Tuesday, November 3, 2009

Bayi boleh menghafal Surah Al Quran Sebelum Boleh Bercakap

Mungkin bunyi tajuk saya ini terlalu ekstrem - "Bayi Boleh Menghafal Surah Al Quran Sebelum Bercakap". Mana mungkin seorang bayi boleh menghafal sebelum boleh bercakap, bukan? Inilah juga yang saya fikirkan sebelum ini. Otak bayi sibuk melakukan banyak sinapsis antara satu neuron dengan yang lain untuk melengkapkan keupayaannya bagi digunapakai kemudian. Lebih banyak stimulasi yang diterima semasa bayi maka lebih pesatlah perkembangannya.

Seperti yang saya maklumkan pada posting sebelum ini, Darwish berumur 1 tahun 8 bulan telah menghafal hujung2 hampir keseluruhan surah juzuk Amma. Namun tiada bukti. Kali ini saya dapat merakam aksinya melakukan perkara tersebut. Dia boleh melakukannya mungkin kerana selalu melihat dan mendengar kakaknya membuat hafazan dan iqra setiap pukul 8.30 malam dengan saya. Dia selalu mengganggu ketika saya mengajar kakaknya, namun saya jarang mengasingkannya ke bilik lain supaya dia tidak mengganggu kami. Sehinggalah dia bosan mengganggu dan duduk mendengar. Gangguan yang dibuat selalu menyebabkan kakaknya hilang tumpuan dan paling teruk hingga buku hafazan/mugaddam terkoyak.

Kesabaran adalah paling penting dalam mendidik anak anak. Bersyukur kerana kini saya dapat melihat 'hadiah' kesabaran saya itu. Saya sempat merakam aksi darwisya (dah masuk umur 3 tahun dua minggu lepas) membacakan surah al a'la dan darwish (umur 1 tahun 8 bulan) akan menyambung hujungnya. Aksi '..alahai baiknya anak mak ni...' berlaku setelah Darwish mahukan sebijik gula-gula dalam balang gula-gula saya. Saya katakan padanya 'iqra surah al a'la with kak wisya'. Dia pun memandang kak wisya untuk di iqra' kan. Darwisya membaca sampai yang agak hampir akhir ayat, berhenti untuk disambung pula oleh adiknya darwish bagi menghabiskan ayat dalam surah tersebut. Saya pun ambil kesempatan memvideokan. Malangnya ketika sedang menangkap aksi ini 'Memory Card Full'! Frust dibuatnya.. Waktu tak sibuk dan waktu aksi berlangsung, kamera pula buat hal. Maka, hanya sebahagian sajalah yang boleh saya videokan, sedangkan aksi ini dilakukan sehingga dia dapat makan gula-gula tersebut. Selepas melihat balik aksi rakaman, saya terfikir adakah sekiranya dia boleh bercakap pada umur ini dia sudah boleh menghafal sepenuhnya? Kalau betul bermakna dia telah menghafal lebih separuh dari juzuk Amma. Jika tidak dan memang hanya dia boleh menghafal hanya hujung2 ayat sahaja, bermakna jalan untuk menghafal setelah dia boleh bercakap nanti adalah sangat mudah..





Untuk pengetahuan, kini darwish sudah boleh membaca semua huruf fathah, kasrah dan dhammah (huruf hijaiyyah baris atas, baris bawah dan baris depan). Umurnya baru mencecah 1 tahun 8 bulan hari semalam. Selepas ini saya akan mengajar huruf bertanwin pula.. Jika saya berkesempatan, saya akan memvideokan dia membaca iqra. InsyaAllah. Apapun kena pindahkan sebahagian gambar dalam kamera tu dulu supaya ada available memory untuk digunakan..

Sekadar berkongsi, saya nak membiasakan 'read and reward system' kepada anak lelaki saya bukan mudah. Saya mulakan setelah dia boleh memahami dan menerima arahan. Permulaannya, jika dia mahu sesuatu jika tidak diberi dia akan menangis sekuat hati, berbaring dilantai dan berpusing-pusing badannya tanda memberontak. Oleh kerana saya tidak mahu 'condition' anak saya bahawa jika dia melakukan aksi tersebut, saya akan mengalah dan memberikan apa yang dimahukan, saya kuatkan hati dan buat tidak nampak apa yang dia buat dan membiarkannya hingga dia senyap sendiri dan datang kepada saya sendiri. Cara ini saya pelajari dari buku berbahasa Inggeris tentang psychology kanak-kanak. Jika di biarkan dan dibuat tidak tahu, kanak-kanak akan mengalah dan berpendapat bahawa caranya mengugut adalah tidak berkesan. Kini anak saya tahu, jika dia mahu sesuatu dia tidak perlu membuat 'aksi amuk' nya. Cukup sekadar membacakan satu surah yang saya kehendaki dan dia boleh mendapatkan apa yang dia mahukan (jajan yang saya benarkan contohnya Mayfirst Colostrum, Coklat Badam, gula-gula dll). Sebagai peringatan, semasa kita nak membelikan jajan (makanan kudapan) kita mesti pastikan makanan tersebut adalah halal. Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah hafazan, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru. Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan.

Sunday, November 1, 2009

Alexandria, Mesir dan Penguasaan Bahasa Arab Pada Kanak-Kanak


Darwisya membelek koleksi Buku Cerita Pendek Berbahasa Arab yang saya beli dari Mesir



Kalau kita nak bercuti keluar negara, kemana pilihan kita kali ni ye? Itu soalan yang agak sukar saya nak jawab setiap kali suami saya bertanya. Banyaklah cadangan negara2 yang kami bincangkan. Kebanyakkan cadangan suami saya menghala ke negara-negara barat (US/Eropah), mungkin kerana kesesuaian dirinya dengan negara tersebut kerana telah tinggal beberapa tahun di sana untuk melanjutkan pelajaran dulu. Perbincangan terhenti tanpa apa2 keputusan kerana saya jawab saya tak mahu kemana-mana memandangkan saya hamil ketika itu. Saya kata pada suami biarlah saya melahirkan dulu dan tak perlulah kita ke mana-mana tahun ini. Suami saya pun bersetuju dengan keputusan saya itu.

Beberapa bulan telah berlalu selepas itu dan satu hari saya bermimpi anak lelaki saya (dalam keadaan dewasa) berada di tengah2 sementara ada 2 kumpulan orang Arab menuju untuk menyerang satu sama lain. Saya jadi cemas kerana saya takut jika perkelahian mereka menyebabkan anak saya cedera di tengah-tengah. Bak kata orang dulu-dulu, 2 kumpulan gajah berperang, pelanduk mati ditengah. Saya lihat anak saya seolah2 cuba bercakap dengan mereka dan mereka menunggu percakapan anak saya. Saya terbangun dan keesokkan paginya saya katakan pada suami saya yang saya ubah fikiran. Saya ingin melawat MESIR!! Sekarang juga! Suami saya ingat saya bergurau. Mesir atau mana-mana negara Timur Tengah menjadi satu tempat yang jauh dari sudut fikirannya sebagai tempat peranginan yang ideal untuk kami berdua. Namun kerana permintaan saya, maka dia bersetuju jugalah. Mungkin kerana nak menjaga hati saya yang sedang hamil ketika itu. (Alhamdulillah, saya di jodohkan dengan suami yang sentiasa memberi kefahaman, selalu menyokong dan memberi perangsang dalam hidup saya).

Segala persiapan seperti visa, pakaian, dll hendak kesana di persiapkan. Bila melancong ke luar negara bawak anak (saya bawa darwisya sekali, masa tu umur setahun), beg kelengkapan anak lebih besar daripada beg kita sendiri. Oleh kerana kehamilan saya mencapai trimester terakhir, saya diminta untuk mendapatkan surat pengesahan dari doktor sebelum saya dibenarkan naik pesawat penerbangan. Mujur saya dapat surat tersebut.

