Skip to main content

Posts

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email
Untuk pengetahuan, sebelum darwisya membuat persembahannya disekolah tersebut, dia telah pun memperdengarkan surah yang sama pada Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal di bahagian utara tanah air. Setelah mendengarnya, beliau bertanyakan persetujuan saya untuk membenarkan dan membawa darwisya untuk membuat persembahan didepan Menteri Besar Perak yang akan hadir sempena sambutan Maulidur Rasul Pusat Pendidikan yang diasaskannya nanti. Selepas mendapat persetujuan suami, saya pun bersetuju sahaja. Bagi saya dan suami saya, ini mungkin boleh dijadikan peluang untuk memperkenalkan apa yang saya ingin perkenalkan selama ini iaitu pendidikan awal Quran pada kanak-kanak kepada lebih ramai ibubapa diluar sana. InsyaAllah.

Kaedah Menghafal Yang Berbeza

Ada juga yang perasan saya memberi 2 posting tentang 2 kaedah menghafal yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak sendiri. Alhamdulillah. Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Hinggalah satu hari skill ini makin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah. Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Sebabnya kerana Adik Ahmad Sa...

Amalan Terang Hati Saidina Ali r.a.

Kadang-kadang kita memegang pisau dan kita tidak sedar pisau itu ada banyak kegunaannya. Bukan hanya untuk memasak dan memotong makanan, malah ia juga boleh menjadi senjata untuk melindung diri atau menakutkan musuh. Saya memberi gambaran seperti itu setelah baru-baru ini saya melayari website Akademi Darul Huffaz bagi mendaftar Darwisya untuk kali ke dua, saya terjumpa informasi tentang Amalan Terang Hati Saidina Ali yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Ia adalah amalan yang dinasihatkan khusus oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a, kerana suatu masa Saidina Ali mengadu tentang kekusutan fikirannya. Setelah beramal dengan amalan ini beberapa minggu, Saidina Ali r.a merasakan seolah-olah hatinya terbuka luas sehingga terasa amat mudah untuk menghafaz apa juga ilmu yang dipelajari. Kisah Saidina Ali r.a ini diceritakan dengan lengkap bersama doanya di dalam kitab Fadhail Al-Quran karangan Sheikh Maulana Zakariyya r.ah. Kemujaraban amalan ini telah dirasai oleh Shaykh Lo...
Saya sebenarnya terkejut besar bila baru baru ini saya melayari youtube dan melihat wajah anak saya dibawah satu tajuk semasa yang agak panas seperti ini! Apa tidaknya... ia satu tajuk yang menjadi isu sensitif seluruh dunia Islam dan kanak-kanak 3 tahun yang dirujukkan tersebut adalah... anak saya, Darwisya Adrianna! Satu video yang telah di olah telah dibuat untuk menyesuaikan video Darwisya diikuti dengan kata.. WANT A PROOF OF WHAT ALLAH SWT SAID AND SHEIKH KHALID YASSIN CONFIRMED??? WELL LISTEN TO THIS:!!! Diikuti oleh video bacaan Darwisya Surah Muhammad bermula dari ayat Innallah hayudkhilul.. yang bermaksud Sungguh! Allah akan memasukkan. . Satu lagi video pula diolah oleh satu website dari India www.tamilbayan.com memasukkan video Darwisya diikuti dengan ayat YES, YOU POOR PASTOR, THE QURAN IS PROTECTED BY GOD.. NOT IN PIECES OF PAPER, BUT IN THE HEARTS AND BRAINS OF MUSLIMS!!! EVEN AN EXTREMELY YOUNG GIRL WHO CANNOT EVEN SPEAK ARABIC MEMORIZES IT BY HEART:)!!! MasyaAllah! sa...

Emel Kaedah Mengajar Bayi

Alhamdulillah saya sudah boleh berkongsi maklumat melalui emel secara auto. Jika sesiapa yang berminat untuk menerima emel dari saya sila isi borang diatas, klik butang 'Hantarkan!' dan saya akan emelkan nasihat, tip dan info Kaedah Mengajar Bayi kepada anda setiap minggu. InsyaAllah. Nama Email

