizmi berkata sumbangan ahli matematik Islam, Al Jabbar adalah suatu ibadat dalam mempermudahkan hukum syariah dalam pembahagian harta pusaka, perniagaan dan sebagainya.

Kesimpulannya dalam Islam, AL QURAN dan SAINS itu berkait rapat. Untuk menguasai Sains, seseorang itu mesti menguasai Matematik dahulu. Cuba kita lihat subjek Sains.. seperti Chemistry samada Organic dan Inorganic Chemistry atau Biology - Botany atau Zoology asasnya.. pencerapan pemerhatian, mengeluarkan formula semuanya memerlukan kemahiran matematik. Apa lagi jika ia adalah subjek Physics.. Matematik adalah satu kemestian atau kewajipan. Sebab itulah saya sangat fanatik mengajar anak saya matematik dari kecil. Pada umur bayi telah diperkenalkan mereka dengan nombor dan kuantiti, pada umur 3 tahun ajar mereka menulis nombor bagi persedian mengajar operasi matematik, pada umur 4 tahun, mereka sudah tahu apa nombor negatif dan positif serta melakukan pengiraan jika ia digabungkan. Dan pada umur 5 tahun, diajar menggunakan daya imaginasi untuk mendapatkan jawapan.

 Semoga perkongsian saya ini dapat memberi idea dalam mendidik anak tersayang supaya mereka menjadi antara orang yang BERIMAN dan BERILMU yang ALLAH tingkatkan beberapa darjat dari orang lain didunia dan diakhirat nanti.

Yang paling terakhir, dari pemerhatian saya melalui dua orang anak saya (eksperimen sample), kanak-kanak lebih cepat dalam pengiraan Matematik setelah mereka menghafal surah Ar Rahman. Wallahualam. Sebuah buku tentang surah ini pernah ditulis oleh Salleh (2008) yang bertajuk : "Surah Ar Rahman: Tafsiran dan Fakta-Fakta Saintifik". Ingin saya maklumkan bahawa bukan semua orang mampu mendengar surah ini kerana ada yang tidak tahan untuk terus mendengarnya..Jika tidak pernah mendengar surah Ar Rahman dari Darwisya, bolehlah ke link ini http://www.youtube.com/watch?v=8aldojTxRaw&feature.

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: 
.. surah ini tidak menententeramkan hati orang-orang MUNAFIK, kamu akan menjumpai Allah bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. 

Nama
Email

Comments

Anonymous said…
Hasil tulisan puan byk memberi pengetahuan dan pembakar semangat dalam memberi pendidikan serrta mengajar anak..
puan, blh kongsikan lebih lg ttg ayat, ramai yg tidak tahan mendengar surah al-rahman berulang kali, kenapa ye? -dari segi saintifik-

terima ksih..
puan, blh kongsikan lebih lg ttg ayat, ramai yg tidak tahan mendengar surah al-rahman berulang kali, kenapa ye? -dari segi saintifik-

terima ksih..
Unknown said…
salam ziarah..Alhamdulillah =)
outbound malang said…
nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/
Nahla Fashion said…
keren blog nya, ikut promo yaaa :)
mencari sarimbit keluarga untuk lebaran disini tempat nya http://busanamuslim.co/
menerima sistim dropship juga :)
Hidayat Mundana said…
Terima kasih telah berbagi

Salam dari saya
jasa pembuatan website pekanbaru
assalamu aleku ,i saw this web and post and i found it very useful
for intrusted persons .i am from learnquranweb.com Learnquranweb.com insha’Allah to help children and adults of all ages to learn the holy Quran
with Tajweed whether they are complete beginners, have some prior knowledge or aleady possess advanced reading skills.
Our trained male and female staff provide 1-to-1 tuition at a pace and schedule to suit everyone.
With over 3 years of experience, Learnquranweb.com currently provide tuition services to adults and children living in USA,
UK, Canada, France and Australia.
Learnquranweb.com offer 30-60 minute classes ranging from 2 to 6 days a week at times to suit your home,
work or school commitments. Anyone with a standard home computer and an Internet connection can use our tuition service.
If you are still unsure, why not take advantage of our no obligation free 3 day trial lessons and see the service firsthand.
my mail info@learnquranweb.com
skype id learnquranweb1
web www.learnquranweb.com

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Emel Kaedah Mengajar Bayi

Alhamdulillah saya sudah boleh berkongsi maklumat melalui emel secara auto. Jika sesiapa yang berminat untuk menerima emel dari saya sila isi borang diatas, klik butang 'Hantarkan!' dan saya akan emelkan nasihat, tip dan info Kaedah Mengajar Bayi kepada anda setiap minggu. InsyaAllah. Nama Email