Sampai di Kaherah, kotanya agak berdebu namun orangnya agak peramah. Tak ramai yang pandai berbahasa Inggeris. Makanan banyaknye roti. Kos sara hidup agak rendah berbanding di Malaysia. Saya lihat mereka agak modern tidak seperti yang saya bayangkan sebelum sampai disini. Wanitanya boleh memandu dan bekerja dengan bebas dan tidak seperti di Arab Saudi. Apapun, saya rasa sungguh gembira yang teramat sangat kerana dapat melawat makam Imam Shafie. Saya sedekahkan al Fatihah dan selawat serta saya bisikkan di makamnya.. "Kamulah orang yang saya contohi untuk anak-anak saya (pendidikan awal al Quran) dan semoga anak saya mencontohi kamu dalam segala hal".. Dan berdekatan dengan makam tersebut juga ada tapak kaki Rasullullah s.a.w. Semoga anak saya mengikuti jejak baginda dan menjadi antara umatnya yang berbakti. Saya juga melawat Universiti Al Azhar, Universiti Islam tertua didunia. Saya dimaklumkan bahawa disini pelajarnya wajib menghafal sekurang-kurangnya 8 juzuk al quran sebelum mendapatkan Ijazah mereka walau apa pun cabang ilmu yang mereka ambil. Adakah anak saya akan ke Universiti ini? Saya tak pasti. Perjalanan mereka masih jauh. Bila sudah dewasa nanti, terpulanglah pada kehendak anak saya sendiri melanjutkan pelajaran mengikut cabang mana yang mereka pilih.

Dari Kaherah saya pergi ke Alexandria (4 jam perjalanan dari Kaherah) dimana cuacanya sejuk dan pantainya putih bersih dan cantik sama seperti pantai2 di negara Eropah. Tempatnya tidak sibuk seperti Kaherah, aman, damai dan tenteram. Saya memasang angan-angan kalau saya berkemampuan (punya izin suami dan wang) saya ingin anak saya bersekolah tadikanya disini. Tapi saya tahu ia jauh daripada menjadi realiti. Namanya pun 'angan-angan'. Saya sempat melawat tadika dan taska disana. Guru-guru tadikanya boleh bercakap bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Anak-anak muridnya mempunyai sesi kelas untuk ketiga2 bahasa. Aduh!! Seronoknya kalau anak saya boleh bercakap 3 bahasa!

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya katakan pada suami bahawa saya ingin anak saya bertutur dalam 3 bahasa iaitu

1) Bahasa Malaysia,
2) Bahasa Inggeris
3) Bahasa Arab.

Suami saya pun seronok juga dengan cadangan saya dan bertanyakan pada saya siapa yang nak ajar anak kita Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab tu? (Masa tu saya masih bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dengan anak). Termenung juga saya nak menjawab soalan tersebut. Akhirnya saya ambil keputusan sayalah orangnya. Saya mula bertutur 'hanya dalam bahasa Inggeris' dengan anak saya pada umur Darwisya setahun. Rasa kelakar pun ada pada mula2 tu. Tapi hasilnya sekarang anak saya dah boleh bertutur dalam 2 bahasa. Sambil2 tu niat dah pasang dalam hati nak memahirkan Bahasa Arab saya.

Saya boleh buat kesimpulan, manfaat yang saya dapat dari melancong ke Mesir adalah saya seolah2 terpanggil untuk mengajar anak saya lebih dari 1 bahasa dan bahasa yang akan dilebihkan itu sudah semestinya Bahasa Arab.

Kepada ibu-ibu yang tidak mengetahui tentang pentingnya Language Development dalam meningkatkan keupayaan otak kiri bayi, di bawah ini saya kongsikan sedikit mengenai pandangan pakar barat tentangnya. Banyak maklumat tentangnya juga boleh didapati dari website2 yang boleh di google search mengenainya dengan menggunakan kata asas 'bilingual baby' atau 'multilingual baby'. Fakta tentang bayi dan pengaruh bahasa ini saya dapati bila saya dah lancarkan program 2 bahasa pada anak saya. Sebelum tu tak tau pun tentang kebaikkannya.

Pandangan pakar barat tentang perkembangan Bahasa pada bayi umur 0-3 tahun :

"Research at the University of Chicago shows that a bird placed in isolation for the first few weeks of its life never learns the song of its species properly and will thus be unable to uphold a territory or woo a mate. Even though humans are more resilient than birds, between 0-3 years of age nature has primed our brains with a peak number of synapses that are busily building the optimal neural pathways to use in the production of language. This amazing ability gradually decreases and by six or seven, children have become mere mortals, who like adults have to actually put effort into learning the new pronunciation, vocabulary and grammar.

Obviously, children will get by just fine without speaking a second language like a native, but most parents of multilingual children at least aim for that level of skill. Even if you start learning languages before age 7, the optimal period is between the ages of 0-3. Why? Brain imaging studies show that languages in bilingual infants are stored closer together in the brain than in later bilinguals. This means learning another language after the age of 3 both takes greater effort and is treated differently by the brain compared to the child who acquires them simultaneously.


Although language is said to be inherent in humans, (we have highly specialized 'language centers' in the brain), talking is primarily a social phenomenon. We use it to communicate with other humans, typically those ones closest to us. So, in order to fulfill its fundamental objective, this 'all-purpose language chip' needs customization to wire up to the right language. This is similar to the way eyesight develops. As most parents know, a baby's eyesight is not fully developed until 6-9 months of age. The very act of seeing completes that capability; if an infant is left without visual stimulation for an extended period, he will have impaired vision for the rest of his life. The same 'use it or lose it' principle applies both for the understanding and production of language.

Kita boleh buat kesimpulan disini bahawa perkembangan bahasa paling bagus dibuat pada umur 0-3 tahun, kerana ia akan meningkatkan kuasa otak kiri. Ia boleh dipanjangkan ke 6-7 tahun tapi kesannya pada otak adalah tidak sama seperti yang berlaku pada kanak-kanak yang terdedah lebih awal. Dalam satu kajian lain, kanak-kanak yang didedahkan dengan 2 bahasa serentak sebelum umur 3 tahun, dia akan mudah untuk menerima bahasa ke 3 dan seterusnya nanti. Mudah-mudahan anak saya senang untuk menerima bahasa ke 3 mereka nanti iaitu Bahasa Arab. Ni mama tengah nak belajar balik ni.. Nak pegi kelas Bahasa atau panggil Cikgu ke rumah, itu belakang kira. Kena start revise sendiri dulu..


Nota-nota lama saya semasa belajar Bahasa Arab dulu-dulu..




Buku rujukan dan CD saya untuk memahirkan bahasa tersebut. Ada juga Arabic CD by Collins dalam kereta saya untuk saya pasang kalau memandu sendirian.

Majalah 'Mahir' keluaran tempatan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab.


Saya selalu salahkan kepada kesibukkan sehari-hari hingga tidak punya masa untuk mempelajari Bahasa Arab ini tapi sebenarnya kesilapan tersebut terletak pada diri saya yang kurang mendisiplinkan diri sendiri untuk belajar Bahasa tersebut.

Cerita tentang Bahasa Arab ini timbul bila Darwisya pada hari ini, mengeluarkan sebuah buku cerita bahasa Arab yang saya beli di Mesir dulu dan dibeleknya, pergi kepada saya dan memberi kepada saya sambil berkata.. Mama, I got a book here, can you tell me the story? Aduhh.. apa perlu saya katakan? Saya ambil buku tersebut, terjemahkan merangkak-rangkak dan yang agak tak tau tu saya rujuk gambar kartunnya dan agak-agaklah ceritanya. Anak saya kata.." Mama, why you read like that? Aduh.. terasa sangat akan kekurangan diri ini. Terus rasa bersalah. Maka saya berazam nak belajar lah balik. Mungkin melalui anak saya ini adalah cara Allah mengingatkan saya untuk saya belajar Bahasa syurgaNya supaya saya boleh mengajar anak -anak saya. Coretan ini saya tulis sekadar untuk mengingatkan diri sendiri jangan berhenti untuk mempelajari Bahasa Arab sehingga mahir..

Ada 3 perkara yang memotivasikan diri saya untuk mengajar anak saya Bahasa Arab :

1) Untuk mencapai niat saya menjadikan anak saya boleh bertutur dalam 3 bahasa. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ini akan mempertingkatkan lagi kuasa otak kiri mereka.