Alexandria, Mesir dan Kegagalan Sendiri yang Memalukan

Kalau kita nak bercuti keluar negara, kemana pilihan kita kali ini ye? Itu soalan yang paling susah saya nak jawab setiap kali suami saya bertanya. Memang setiap tahun, kami akan ke luar negara untuk melihat negara orang. Banyaklah cadangan negara2 yang kami bincangkan. Kebanyakkan cadangan suami saya menghala ke barat (US) kerana dia tinggal beberapa tahun di sana untuk melanjutkan pelajaran dulu. Perbincangan terhenti tanpa apa2 keputusan kerana saya kata saya tak mahu kemana-mana memandangkan saya hamil anak ke dua ketika itu. Saya kata pada suami biarlah saya melahirkan dulu dan tak perlulah kita ke mana-mana tahun ini. Suami saya pun bersetuju dengan keputusan saya itu. Beberapa bulan telah berlalu selepas itu dan satu hari saya bermimpi anak lelaki saya (dalam keadaan dewasa) berada di tengah2 sementara ada 2 kumpulan orang Arab menuju untuk menyerang satu sama lain. Saya jadi cemas kerana saya takut jika perkelahian mereka menyebabkan anak saya cedera di tengah-tengah. Bak kat...

Diari Madinah dan Mekah Bersama Darwish dan Darwisya

Alhamdulillah sekarang ini saya dalam perjalanan ke Mekah dari Madinah. 2 hari di Madinah meninggalkan pelbagai kenangan. 2 hari saya dapat bersolat di Raudhah. Anak anak saya juga berpeluang bersoIat ditempat impian semua manusia yang menjejakkan kaki ke Tanah Madinah ini iaitu di Raudhah. Kali pertama saya ke Raudhah adalah tanpa anak saya. Saya rasa seperti dapat bersolat tetapi sambil ber'silat'. Terpaksa menahan diri ketika solat kerana rempuhan orang ramai. Ada yg menangis kerana tidak tahan ditolak himpit, ada yg terjatuh dan terpijak menyebabkan saya takut untuk membawa anak saya. Saya juga telah dinasihatkan oleh muttawif utk tidak bersama dengan anak jika mahu ke Raudhah. Namun atas desakan anak2 saya, keesokkannya saya membawa mereka masuk dgn memberi mereka gambaran akan keadaan disana terlebih dahulu. Ya, mereka masih mahu ikut walaupun saya telah ceritakannya. Saya suruh mereka berjanji untuk kuat dalam asakan dan jangan menangis kerana jika menangis, saya akan...

Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang

Kali ini saya ingin bercerita tentang apa yang terjadi pada anak-anak saya pada beberapa hari yang lalu. Ceritanya.. sebelum ini, Darwish telah berkali-kali memujuk saya untuk menghantarnya ke kelas Taekwondo. Kebetulan kelas Taekwondo itu berada berdekatan dengan dewan yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Oleh kerana saya ini lahir dari keluarga yang lebih senang dengan sifat  berlemah lembut dengan orang lain, dimana walaupun adik beradik saya 8 orang kesemuanya, tiada seorang pun yang pernah ke kelas Taekwondo atau yang seangkatan dengannya. Saya tidak pernah mengenal dunia itu, maka, saya tidak berapa mengendahkan permintaannya selama ini. Apa lagi dalam minda saya, ianya adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya kelihatan seolah menggalakkan kanak-kanak menjadi lebih ganas! Pada suatu hari di kolam renang, selepas Darwish dan Darwisya menghabiskan masa yang agak lama berenang, sambil saya dan suami berbual di tepi kolam tersebut, mereka pun mahu naik. Tiba-...

Ilmu Al Quran Ilmu Sains dan Kepentingannya Untuk Diajarkan Kepada Anak Kita

Mungkin ada orang yang akan mengeluh dengan kenyataan ini. Mana tidaknya, nak ajar al Quran pada anak pun dah banyak masalahnya, inikan pula nak tambah subjek lain. Ada yang rasa macam tu? Haha.. Bawa bertenang. Mari kita lihat ganjarannya di dunia (dan diakhirat). Mungkin selepas itu kita tidak mengeluh lagi.. ALLAH akan mengangkat darjat orang yang BERIMAN dan BERILMU pengetahuan beberapa darjat ( Al Mujadalah, ayat 11) Adakah kita tahu bahawa Ilmu Allah yang pertama diajarkan kepada Nabi Adam sebelum baginda diturunkan ke bumi adalah Ilmu Sains dan Teknologi? Astronomi dan Matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat popular dalam tamadun Islam.  Ini kerana Astronomi mempunyai kaitan dengan kewajipan menunaikan perintah agama seperti penentuan arah kiblat, waktu solat lima waktu penentuan hari dan waktu berpuasa dan bebuka serta berhari raya dan pengembaraan berpandukan bintang-bintang dilangit. Kita juga tahu adalah sunnah memulakan perjalanan diwaktu ...

