Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Menghafaz Quran untuk kanak kanak : Cara melatih otak mereka menjadi kuat..

Melatih otak menjadi kuat adalah sama caranya dengan melatih otot-otot tubuh kita menjadi kuat. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina, perlulah rajin ber'excercise'. Begitu jugalah dengan otak kita. Tiada had umur paling minima untuk memulakan latihan ini. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya semula pada umur mereka 2 tahun keatas. Anak saya, contohnya telah menghafaz surah-surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah tersebut semasa dia bayi. Pada umurnya 2 tahun 8 bulan, dia sudah menghafaz 8 surah pendek. Dan mengikut pada tahap dia menghafal sekarang ini, saya yakin dia boleh menghafal sekurang-kurangnya 17 surah tiba umurnya 3 tahun nanti, iaitu 4 bulan dari sekarang.

Perlu di ingat bahawa membaca dan menghafal adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh dijalankan serentak. Tidak perlu tunggu kanak-kanak tersebut pandai membaca quran/mengaji untuk mula menghafal. Sebagai bukti, r…

Bersegera dalam Mendidik Anak untuk mengelakkan Hati Kita Menjadi Susah Menjelang Hari Tua Nanti

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".

Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"…

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.




Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.
Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD.



Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula be…

Penjagaan Makanan Yang Mempengaruhi Perkembangan Otak

Penjagaan makanan juga saya dapati satu perkara yang agak di remehkan bagi masyarakat kita kerana fokus diarah untuk keperluan lain. Tambahan pula penjagaan makanan ini memerlukan kos yang agak tinggi. Contohnya kalau kita ke pasar mana yang lebih murah antara ayam dan ikan? Kalau dah makan minum pakai anak-anak kita sudah cukup, buat apa nak beli makanan tambahan lain seperti madu, kismis, badam tu? Perkiraan ini saya pasti kerana tiada pengetahuan tentang pentingnya makanan terhadap perkembangan otak kanak-kanak. Tambahan pula keadaan ekonomi masyarakat Islam yang agak terhad dibandingkan dengan orang Yahudi yang kita tahu memegang 70% ekonomi padahal jumlah mereka tak sampai 10 juta pun. Jumlah mereka yang sedikit ini tidak akan berkembang kerana mereka bukanlah jenis menerima kemasukkan dari yang berminat kepada ugama mereka seperti Islam. Maka dengan itu fokus mereka kuat untuk memastikan generasi penerus yang berupaya memegang ekonomi dunia. Dari kajian yang dilakukan (boleh di …

Pengaruh dan Peranan Televisyen dalam Pendidikan Anak-Anak

Dulu, saya tak ingat bila, saya bershopping di Tesco dan terjumpa buku Peter and Jane. Saya belek dan dapati ianya menarik juga untuk kanak-kanak baru mengenal huruf. Saya pun beli buku '1a' dan buku '1b' memandangkan anak saya ABC pun pada waktu itu baru dapat menghafalnya sampai habis. Untuk pengetahuan, saya tak mengajarnya ABC, dia yang menghafal dan mengenalnya sendiri melalui Video CD yang dilihatnya setiap hari (VCD Barney n Friends dan lain-lain). Cuma saya selalu ikut menyanyi lagu ABCnya kalau dia menyanyikannya ketika bermain bersama. Yang menyeronokkan saya, pada suatu hari anak saya sedang membelek buku Peter n Jane unit ’Ia’ dan membacanya dengan lancar! Alhamdulillah, dia dah boleh baca buku Peter n Jane unit asasnya iaitu '1a' sampai habis. Unit ‘1b’ pun boleh tapi agak tersekat di tengah buku kerana ianya sudah bermula perkataan yang panjang dan agak susah. Yang boleh saya kongsikan adalah, saya belikan VCD lagu mengenal huruf kaedah phonic unt…

Mengawal Pengaruh Luar dari Mempengaruhi anak anak

Jangan kita ingat bahawa pengaruh luar yang mempengaruhi anak kita akan bermula bila mereka bersekolah dan berjumpa kawan-kawan. Ia bermula dari rumah dengan pengaruh luar yang datang dari TV. Tidak semua yang ditayangkan diTV adalah baik dan tidak semua yang ditayangkan di TV adalah buruk. Namun kalau di biarkan mereka memegang 'remote control' maka mereka yang tidak tahu mana yang buruk dan baik akan menyerap apa sahaja yang kebetulan menjadi pilihan selera mata dan jari mereka. Untuk anak-anak saya, saya memilih ada TV tetapi tiada tayangan TV. Mereka melihat TV apa yang saya pilih untuk mereka lihat. Ini akan saya teruskan sehingga umur si kakak 6 tahun dan adiknya 5 tahun. Memang kita perlu mendedahkan mereka dengan dunia sebenar tetapi biarlah didedahkan pada waktu mereka sudah boleh saya menagajarnya untuk menganalisa dan berfikir baik buruk dan kesan akibatnya sesuatu perkara. Pada umur sedemekian, mereka boleh di ajar untuk berfikir secara rasional. Kalau ikutkan zama…