2) Saya mahu anak saya memahami maksud ayat ayat yang dihafal dari pangkal hinggalah ke hujung mana-mana surah. Bila boleh memahami maka dapatlah segala ilmu, peringatan dan hukum dalam al Quran. Maka, walau dimana mereka berada, al Quran yang dibaca, dihafal, difahami dan dihayati akan membimbing mereka untuk sentiasa berada di landasan yang betul. Bagi saya, setakat menghafal sahaja mungkin tidak cukup mendatangkan penghayatan sebenar ajaran Islam itu sendiri.

2) Mimpi saya tentang anak lelaki saya. Saya rasa Bahasa Arab akan menjadi satu keperluan untuk dirinya suatu hari nanti. Wallahua'lam

Maka saya menyeru kepada ibu bapa supaya janganlah kita hadkan pada anak kita hanya dengan 1 bahasa. Walaupun percakapan kita 'broken-broken' English atau Arabic (Hehe..), kita telah mendedahkan kepada satu perkara yang boleh mempertingkatkan Intelligent Quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) anak anak kita dan seterusnya menjadikan mereka selangkah kedepan (sekurang-kurangnya) dari kanak-kanak lain.

Wednesday, October 21, 2009

Darwisya, 3 tahun, Akan Menduduki Ujian Penilaian Akademi Darul Huffaz

Pada awal bulan ini, saya dan suami telah pun berjumpa dengan guru yang akan mengambil alih tugas menyempurnakan bacaan Al Quran anak saya iaitu pengasas Akademi Darul Huffaz, Ustaz Al-Fadhil Sheikh Lokman Shazly Bin Dato’ Seri Zaharin bersama isteri beliau Al Hafizah Puan Hajah Fatimah.

Semasa mendaftarkan diri sendiri dan anak saya ke akademi ini, anak saya telah melalui ujian penilaian dengan membacakan surah yang dikehendaki didepan ustaz. Bagi saya, anak saya ni pemalu orangnya. Tapi tak sangka pula dia boleh membaca dengan selambanya didepan Ustaz yang sangat baru dikenalinya. Alhamdulillah Ustaz Sheikh Lokman nampaknya berpuas hati dan mengatakan mungkin dalam satu dua bulan lagi bersama akademi bagi membetulkan beberapa perkara, anak saya boleh menduduki Ujian Penilaian Akademi untuk Sijil Hafazan 30 surah terakhir. Sebenarnya saya segan juga kalau ustaz nak menguji bacaan saya selepas anak saya habis membaca. Mungkin selepas saya menjawab soalan ustaz bahawa saya yang mengajar anak saya mengaji, dia boleh agak-agak yang saya pun sikit lebih kurang macam tu jugalah bacaannya. Maka, saya teruslah di terima masuk tanpa apa-apa ujian. Fuh..lega! Hehe..

Saya tak tahu yang akademi ni sijilnya diperakui oleh JAKIM dan JAIS. Kalau tidak diberitahu, saya pun tak tahu kerana saya pun bukan kisah sangat asal ada orang sudi terima anak saya sebagai pelajarnya. Seperti yang saya ceritakan, bukan senang nak cari tempat belajar untuk budak umur bawah 3 tahun.. Ke hulu, ke hilir saya bertanya. Syukur saya ditemukan di tempat yang bagus.


Satu lagi yang saya rasa ramai yang tak tahu, kerana saya pun baru tahu selepas pergi ke Akademi ini baru-baru ni... sesiapa yang anaknya sudah menghafal 1 juzuk alquran, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) akan memberi elaun bulanan sebanyak RM150 sebulan kepada kanak-kanak atau pelajar tersebut. Saya rasa selain dari menjadikan kanak-kanak itu celik al Quran, ia juga boleh dijadikan tabungan untuk kanak-kanak tersebut. Paling tidak pun, kalau yang kurang mampu, ia boleh digunakan untuk keperluan persekolahannya bila dia bersekolah nanti.


Saya rasa, tidaklah menjadi satu kesilapan jika saya buat kesimpulan sendiri bahawa tujuannya adalah untuk menggalakkan ibubapa mendidik generasi pelapis masyarakat yang akan datang dengan al Quran memandangkan masalah/gejala sosial remaja Melayu yang semakin meningkat di negara kita. Mungkin para pemikir di Jabatan Agama Islam berpendapat dengan imbuhan seperti ini dapat menggerakkan ibubapa bersama-sama berusaha kearah mencapai tujuan mereka bagi mengurangkan masalah ini. Wallahua'lam. Saya sekadar memberitahu..

Tuesday, September 29, 2009

Surah Al A'la untuk Nenek

Lepas raya walaupun lambat mula balik rutin hafazan, namun Alhamdulillah, tak sampai seminggu darwisya selesai menghafal surah Al A'la. Video telah pun di ambil dengan memberi imbuhan satu coklat dan satu gula-gula. Murah saje berjual beli satu surah dengan mama di dunia. Tetapi ketahuilah anakku, sesungguhnya amat mahal harga yang engkau dapat dari Allah nanti. Surah ini banyak bercerita tentang pujian kepada Allah yang Maha Tinggi. Selepas selesai menghafalnya, saya bercerita pada anak saya tentang Allah dan kejadian alam. Dia berkuasa menjadikan segala apa yang dikehendakiya seperti angin dan hujan, ribut dan banjir. Bercerita tentang syurga-syurga Allah seronok juga kepada anak2 umur 3 tahun. Ia merangsang daya imaginasi mereka. Kalau cara barat merangsang daya imaginasi kanak-kanak dengan membacakan buku sebelum anak mereka tidur, cerita2 fairy tale seperti Jack and the Beanstalk, The Goose that Lay the Golden Eggs dan sebagainya, saya pula punya cara tersendiri. Saya pasti cerita2 fairy tale barat seperti itu tetap akan diketahuinya nanti..

Video ini juga adalah hadiah saya pada ibu saya yang ingin melihat cucunya menghafal 'Sabbihis..' (Surah Al A'la, 19 ayat)

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Gambar Darwisya Adrianna 2 tahun 11 bulan dan Darwish Adrian 1 tahun 6 bulan dengan berbaju raya tahun ni.


Darwisya Adrianna, seorang kakak yang baik..

Selamat Hari Raya di ucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Tentunya yang singgah kita mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Untuk saya, hari raya tahun ini lebih bermakna kerana barulah saya dapat merasa bagaimana rasanya jika punyai anak yang sudah petah bercakap bertanya itu dan ini dihari raya. Saya ke kubur arwah bapa saya dengan membawa anak-anak sekali membaca tahlil dan yassin bersama suami. Banyaklah soalan yang ditanya ketika pulang dari kuburan. Bukan senang rupanya untuk memberi jawapan kepada soalan yang agak kompleks kerana jawapan yang jujur dan benar serta memuaskan hati sukar di susun kepada ayat mudah untuk diberikan kepada kanak-kanak yang belum umur 3 tahun. Selepas ke kuburan, saya beraya ke rumah ibu saya dan seperti biasa apabila setiap kali ke rumah ibu saya, soalan yang selalu di tanya pada anak saya adalah "...sekarang cucu nenek tengah hafal surah apa?". Pada aidilfitri tahun ini jawapan saya ' Surah Al Fajr, surah yang terpanjang setakat ini yang perlu di hafal kerana mempunyai 30 ayat dalam satu surah tersebut. Diam tak diam, sudah hampir 25 surah yang dihafal oleh anak saya, jauh dari sasaran saya iaitu cuma 17 surah sebelum umur 3 tahun.

Pada raya tahun ini, ibu saya berkata kepada saya yang dia teringin sangat melihat cucunya membacakan padanya surah "sabbihismarabbikal a'la..' pada suatu hari nanti. Suami saya pula menyambung mengatakan surah tersebutlah yang selalu juga di bawa oleh imam masjid utk solat jumaat atau solat jemaah yang lain. Teruja juga saya ingin tahu apakah surah itu? Rupanya nama surah tersebut adalah surah Al A'la. Ia hanya 2 surah selepas surah yang di hafal oleh anak saya sekarang. Untuk neneknya, saya berjanji akan merakamkan bacaan surah al A'la selepas cucunya selesai menghafalnya. Saya juga akan jadikan video bacaan surah al A'laa sebagai video bacaan terbaru untuk blog ini nanti.