Kuasa Al Quran Dalam Menyerap Ilmu Lain Pada Kanak-Kanak

Saya telah melihatnya.. Saya telah mengalaminya.. Kebanyakkan ibubapa, takut anak tertinggal di belakang bila dia masuk ke sekolah nanti, maka sejak dari bayi lagi, kita mula nak kenalkan ABC dan 123.. Kita mula memenuhkan tempat bermainnya dengan educational toys untuk tujuan memperkenalkan huruf dan abjad. Kalau ibu dan bapa bekerja, maka toys berjenama mahal lah yang dibeli. Jika seorang sahaja, maka jenama biasa-biasa sahajalah tetapi tetap ada. Kita berkata dalam hati, al Quran itu 'nanti-nanti' pun boleh. Lagipun.. mana ada ujian al Quran bila dia masuk sekolah rendah nanti. Dah besar sikit, hantar sahaja mengaji dengan ustaz/ustazah di belakang rumah tu. Itu mentaliti ibu-ibu yang seangkatan dengan zaman saya dahulu. Rakan-rakan saya semunya begitu. Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk mengajar anak mereka dari kecil berbanding dengan ibu-ibu zaman 'ibu saya' yang tidak terfikir tentang pendidikan awal bayi. Apapun.. besar panjang...

Perjalanan Yang Masih Jauh

Alhamdulillah, setiap hari ada saja pembaca baru yang budiman yang mengirimkan ucap tahniah samada melalui emel mahupun di facebook saya. Setiap kali saya menerima ucapan ini, saya bertanya kepada diri sendiri.. Adakah aku layak untuk menerima perkataan itu? Tahniah adalah jika sesuatu itu sudah menempa kejayaan. Tetapi saya jauh lagi dari berjaya. Perjalanan saya dan anak-anak saya masih sangat jauh. Semoga saya dikuatkan semangat dan semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada saya dalam membentuk anak-anak saya. Jika tidak kerana hidayahNya .. saya yang tiada latar belakang pendidikan agama dan bukan dilahirkan dari keluarga yang 'kuat agama' bersuami pula dengan suami yang berpendidikan barat, MUSTAHIL untuk melahirkan anak yang 'beracuan' seperti yang sedia ada. Namun Allah s.w.t punya rancanganNya sendiri. Dengan rasa rendah hati, saya meminta sesiapa yang terasa dan teringin menekan keyboard untuk mengirim perkataan itu kepada saya, simpanlah ia.  Gantikan...

Darwish dan Sijil Hafazan 30 Surah terakhir pada umur 3 Tahun dan Nasihat Untuk Ibubapa Diluar sana

Alhamdulillah.. anak saya yang kedua, Darwish Adrian yang berusia 3 tahun 9 bulan menerima Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir dari Pengetua Akademi Darul Huffaz, Al-Fadhil Ustaz Lokman Shazly Al-Hafiz Al-Maulawi Bin Dato Seri Zaharin. Kakaknya, Darwisya Adrianna juga menerima Sijil yang sama dari Akademi yang sama pada umur 3 tahun 2 bulan. Alhamdulillah, kedua-dua anak saya, seorang lelaki dan seorang perempuan menerimanya pada usia muda mereka. Saya percaya semua kanak-kanak boleh melakukannya jika ibubapa punyai usaha mendedahkan mereka dengan al Quran lebih awal. Alhamdulillah juga kerana nak dicantikkan ceritanya, TV9 menjemput anak-anak saya untuk merakamkan hafazan kedua-duanya dalam satu program mereka yang akan di buat ala-ala tom-tom bak dengan pengacaranya adalah seorang penceramah agama yang terkenal iaitu Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz. Kita selalu tengok Dato' ni kalau bercakap mesti sentuh topik yang serius, tapi kali ni dia bersedia untuk 'tone down' s...

Nak Ajar Anak Yang Mana Dulu?

Semalam saya menerima 3 emel bertanya kalau anak asyik nak ajar baca Quran, hafal Quran, bagaimana pula tentang pelajaran lain? Setiap emel tidak sama tetapi kesimpulan pertanyaan begitulah bunyinya.. Bukan itu sahaja, malah saya yang tak pernah masuk forum terjumpa pula forum yang membincangkan tentang isu yang sama. Kalau nak join forum tentang ni boleh jenguk http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=603367&extra=page%3D1 Hairan saya.. Kenapa hari yang sama? Saya rasa Allah mahu saya berkongsi perkara yang tidak penting bagi saya tetapi mungkin penting bagi orang lain.. Baiklah.. saya ingin kongsikan pengalaman saya memdidik anak saya setakat ini. Belum besar lagi pun mereka tu, maka tak dapatlah saya berkongsi banyak sangat tentang isu ini. Seperti yang semua orang tahu, saya hanya fokus mengajar mereka al Quran sahaja kerana saya fikir ilmu lain-lain tu, bila mereka mula bersekolah nanti, boleh belajar dengan cikgu sekolahnya! Sebenarnya saya kata begitu kerana say...

