Skip to main content
Saya sebenarnya terkejut besar bila baru baru ini saya melayari youtube dan melihat wajah anak saya dibawah satu tajuk semasa yang agak panas seperti ini! Apa tidaknya... ia satu tajuk yang menjadi isu sensitif seluruh dunia Islam dan kanak-kanak 3 tahun yang dirujukkan tersebut adalah... anak saya, Darwisya Adrianna!

Satu video yang telah di olah telah dibuat untuk menyesuaikan video Darwisya diikuti dengan kata..


WANT A PROOF OF WHAT ALLAH SWT SAID AND SHEIKH KHALID YASSIN CONFIRMED???


WELL LISTEN TO THIS:!!!


Diikuti oleh video bacaan Darwisya Surah Muhammad bermula dari ayat Innallah hayudkhilul.. yang bermaksud Sungguh! Allah akan memasukkan..




Satu lagi video pula diolah oleh satu website dari India www.tamilbayan.com memasukkan video Darwisya diikuti dengan ayat



YES, YOU POOR PASTOR, THE QURAN IS PROTECTED BY GOD..





NOT IN PIECES OF PAPER, BUT IN THE HEARTS AND BRAINS OF MUSLIMS!!! EVEN AN EXTREMELY YOUNG GIRL WHO CANNOT EVEN SPEAK ARABIC MEMORIZES IT BY HEART:)!!!





MasyaAllah! saya sangat terharu membaca perkataan2 ini. Terharu kerana Allah tunjukkan kepada saya, apa yang saya usahakan selama ini akan besar impaknya kepada dunia walaupun dalam cara yang berbeza. Ia besar maknanya bagi saya. Bagi saya memang benarlah kata orang, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Ya Allah kau kuatkanlah lagi semangatku ini untuk mendidik anak-anakku ke jalanMu. Kau ramaikanlah lagi ibubapa yang diberi petunjuk dalam mendidik anak-anak mereka seperti mana Engkau tunjukki aku. Amiin.

Comments

lina said…
Maam - Terima kasih atas doa kepada ibubapa yg lain supaya memgikut usaha puan Insya Allah kita sama2 mengajar anak2 kearah mencintai Al quran.
Nak belajar dari akak lah! Suka! terima kasih atas perkongsian ilmu ni!
Lid R said…
Salam..
Terima kasih kerana berkongsi. Airmata kegembiraan tak dapat dibendung bila membaca bait2 disini..

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Emel Kaedah Mengajar Bayi

Alhamdulillah saya sudah boleh berkongsi maklumat melalui emel secara auto. Jika sesiapa yang berminat untuk menerima emel dari saya sila isi borang diatas, klik butang 'Hantarkan!' dan saya akan emelkan nasihat, tip dan info Kaedah Mengajar Bayi kepada anda setiap minggu. InsyaAllah. Nama Email