Berbeza sungguh anak perempuan dengan anak lelaki! Lelaki dengan nakal dan buasnya menyebabkan dia selalu membuat kakaknya menangis. Kakaknya pula jenis yang tidak melawan jika di pukul adiknya. Seperti yang pernah saya dengar mengikut kata orang tua, yang lebih nakal itu yang lebih cerdik otaknya. Saya harap benarlah ia begitu kerana setakat ini ianya kelihatan begitu. Untuk anak lelaki saya pula, dia saya fokuskan menghafal surah Al Fatihah dan surah An Nas. Dia sudah pun menghafal semua hujung ayat dalam surah2 tersebut. Tetapi saya mahu dia berupaya menyebutnya dengan penuh, bukan setakat hujung-hujung ayat sahaja. Saya diberitahu ini adalah mustahil kerana dia belum boleh bercakap lagi! Ia tidak mematahkan semangat saya kerana saya yakin tentu ada hasilnya nanti. Ia bukan satu usaha yang sia-sia. Saya selalu membacakan surah tersebut kepadanya sambil menunjukkan ayat yang dibaca supaya dia cepat mengenal dan membaca nanti. Saya pasti bila dia boleh bercakap nanti, dia terus boleh membaca surah-surah yang di ajar kepadanya dengan mudah. Saya juga yakin anak lelaki saya mampu membaca dan menghafal seluruh Juzuk Amma sebelum umurnya 3 tahun nanti melihat pada progres kakaknya dan usaha saya yang memulakannya 6 bulan lebih awal berbanding kakaknya dulu.

Percayalah, ketika kecil kita agak letih mengajar dan membacakan surah2 kepada anak kita, tetapi ketika mereka besar nanti, mereka akan membacakannya untuk kita pula. Setiap malam saya sebelum tidur, saya selalu meminta pada anak saya .."Mama nak tidurla sayang.. Wisya boleh bacakan mama surah Al Bayinnah dan Surah Al Tiin? (Setiap malam surah permintaan saya tak sama) Sejuuuuuuuk perut mengandungkannya bila dia membacanya hingga habis dan bersungguh-sungguh! Perkataan Alhamdulillah, tepuk tangan dan peluk cium sahajalah saya hadiahkan padanya selepas dia selesai membacanya. Semoga jika saya ditakdirkan untuk 'tidur selama-lamanya' satu hari nanti, anak-anak saya akan terus membacakan ayat quran untuk dikirimkan kepada saya setiap malam.

Harapan saya semoga anak anak saya menjadi manusia yang tinggi ilmu dunia dan akhiratnya bagi menghadapi cabaran akhir zaman yang penuh dengan tipu daya, semoga mereka cemerlang dalam kehidupan dan semoga mereka menjadi salah seorang pemimpin generasi akan datang yang berbakti pada agama dan masyarakat. InsyaAllah..

Monday, August 31, 2009

الحمد لله ، ابنتي استطاعت أن أحفظ سورة 17 قبل أن تصل 3 سنوات من العمر. انها مفاجأة بالنسبة لي أن أرى التحسن الهائل في مهارتها التلقين. انها تستخدم لاتخاذ 1 الاسبوع لحفظ سورة لناس يحتوي على 6 - الجمل (ذلك الوقت كانت 2 سنة) لكنها الآن أن يحفظ أي سورة 5-6 الجملة ، على سبيل المثال سورة القدر ، في 10 دقيقة! وأعتقد أن هذا بسبب تدريبها hafazan. كما أنني اشعر انه من خلال اللعب صوت جميل أديك احمد سعود وتتكون على Juzuk المدثر 1-2 مرات يوميا يساعد في عملية التلقين. أولادي هم مثلهم مثل غيرهم من الأطفال. في كل مرة ألعب أنا وتتكون ، فإنها لن ترغب في الاستماع والجلوس بهدوء وكأننا الكبار القيام به. هو دائما في الوقت المناسب لهم لتشغيل حولها ، ويفعل ما صبيانية ، واللعب والقتال مع بعضها البعض واحد منهم في نهاية المطاف البكاء ، يتوقف عن البكاء ، ويبدأ اللعب مرة أخرى خلال تلاوته! أنا دائما أسأل نفسي إذا كانوا من أي وقت مضى الاستماع للتلاوة إذا كان دائما مثل هذا كل يوم في كل مرة ألعب تتكون؟ جوابي على هذا الآن... نعم! مجرد تصور كيف على الارض في السنة 3 القاعدة القديمة يمكن أن يقرأ سورة القدر ، في التكاثر وغيرها في أقل من 10minutes؟ حتى بلدي 1 سنة 6 شهور لا يزال الصبي الذي لا يمكن الحديث بشكل صحيح يمكن أن نشير إلى إنهاء كل الآيات في سورة النبأ من (40 ايات) كلما حصل على الحالة المزاجية للجلوس والاستماع للتلاوة.

مع هذه التجربة ، أود أن تتقاسم مع غيرها من الأمهات أن تبدأ في وقت مبكر. وسوف يكون لكم عن دهشتها مع أطفالك التنمية. لا تستسلم. انها تبدو كما لو أنهم لا يستمعون لكنهم. أتذكر تعليم ابني عندما كان عمره 6 أشهر من العمر. في كل مرة كنت كلما يعلمه الأبجدية hijaiyah ، ويبدو انه تجاهل لي وأنا في نهاية المطاف شعور بخيبة الأمل لأنه يبدو وكأنه وأنا أتحدث إلى نفسي. لحسن الحظ ، وأنا تتخلى ابدا. فهو 1 سنة 6 أشهر ، ويعرف كل الأبجدية hijaiyah والآن تعلم kasrah وdhammah. جميع الأطفال يولدون الذكية. مجرد منحهم الفرصة. أبدا أن نقلل من قدرة الدماغ لمجرد أنهم الرضع.

إذا كان الدماغ هو التدريب في وقت مبكر ، أي شيء هو مجرد من السهل جدا عليهم. على سبيل المثال ، يمكن أن ابنتي تتحدث لغتين ، أنها تعرف أن حروف وأرقام 1-100 الآن ، والأشكال والألوان فقط من الاقراص التي اشتريتها لها التلفزيون والترفيه اليومية. وانها ليست من العمر 3 سنوات حتى الآن! لم أكن على محمل الجد تعليمها لأن هذه بالنسبة لي ، يمكن أن يكون علمت في وقت لاحق فى المدرسة / الروضة عندما تكون في السن. لكنها حصلت على كل ذلك في وقت مبكر ربما لأن القرآن التدريب التي تدرب دماغها لتسجيل الأمور بشكل أسرع.

في الواقع ، بلدي أسلوب التدريس أولادي في وقت مبكر من فترة طويلة والذي يمارسه اليهود. انه ليس شيئا جديدا بالنسبة لهم ولكن هو شيء جديد بالنسبة لنا. آمل ان تكون هذه الحصة من الخبرة يمكن ان تلهم الآخرين أيضا لبدء تعليم أطفالهم في وقت مبكر حتى يمكننا أن يكون أكثر ذكاء الجيل القادم التي يمكن لاحداث تغييرات فى العالم.
Alhamdulillah, my daughter managed to memorize 17 surah before she reached 3 years of age. It is a surprise for me to see the tremendous improvement in her memorization skill. She used to take 1 week to memorize surah an-nas that have 6 sentences (that time she was 2 years old) but now she can memorize any 5-6 sentence surah, for example surah al-Qadr, in 10 minutes! I believe this is because of her hafazan training. I also feel that by playing the beautiful voice of Adik Ahmad Saud VCD on Juzuk Amma 1-2 times a day helps the memorization process. My children are just like other children. Each time I play the VCD, they will never want to listen and sit quietly like we adult do. It is always the time for them to run around, doing their childish thing, playing and fighting with each other and one of them will end up crying, stop crying and start playing again during the recitation. I always ask myself if they ever listen to the recitation if it is always like this everyday each time I play the VCD? My answer to this now is... YES!! Just imagine how on earth a 3 year old can recite surah al-qadr, at-takathur etc in less than 10minutes? Even my 1 year 6 months old boy who still cannot talk properly can recall the ending of each ayat in surah al buruj (22 ayat) whenever he got the mood to sit and listen to the recitation.