Rahsia Ibu Sultan Mohammad Al Fateh

Alhamdulillah, telah ramai yang dapat menonton ‘Training Slide’ dan ‘Video Semangat Ibu Sultan Muhammad Al Fateh’ yang saya beri secara percuma kepada subscriber newsletter saya pada bulan September yang lepas. (Bagi yang belum mendaftar sebagai subscriber, boleh mendaftar secara percuma di  http://www.islamicparentingnetwork.com/lp.html ). Pengunaan platform percuma saya telah ditamatkan oleh pihak website mindflash. Dalam ertikata lain, apa yang mereka maksudkan pada saya adalah.. kalau nak guna lagi saya perlu membayar. Oleh kerana itu, Slide n Preview itu tidak dapat saya teruskan. Walaupun begitu,  saya akan tetap berkongsi tips dan motivasi lain didalam newsletter saya dari semasa ke semasa. Niat saya berkongsi slide tersebut adalah supaya ibubapa diluar sana faham akan ajaibnya takdir tuhan jika kita mempunyai cita-cita dan berusaha kearah mencapainya. Ajaibnya seorang bayi yang yang cuma bayi biasa tapi dibesarkan oleh ibubapa yang bercita-cita besar, tabah ...

Darwish & Darwisya Membaca Hafazan Di Depan 5,000 orang

Pada 26 Jun 2011, Darwish beserta kakaknya telah membacakan hafazannya di depan ribuan orang sempena Majlis Ulangtahun Pusat Pendidikan Al Barakah yang ke-5, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dengan disaksikan oleh YB Menteri Besar Perak sendiri. Dibawah adalah gambar kenangan pada majlis tersebut. Darwish dan Darwisya berbual dengan Menteri Besar Perak, YB Datuk Seri Zambry Abd Kadir Darwish Adrian di dukung oleh Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah, Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz Darwish menjawab soalan yang diajukan kepadanya Darwish ketika sedang membacakan hafazannya - Surah Al Buruj, At Tariq dan Al A'la Dianggarkan seramai 5,000 orang yang hadir pada hari tersebut

Pengalaman Saya Menyaksikan Anak Saya Membaca Hafazan Di Depan 5,000 orang

Pada 26 Jun 2011, Darwish beserta kakaknya telah membacakan hafazannya di depan ribuan orang sempena Majlis Ulangtahun Pusat Pendidikan Al Barakah yang ke-5, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dengan disaksikan oleh YB Menteri Besar Perak sendiri. Dibawah adalah gambar kenangan pada majlis tersebut. Darwish dan Darwisya berbual dengan Menteri Besar Perak, YB Datuk Seri Zambry Abd Kadir Darwish Adrian di dukung oleh Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah, Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz Darwish menjawab soalan yang diajukan kepadanya Darwish ketika sedang membacakan hafazannya - Surah Al Buruj, At Tariq dan Al A'la Dianggarkan seramai 5,000 orang yang hadir pada hari tersebut

A 3 year Old Girl Replying On The Quran Burning Pastor

Masihkah kita ingat tentang seorang paderi di Florida, USA yang mahu membakar Quran pada ulangtahun pengeboman menara berkembar di New York baru baru ini sebagai simbol protes kepada Islam? Semasa membaca tentang isu ini, saya agak terkejut besar bila saya melihat wajah anak saya dibawah satu tajuk semasa yang agak panas seperti ini didalam dua video youtube! Apa tidaknya... ia satu tajuk yang menjadi isu sensitif seluruh dunia Islam dan kanak-kanak 3 tahun yang dirujukkan tersebut adalah... anak saya, Darwisya Adrianna! Dua video yang berbeza (satu daripadanya adalah www.tamilbayan.com) yang telah di olah  untuk menyesuaikannya untuk menjawab persoalan yang sedang panas ketika itu. Antara kata-kata yang tertulis.. WANT A PROOF OF WHAT ALLAH SWT SAID AND SHEIKH KHALID YASSIN CONFIRMED??? WELL LISTEN TO THIS:!!! Diikuti oleh video bacaan Darwisya Surah Muhammad bermula dari ayat Innallah hayudkhilul.. yang bermaksud Sungguh! Allah akan memasukkan. . kemudian diakhiri dengan ka...

Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran. Jika kakaknya, Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun 8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwis...