Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Bagaimana Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa Asing

.


Saya masih ingat seorang kawan saya berkata, kalau kita nak pelajari sesuatu bahasa dan boleh bercakapnya dengan fasih, kita perlu makan makanan dan minum minuman harian mereka baru lidah kita akan lentur mengikut ’telo’ mereka, Baru boleh fasih. Tapi kemudian saya fikir balik takkan orang yang makan spagheti dan burger tiap hari boleh berbahasa Inggeris dengan fasih kalau persekitarannya tiap hari tiada bahasa lain didengarnya kecuali Bahasa Jawa! (Saya ada darah Jawa). Seperti yang semua orang tahu, bukan makanan atau minuman yang menyebabkan seseorang itu fasih dengan sesuatu bahasa tetapi jumlah kuantiti pendedahan dengan bahasa tersebut yang memahirkannya dengan satu-satu bahasa berkenaan.

Cara kita mempelajari bahasa kedua adalah sama seperti cara bayi mempelajari bahasa pertamanya. Mula-mula MENDENGAR,, Hampir 2 tahun bayi mendengar sahaja dengan tiada daya untuk menyusun lebih dari 5 patah perkataan dalam satu ayat setibanya umur 2 tahun. Sedikit demi sedikit dia akan mencub…

Perasmian Saluran TV Kartun Kanak Kanak Berbahasa Arab

Telah beberapa hari saya berfikir bagaimana hendak mengajar Bahasa Arab pada kanak-kanak yang bukan umur boleh hantar pergi kelas Bahasa. Saya cuba beberapa kali mengajar mereka sendiri tapi ia agak perlahan kerana saya 'mengajar' vakabulari benda dalam bahasa tersebut dan bukannya 'berkomunikasi' dalam bahasa tersebut. Perkembangan ini tentu saja sangat perlahan. Saya berkata sendiri bahawa tentu ada cara lain yang lebih mudah dan cepat untuk kanak-kanak sebaya umur 3 tahun ke bawah ini. Saya boleh dikatakan begitu serius untuk mengajar anak saya bahasa ini kerana saya sentiasa teringat akan pengorbanan ibu Imam Shafie untuk mengajar anaknya Bahasa Arab. Ibu Imam Shafie dan anaknya berpindah ke kota Mekah (suami telah meninggal sejak Imam Shafie kecil lagi) dengan harapan untuk belajar Bahasa Arab Tulen. Setibanya di sana beliau dapati kota Mekah telah dipenuhi oleh pedagang dari serata pelusuk dan bahasanya telah bercampur baur menyebabkan ibu Imam Syafie kecewa dan …

Bayi boleh menghafal Surah Al Quran Sebelum Boleh Bercakap

Mungkin bunyi tajuk saya ini terlalu ekstrem - "Bayi Boleh Menghafal Surah Al Quran Sebelum Bercakap". Mana mungkin seorang bayi boleh menghafal sebelum boleh bercakap, bukan? Inilah juga yang saya fikirkan sebelum ini. Otak bayi sibuk melakukan banyak sinapsis antara satu neuron dengan yang lain untuk melengkapkan keupayaannya bagi digunapakai kemudian. Lebih banyak stimulasi yang diterima semasa bayi maka lebih pesatlah perkembangannya.

Seperti yang saya maklumkan pada posting sebelum ini, Darwish berumur 1 tahun 8 bulan telah menghafal hujung2 hampir keseluruhan surah juzuk Amma. Namun tiada bukti. Kali ini saya dapat merakam aksinya melakukan perkara tersebut. Dia boleh melakukannya mungkin kerana selalu melihat dan mendengar kakaknya membuat hafazan dan iqra setiap pukul 8.30 malam dengan saya. Dia selalu mengganggu ketika saya mengajar kakaknya, namun saya jarang mengasingkannya ke bilik lain supaya dia tidak mengganggu kami. Sehinggalah dia bosan mengganggu dan duduk …

Alexandria, Mesir dan Penguasaan Bahasa Arab Pada Kanak-Kanak

Darwisya membelek koleksi Buku Cerita Pendek Berbahasa Arab yang saya beli dari Mesir

Kalau kita nak bercuti keluar negara, kemana pilihan kita kali ni ye? Itu soalan yang agak sukar saya nak jawab setiap kali suami saya bertanya. Banyaklah cadangan negara2 yang kami bincangkan. Kebanyakkan cadangan suami saya menghala ke negara-negara barat (US/Eropah), mungkin kerana kesesuaian dirinya dengan negara tersebut kerana telah tinggal beberapa tahun di sana untuk melanjutkan pelajaran dulu. Perbincangan terhenti tanpa apa2 keputusan kerana saya jawab saya tak mahu kemana-mana memandangkan saya hamil ketika itu. Saya kata pada suami biarlah saya melahirkan dulu dan tak perlulah kita ke mana-mana tahun ini. Suami saya pun bersetuju dengan keputusan saya itu.

Beberapa bulan telah berlalu selepas itu dan satu hari saya bermimpi anak lelaki saya (dalam keadaan dewasa) berada di tengah2 sementara ada 2 kumpulan orang Arab menuju untuk menyerang satu sama lain. Saya jadi cemas kerana saya takut …