With this experience, I would like to share with other mothers to start early. You will be amazed with your children's development. Don't give up. They seems like they are not listening but they are! I remember teaching my boy when he was 6 months old. Each time whenever I taught him the hijaiyah alphabet, he seems to ignore me and I ended up feeling disappointed because it looks like I am talking to myself. Fortunately, I never give up. He is 1 year 6 months old now, knows all the hijaiyah alphabet and is learning the kasrah and dhammah reading. All babies are born smart. Just give them the chance. Never underestimate their brain capacity just because they are babies.

If their brain is trained early, anything is easy to them. For example, my daughter can speaks in two languages, she knows her ABC, numbers from 1-100 now, shapes and colours only from VCDs that I bought for her TV entertainment everyday. And she is not 3 years old yet! I did not seriously teach her these because to me, it can be learnt later in school/kindergarten when she is older. But she got all that early maybe because the Quran training that train her brain to memorize things faster.

My method of teaching my kids early is long being practiced by the Jews. It is nothing new to them but it is something new to us, especially to me. I hope this share of experience could inspire others to also start teaching their children early so that we can have smarter next generation that can bring changes to the Muslim world.

Friday, August 7, 2009

Berjumpa Tempat Belajar Yang Menerima Anak Saya

Alhamdulillah, setelah penat bertanya dan letih mencari tempat yang boleh mengajarkan Al Quran kepada kanak-kanak umur bawah 3 tahun, pencarian saya akhirnya berakhir setelah bertanya kepada Ustaz Al-Fadhil Sheikh Lokman Shazly Bin Dato’ Seri Zaharin, Pengasas Akademi Darul Huffaz. Bukan mudah untuk mencari tempat belajar bagi kanak-kanak yang tak sampai umurnya 3 tahun. Tanggapan masyarakat, akan menolak kerana had minimum umur kanak-kanak yang mereka boleh terima. Mungkin pandangan asas mereka melihat kanak-kanak umur 3 tahun ini masih hingusan dan hanya boleh bermain-main sahaja.

Kita tidak akan tahu apa jalan yang telah ditakdirkan untuk kita dalam proses menimba ilmu sebelum kita melaluinya. Sebelum ini, saya bayangkan anak saya akan belajar di tadika Islam, tempat mengaji kanak-kanak, taska iqra atau yang sesuai dengannya lah. Tetapi akhirnya di tempat para hufaz dewasa berkumpul. Apapun, syukur Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Ustaz kerana menerima seorang kanak-kanak berdasarkan keupayaan dan potensi kanak-kanak tersebut tanpa melihat umur tetapi sebaliknya dengan melihat pencapaian mereka.

Tujuan saya mencari tempat mengaji khusus seperti ini adalah supaya anak saya boleh dibimbing secara professional oleh pakar dalam bidangnya (bidang hafazan Quran). Maklumlah, saya ni bukanlah ustazah bertauliah dan jauh sekalilah seorang ibu yang bergelar Tahfizah atau Hafizah! Anak saya pula sudah menghafal sebahagian besar surah surah dalam Juzuk Amma. Ilmu al quran saya bukanlah tinggi sangat. Melihat kepada progres dia menghafal, saya fikir biarlah dia menghafalnya dengan pakar dalam bidangnya. Saya mahu apa yang saya ajar, mungkin ada yang saya tak ajar (kerana tak tahu), di perbetulkan atau diajar oleh sini.

Untuk dijadikan cerita, anak saya tidak pernah mengaji dengan orang lain selain dari dengan saya. Maka terpaksalah saya menjadi salah seorang pelajar tahfiz juga untuk menemaninya belajar di kelas disisinya. Kelas yang saya pilih adalah seminggu sekali memandangkan tempatnya yang agak jauh dari tempat saya dan masa saya yang selalu sibuk. Saya akan menemaninya sehingga dia boleh dan mahu di tinggal kan belajar bersama rakan-rakannya yang lain..

Sunday, July 12, 2009

Pernah Melihat Bayi berusia 1 tahun mengenal Huruf Hijaiyah?






Sebenarnya umur anak lelaki saya diatas adalah 1 tahun 4 bulan. Dia telah mengenal 26 huruf bertanda fathah dan menyebutnya dengan betul kecuali huruf berbunyi 'za' dan 'la'. Yang kita fikir agak susah untuk bayi menyebut seperti huruf 'gha', 'qa', 'tso' disebutnya dengan mudah. Hairan juga saya kenapa dia susah dengan 2 huruf ini. Seperti bayi lain, anak saya tidak boleh mendengar kata lagi dan asyik nak bermain. Agak sukar saya nak memvideokan dia kerana dia asyik nak mengambil kamera saya semasa merakamnya. Dia mula diajar menggunakan flashcard secara serius pada umurnya 6 bulan. Berbanding dengan kakaknya yang memulakan program yang sama pada umur lebih lewat iaitu 1 tahun. Memang mengenal huruf mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan tahap membunyikan yang lain. Jikalah saya dikurniakan Allah anak yang seterusnya, saya pasti akan memulakan lebih awal lagi dari yang sebelumnya. Oleh kerana anak lelaki saya bermula lebih awal dari kakaknya, saya sasarkan dia habis menghafal juzuk amma lebih awal juga dari kakaknya iaitu sebelum umurnya 4 tahun.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al-Asr 1-3)

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi dilahirkan ke dunia dengan kehebatan yang tersembunyi dan terpulang pada ibu bapa untuk mencari kehebatan ini dan memberikannya pada anak tersebut untuk mereka gunakan seumur hidup.

Menurut pengkaji bayi terkenal, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Jendela pembelajaran secara semulajadi ini mula tertutup apabila usianya mencecah empat tahun.

Dan menurut rujukan lain pula, dari pertengahan semester seorang ibu hamil hingga kanak kanak tersebut berumur 2 tahun, proses perkembangan otaknya adalah pada tahap kritikal. Mencecah umur 2 tahun, kanak-kanak telah pun mempunyai 80% kapasiti otak dewasa. Meka dalam tempoh ini pengambilan DHA dan stimulasi otak yang cukup adalah perlu untuk merangsangkan perkembangan otaknya.
(rujukan: Dobbing et al Archives of Disease in Childhood 1973, 48:757-767)

Saranan Rasulullah, sejarah zaman kegemilangan Islam dengan ramai ilmuan Islam yang lahir dari keluarga menitikkan pendidikan awal dan kajian sains oleh pengkaji bayi telah menjadi titik tolak bagi saya untuk memulakan proses didikan lebih awal. Saya harap ia juga menjadi titik tolak untuk ibu bapa di luar sana ..

Bolehkah kanak-kanak diajar hingga dia mampu Membaca al Quran sebelum umurnya 3 tahun?



Anak perempuan saya diatas berumur 2 tahun 8 bulan. Saya masih mengajarnya tajwid. Maka dengan itu bacaannya tidaklah sempurna lagi. Sebutan makhrajnya telah sempurna dan dia sudah tahu mana yang perlu dibaca panjang dan mana yang perlu dibaca pendek. Cuma kiraan harakatnya yang agak tidak betul. Apapun, yang ingin saya paparkan disini adalah hakikat sebenar bahawa

a) Kanak-kanak boleh membaca quran sebelum umur 3 tahun.
b) Membaca al Quran boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Lihat sahaja video diatas, anak saya sendiri yang mahu memperdengarkan bacaannya untuk muka surat seterusnya kepada saya.

(Ada yang mengatakan apa yang anak saya baca adalah muqaddam, ada yang mengatakan ia adalah Juzuk Amma. Apapun namanya, ia adalah antara surah surah terakhir dalam al Quran)

Sunday, June 28, 2009

Menghafaz Quran untuk kanak kanak : Cara melatih otak mereka menjadi kuat..



Melatih otak menjadi kuat adalah sama caranya dengan melatih otot-otot tubuh kita menjadi kuat. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina, perlulah rajin ber'excercise'. Begitu jugalah dengan otak kita. Tiada had umur paling minima untuk memulakan latihan ini. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya semula pada umur mereka 2 tahun keatas. Anak saya, contohnya telah menghafaz surah-surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah tersebut semasa dia bayi. Pada umurnya 2 tahun 8 bulan, dia sudah menghafaz 8 surah pendek. Dan mengikut pada tahap dia menghafal sekarang ini, saya yakin dia boleh menghafal sekurang-kurangnya 17 surah tiba umurnya 3 tahun nanti, iaitu 4 bulan dari sekarang.

Perlu di ingat bahawa membaca dan menghafal adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh dijalankan serentak. Tidak perlu tunggu kanak-kanak tersebut pandai membaca quran/mengaji untuk mula menghafal. Sebagai bukti, ramai para huffaz (penghafal quran) dari kalangan orang buta. Bermakna kalau seseorang itu buta huruf/tidak mengenal huruf juga boleh menghafal quran.

Untuk memudahkan anak saya menghafal, setiap hari waktu maghrib saya akan memainkan VCD mengaji Adik Ahmad Saud membaca juzuk yang anak saya ingin hafal. Ianya sangat-sangat membantu! Adik Ahmad Saud adalah kanak kanak lelaki yang berumur 9 tahun yang terkenal dengan bacaan surah yassin di youtube. Pertama kali saya melihat video kanak-kanak ini membaca surah yassin dengan sungguh merdu suaranya, meremang diri saya sambil berkata dalam hati.. sejuk perut ibunya mengandung, bertuahnya ibubapa yang mempunyai anak seperti itu. Videonya boleh di lihat di link http://www.youtube.com/watch?v=f7d37r3iUds.

Sunday, June 14, 2009

Bersegera dalam Mendidik Anak untuk mengelakkan Hati Kita Menjadi Susah Menjelang Hari Tua Nanti

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".

Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)

Kalau kita lihat sejarah ilmuwan Islam semasa zaman Islam gemilang, semuanya memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi. Mereka bukanlah terus menjadi orang bijak pandai secara tiba2. Majoriti mereka telah menghafaz seluruh al Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang-cabang ilmu matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain. Cara begitulah ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi, ibnu khaldun, ibnu Rushd, ibnu Sina, al Farabi, ibnul Khaitam dan lain lain lahir. Jika difikirkan banyak benarnya juga. Ikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk proses berfikir secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa. Sementara otak kanan pula untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan dengan seni, muzik dan lain-lain.

Pernah membaca biografi Imam kita, Imam Shafie? Beliau merupakan antara Imam yang paling bijak dan telah menghafaz quran seluruhnya pada umur 4 tahun. Bila saya baca kenyataan tentang beliau menghafaz seluruh isi Al Quran pada umur 4 tahun, saya berkata dalam hati..

'Ia Mustahil untuk anak orang lain!! Kerana dia adalah orang yang terpilih, maka jadilah beliau hebat begitu!'.

Ketika itu saya seolah terdengar ada suara membisikkan pada saya bahawa ia tidak mustahil! Anak saya boleh mencapai apa yang saya fikir mustahil jika saya, ibunya berkeinginan dan dengan izin Allah ia akan terjadi. Ketika itu saya sedang hamil anak pertama, Darwisya. Saya bernazar, jika impian saya tercapai, saya akan berkongsi dengan masyarakat umum. Inilah sebab terhasilnya blog ini. Saya telah melalui dimana permulaannya, untuk mengajar anak Al Quran hingga tahap ini, saya tidak tahu bagaimana mahu bermula, apa yang patut dan perlu kerana tiada rujukan di mana-mana. Semoga blog ini memanfaatkan ibu bapa diluar sana..

Berbalik kepada Imam Shafie menghafal seluruh isi Al Quran pada umur 4 tahun, bagi saya ia sudah tidak mustahil lagi kerana kalau anak saya yang pada zaman moden yang ada TV dan Video, yang boleh saya katakan setiap hari akan menonton TV/CD kesukaannya, suka bermain dan hanya belajar mengaji sekejap-sekejap ini pun boleh membaca Al Quran dan menghafaz 8 surah pada umur belum sampai 3 tahun setakat 28/6/09 (satu minggu satu surah pendek). Inikan pula jika seseorang itu hidup pada zaman para salafussoleh dimana pegangan agama Islam masih kuat lagi. Saya di beritahu oleh seorang guru tahfiz dari salah satu Madrasah Tahfiz di Shah Alam bahawa pelajar beliau mampu menghafal seluruh alQuran dalam masa 2 tahun jika sepenuh masa. Beliau pernah mempunyai seorang murid yang pintar yang menamatkan hafazan dalam masa 1 tahun 4 bulan sahaja. Maka kesimpulan saya, Imam Shafie mungkin boleh membaca alquran sebelum umur 3 tahun dan menhafal seluruh isi alquran dalam tempoh 1 tahun selepas itu! Maka tidak mustahil untuk diterima akal beliau menghafal Quran pada umur 4 tahun. Saya tidaklah bercadang untuk menjadikan anak saya menghafal seluruh alquran pada usia 4 tahun. Saya cuma mahu membuktikan pada diri sendiri akan teori pendidikan kanak-kanak zaman kegemilangan Islam dahulu. Saya juga mahu memberi pendidikan asas seawal mungkin.


Ibu saya pernah berkata, jika Al Fatihah yang kamu ajar pada seorang kanak-kanak yang belum tahu, maka pahala setiap kali bacaannya akan sampai kepada kamu walaupun kamu sudah mati. Jika anak kamu mengajar anaknya alfatihah pula, pahalanya akan juga sampai kepada kamu kerana kamulah yang mengajar sehingga dia boleh mengajar anaknya sendiri. Kita tahu bahawa ada 17 kali surah al Fatihah akan dibaca dalam sehari untuk solat wajib dan pahalanya mengalir kepada kita kerana kita yang mengajarnya. Bagi saya, mengajar anak sendiri ibarat saya memulakan perniagaan multi level untuk dunia akhirat saya! Sebab itu saya berebut untuk mengajar anak saya terlebih dahulu sebelum guru tadikanya atau guru agamanya bila dia bersekolah nanti.

Agak mencabar juga untuk mengajar kanak-kanak kerana kita perlu banyak bersabar setelah diri kita letih menguruskan perniagaan sehari-hari. Saya rasa ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa agak beruntung kerana boleh menghabiskan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Kesibukkan tugas menguruskan perniagaan saya kadang-kadang melalaikan saya. Saya harap saya dapat terus mendisiplinkan diri untuk mendidik anak saya walau bagaimana sibuk pun. Caranya, saya akan cuba selalu mengingatkan diri saya akan ayat ini.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan"..

Saturday, June 6, 2009

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun


Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.




Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.
Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD.



Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.

Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.

Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.

Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.


Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :


1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.

2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.


PANDUAN MENGAJAR


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.



m

Penjagaan Makanan Yang Mempengaruhi Perkembangan Otak

Penjagaan makanan juga saya dapati satu perkara yang agak di remehkan bagi masyarakat kita kerana fokus diarah untuk keperluan lain. Tambahan pula penjagaan makanan ini memerlukan kos yang agak tinggi. Contohnya kalau kita ke pasar mana yang lebih murah antara ayam dan ikan? Kalau dah makan minum pakai anak-anak kita sudah cukup, buat apa nak beli makanan tambahan lain seperti madu, kismis, badam tu? Perkiraan ini saya pasti kerana tiada pengetahuan tentang pentingnya makanan terhadap perkembangan otak kanak-kanak. Tambahan pula keadaan ekonomi masyarakat Islam yang agak terhad dibandingkan dengan orang Yahudi yang kita tahu memegang 70% ekonomi padahal jumlah mereka tak sampai 10 juta pun. Jumlah mereka yang sedikit ini tidak akan berkembang kerana mereka bukanlah jenis menerima kemasukkan dari yang berminat kepada ugama mereka seperti Islam. Maka dengan itu fokus mereka kuat untuk memastikan generasi penerus yang berupaya memegang ekonomi dunia. Dari kajian yang dilakukan (boleh di baca artikelnya dibawah), fokus disiplin dan penjagaan makanan ini bermula sebelum anak tersebut masih dalam kandungan dan diteruskan hingga dilahirkan dan sudah bersekolah dimana disekolah mereka mempunyai skim penjagaan makanan berkhasiat dan pemberian suplemen kepada kanak-kanak sekolah mereka.

Sudah lama saya mengkaji tentang kuasa otak. Nenek saya mula nyanyuk dan tidak pandai menguruskan diri sendiri pada umurnya 60 tahun. Saya rasa itu terlalu awal untuk nyanyuk bagi kita dizaman sekarang! Mengapa ia nyanyuk mungkin banyak bergantung kepada cara hidup atau pemakanannya yang serba kekurangan lebih lebih lagi dia melalui zaman penjajahan Jepun dahulu kala. Dia juga adalah seorang yang buta huruf. Tiada apa yang perlu dipelajari untuk merangsang otaknya dari bayi hingga kanak kanak seterusnya meningkat dewasa. Sebagai wanita zaman dahulu kala, belajar mungkin bila setelah dewasa seperti memasak dan mengemas dan menguruskan rumah untuk persiapan berumah tangga yang rata-rata lebih awal pada zaman dahulu berbanding zaman sekarang. Saya takut mengatakan itu sebab hakikinya kerana ia cuma satu tanggapan saya tetapi kebenaran berdasarkan fakta penjagaan makanan para huffaz (yang menghafal seluruh alQuran)selain daripada disiplin latihan menghafal mereka menguatkan tanggapan ini.


Bila mengkaji kehebatan dan keajaiban otak para penghafaz quran, saya dapati selain dari disiplin, mereka juga menjaga dengan ketat amalan pemakanan mereka. Contohnya mereka tidak memakan kepala ikan dan meminum kopi dan lain-lain pantang sewaktu dalam proses menghafal.

Mengambil pelajaran daripada mereka dan juga apa yang telah terbukti oleh kajian sains, saya menggariskan penjagaan pemakanan anak-anak saya bagi memastikan zat dan nutrien yang diperlukan adalah tersedia untuk perkembangan otak mereka dan juga keperluan badan mereka supaya mereka tahan penyakit dan sihat selalu. Kanak-kanak yang sihat mental dan fizikal, mudah untuk menerima pelajaran.

Apa yang saya sendiri amalkan untuk saya dan anak-anak saya adalah :




a)


Memberi ekstrak daun zaitun olive oleo sebagai supplemen. Suplemen ini banyak membantu menjaga kesihatan anak saya supaya tidak mudah jatuh sakit. Anak kita kalau dah batuk, selsema dan demam, kita sebagai ibu jugalah yang susah menjaganya. Semenjak saya memberi olive oleo ini anak saya tahan jangkitan. Pada mula amalkan, hanya saya dan anak dulu, selang beberapa hari suami saya batuk dan selsema hampir 2 minggu tak baik-baik. Alhamdulillah, dari mula sampailah dia habis batuk selsemanya, anak saya tak dijangkiti pun. Sebelum ini, kalau seorang kena, yang lain akan bergilir-gilir lah kena. Saya yakin kerana dengan izin Allah juga anak saya tidak mempunyai apa-apa masalah walaupun pernah berinteraksi dengan rakan saya yang mempunyai anak yang di syaki positif H1N1 dan dikuarantinkan oleh doktor. Kajian daun zaitun dalam menyahaktifkan virus ini telah pun didokumenkan dan boleh di baca di link ini http://daunzaitun.blogspot.com/ .

Dalam keadaan yang wabak H1N1 yang membimbangkan dimana kita dinasihatkan pakai topeng mulut, anak kita mungkin kalau pakai pun tak sampai 5 minit dah kemana topengnya tu. Maklumlah, budak-budak umur belum tahu dengar cakap.. Tapi merekalah golongan yang berisiko tinggi. Maka ini adalah alternatif terbaik. Kesihatan fizikal adalah sama pentingnya dengan kesihatan mental anak-anak supaya pembelajaran mereka tidak terganggu.







b) Memberi madu setiap dia celik mata. Guna sudu plastik, tambahkan dalam air suam selawatkan dan niatkan. Madu dalam Islam dikatakan menguatkan daya hafalan, melancarkan kepetahan bercakap, menguatkan lidah, membersihkan kahak dan lain-lain. Madu yang saya gunakan sejak anak-anak saya lahir adalah jenis Madu Manuka, gred Active UMF 20+. Ia adalah madu terbaik dunia yang dibuktikan oleh sains. Banyak kertas kajian tentang kelebihan madu ini berbanding madu lain telah di buat tentangnya. Saya beri Manuka Honey ini sejak dari mereka dilahirkan hingga sekarang. Kebetulan anak sulung saya mempunyai masalah colic yang sebaiknya memakan madu jenis ini. Tapi kalau tiada masalah, madu lain pun boleh juga, asalkan madu yang asli. Jika madu Manuka tiada, saya akan beli Madu Honey Propolis dari Mayfist.






c) Kismis Minda yang telah didoakan oleh orang alim. (Saya ada juga beli kismis TESCO bila kismis minda tak kelihatan). Bacakan Al Fatihah, Alam Nashrah dan doa penerang hati. Doa ibu adalah lebih mustajab. Kismis dikatakan mencerdaskan minda, membersihkan hati dan mencerahkan mata.




d) Daging ikan sebagai makanannya selalu. Jika anak tidak suka dengan ikan, amalkan dan teruskan pengambilan susu yang mengandungi DHA yang tinggi. Boleh baca kandungan nutrisi pada label kotak susu yang kita beli tersebut.


2 botol susu untuk 2 orang anak saya. Mereka menggunakan susu formula yang diperkayakan dengan DHA. Berbagai jenis juga yang berada dipasaran sekarang ini. Bagi ibu-ibu yang menyusu, kita ambil kapsul minyak ikan 1000mg (DHA dan EPA). Saya amalkan semasa sebelum hamil, semasa hamil dan semasa menyusu. Saya ambil 2 biji sehari. Kita dapati air susu kita akan berbau 'ikan' kalau dibandingkan dengan yg susu kita tanpa minyak ikan. Kandungan DHA dan EPA yang dicernakan oleh badan kita adalah lebih senang cerna berbanding susu tepung. Namun saya telah menghentikan penyusuan badan selepas anak saya berumur setahun lebih. Saya kagum dengan ibu2 yang membuat penyusuan penuh 2 tahun. Saya sarankan untuk amalkan pengambilan minyak ikan supaya susu kita mengandungi DHA EPA untuk bayi.


e) Kalau ada orang balik umrah atau haji, rajin rajin lawat mereka. Selalunya dapat air zam-zam. Bagi pada anak, sebelum dia minum niatkan supaya dia terang hati belajar apa pun yang baik.

Makanan ringan seperti twisties, chikadee dan lain-lain. Kalau ada orang bagi pada anak kita dan kita segan nak tolak, jangan bukakan depan yang memberi. Biar mereka berlalu dari situ dan tunggu dia leka, ambil dan sorokkan atau kita makan sendiri.

Friday, June 5, 2009

Pengaruh dan Peranan Televisyen dalam Pendidikan Anak-Anak

Dulu, saya tak ingat bila, saya bershopping di Tesco dan terjumpa buku Peter and Jane. Saya belek dan dapati ianya menarik juga untuk kanak-kanak baru mengenal huruf. Saya pun beli buku '1a' dan buku '1b' memandangkan anak saya ABC pun pada waktu itu baru dapat menghafalnya sampai habis. Untuk pengetahuan, saya tak mengajarnya ABC, dia yang menghafal dan mengenalnya sendiri melalui Video CD yang dilihatnya setiap hari (VCD Barney n Friends dan lain-lain). Cuma saya selalu ikut menyanyi lagu ABCnya kalau dia menyanyikannya ketika bermain bersama. Yang menyeronokkan saya, pada suatu hari anak saya sedang membelek buku Peter n Jane unit ’Ia’ dan membacanya dengan lancar! Alhamdulillah, dia dah boleh baca buku Peter n Jane unit asasnya iaitu '1a' sampai habis. Unit ‘1b’ pun boleh tapi agak tersekat di tengah buku kerana ianya sudah bermula perkataan yang panjang dan agak susah. Yang boleh saya kongsikan adalah, saya belikan VCD lagu mengenal huruf kaedah phonic untuk ditontonnya. VCD ni tak dapat di kedai jual CD/VCD biasa. Terbitan Al Amin Serve. Ada banyak VCDnya. Tapi saya cuma beli unit asas. Saya juga membeli set VCD readeasy phonics dengan set 6 bukunya yang harga tak sampai RM50. Apa yang ada ditonton di VCD dan apa yang di dalam buku adalah sama gambar dan hurufnya menyebabkan anak saya suka menyelak buku dan membacanya. Kita juga perlu rajin kalau pergi mana-mana tu contohnya selepas anak saya sudah mengenal huruf, jika saya memandu dan nampak signboard TESCO, saya akan tunjuk dan tanya dia huruf apa yang ada dan apa bunyinya dalam perkataan tersebut. Kalau nampak perkataan yang mudah dalam title akhbar yang tulis besar-besar yang sedang kita baca, kongsikan dengan dia. Apa pun, saya rasa bersyukur menjadi ibu zaman sekarang.. Ajar anak pakai TV dan radio paling banyak. Dari mengenal ABC sampailah dia boleh membaca. Boleh disimpulkan TV dan radio ni pembantu peribadi sayalah. Bukan sahaja mengajar anak saya membaca Quran sebelum umur 3 tahun, malah membaca bahasa Inggeris juga. TV memang boleh menjadi pembantu ibu bapa yang baik sebagaimana dia boleh menjadi musuh ibubapa yang teruk kerana boleh memasukkan unsur negatif pada anak kita. Terpulang kepada cara kita menggunakannya. Pernah saya lihat di kedai barangan runcit di sebuah stesen mengisi minyak seorang kanak-kanak menangis menjerit mahu ibunya membelikan 'sesuatu' yang selalu diiklankan di TV. Anak saya yang berumur 3 tahun pula cuma melihat dan bertanya 'What is in that thing mama?' Anak saya tak tahu pun makanan itu adalah junk food yang di sukai kanak-kanak zaman sekarang kerana tak pernah melihatnya di TV seperti kanak-kanak lain. Bukankah ini buktinya TV boleh menyusahkan diri kita sendiri bila anak-anak jadi begitu? Seperti yang telah saya perkatakan dibawah, saya akan mendedahkan anak-anak saya pada dunia sebenar televisyen. Tetapi setelah roh al quran di serapkan dalam hati mereka. Maka dengan itu fokus saya adalah untuk pendidikan alqurannya. Mudah-mudahan anak sulung saya dapat menghafal seluruh Juzuk Amma sebelum umurnya 4 tahun. Bila otaknya sudah terlatih, saya yakin pelajaran duniawi akan menyusul mudah sahaja untuk dia samada membaca Bahasa Inggeris, Malaysia, Matematik, Sains dan lain-lain.
Posted by

Mengawal Pengaruh Luar dari Mempengaruhi anak anak

Jangan kita ingat bahawa pengaruh luar yang mempengaruhi anak kita akan bermula bila mereka bersekolah dan berjumpa kawan-kawan. Ia bermula dari rumah dengan pengaruh luar yang datang dari TV. Tidak semua yang ditayangkan diTV adalah baik dan tidak semua yang ditayangkan di TV adalah buruk. Namun kalau di biarkan mereka memegang 'remote control' maka mereka yang tidak tahu mana yang buruk dan baik akan menyerap apa sahaja yang kebetulan menjadi pilihan selera mata dan jari mereka. Untuk anak-anak saya, saya memilih ada TV tetapi tiada tayangan TV. Mereka melihat TV apa yang saya pilih untuk mereka lihat. Ini akan saya teruskan sehingga umur si kakak 6 tahun dan adiknya 5 tahun. Memang kita perlu mendedahkan mereka dengan dunia sebenar tetapi biarlah didedahkan pada waktu mereka sudah boleh saya menagajarnya untuk menganalisa dan berfikir baik buruk dan kesan akibatnya sesuatu perkara. Pada umur sedemekian, mereka boleh di ajar untuk berfikir secara rasional. Kalau ikutkan zaman saya dulu, saya mula menonton TV pada umur 7-8 tahun kerana keluarga kami hendak beli TV lebih awal agak susah. Tidak seperti sekarang, rasanya 90% keluarga ada TV sekurang-kurangnya sebuah. Namun, tiada apalah yang peliknya diri saya berbanding wanita moden yang lain hanya kerana menonton TV bermula umur 7 tahun. Anak saya memang suka menonton TV tetapi TV dirumah kami digunakan untuk tayangan Video sahaja. VCD yang mereka lihat mempunyai 2 jenis. CD Iqra/Nasyid serta CD English/Brain Developnment. Mereka boleh memilih sendiri CD mana yang mereka mahukan asalkan ia ikut waktu segmennya yang tertentu. Campuran dan diselang selikan ugamanya, kartunnya dan sebagainya.Ia pelaburan yang berbaloi kerana ia boleh diulang-ulangkan sehingga mereka boleh menghafalnya!



VCD Iqra'/Nashid/Doa dan lain-lain





VCD English/Brain development

Lagi satu, yang saya perhatikan, oleh kerana anak saya telah didedahkan dengan alam TVnya sendiri, jika bermalam dirumah saudara saya, kebiasaannya tuan rumahnya akan menayangkan cerita kanak-kanak seperti kartun atau apa sahaja supaya budak-budak boleh duduk diam menontonnya sementara orang tuanya pula boleh berkumpul untuk berborak panjang. Tapi 'kemerdekaan' sekali sekali menonton rancangan TV sebenar dirumah orang tidak menarik minat mereka. Puas saya memujuk anak saya supaya pergi menonton rancangan TV tersebut supaya saya tidak diganggu. Itulah akibat jadinya dengan anak-anak saya. Mungkin mereka belum lagi timbul minatnya saya tidak pasti.. Apapun ia banyak hikmahnya juga.

Wednesday, April 1, 2009

Foto Album Darwisya dan Darwish













Foto percutian di Melaka, 3 keluarga (3 adik saya bersama family masing-masing) bergambar di Taman Ostrich Melaka.









Kegemaran Darwisya adalah menggunting dan melekatkan kertas termasuk di muka sendiri. Saya akan menyediakan gunting, kertas scrap, selotep untuk dia menghasilkan berbagai kreativiti pelik. Tapi lepas tu, sepahnya..








Darwisya bergambar di outdoor theme park, Genting Highland














Ni gambar darwisya tak berapa sihat di Bukit Tinggi, Pahang. Saya book hotel thru internet. Besok nak pergi, hari ni dah demam. Last minute kensel tak dibenarkan atau boleh tapi kita rugi. Maka, pergi jugalah..









Darwisya.. tak segan dia memakai terus 'hat baloon' yang dihadiahkan oleh clown penghibur kanak kanak di majlis tersebut. Bersedia untuk menyanyi lagu kegemaran kanak-kanak.. Happy Birthday to youuu.. Happy Birthday to youuuu...'

















Darwish baru tumbuh gigi.. bergambar di salah sebuah restoran semasa kami keluar makan malam. Sesiapa yang ada anak kecil, boleh bayangkanlah makan malam kami macam mana..












Kanak-kanak dengan pakaian tentera ditinggalkan... Darwish Adrian di Hilton Hotel, Australia.











Tak dapat participate, dapat duduk kat pentas kejap ni pun tak pe.. Sementara menunggu pertunjukkan Sesama Street n the Big Bird bermula di Sea World, Australia.







Adik beradik kena baik-baik ye.. Jangan gaduh-gaduh. Biar camni selalu..










Darwish baru cukur jambul. Botak anak mama.. comel juga..







Bermain di Childrens's Room, Subang Parade, Subang Jaya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa Rahsia menyebabkan Anak Yahudi Bijak Pandai berbanding Anak Orang Islam
(Artikel ini diambil dari Internet yang telah memang dialih biasa)
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon




Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu.. Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum YAHUDI, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Adakah bijak boleh dijana?

Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab.. Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo (haram), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..! Ys, Yahudi!

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! (duit sebenar) Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin ya dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan (essay) sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.