Skip to main content

Bayi boleh menghafal Surah Al Quran Sebelum Boleh Bercakap

Mungkin bunyi tajuk saya ini terlalu ekstrem - "Bayi Boleh Menghafal Surah Al Quran Sebelum Bercakap". Mana mungkin seorang bayi boleh menghafal sebelum boleh bercakap, bukan? Inilah juga yang saya fikirkan sebelum ini. Otak bayi sibuk melakukan banyak sinapsis antara satu neuron dengan yang lain untuk melengkapkan keupayaannya bagi digunapakai kemudian. Lebih banyak stimulasi yang diterima semasa bayi maka lebih pesatlah perkembangannya.

Seperti yang saya maklumkan pada posting sebelum ini, Darwish berumur 1 tahun 8 bulan telah menghafal hujung2 hampir keseluruhan surah juzuk Amma. Namun tiada bukti. Kali ini saya dapat merakam aksinya melakukan perkara tersebut. Dia boleh melakukannya mungkin kerana selalu melihat dan mendengar kakaknya membuat hafazan dan iqra setiap pukul 8.30 malam dengan saya. Dia selalu mengganggu ketika saya mengajar kakaknya, namun saya jarang mengasingkannya ke bilik lain supaya dia tidak mengganggu kami. Sehinggalah dia bosan mengganggu dan duduk mendengar. Gangguan yang dibuat selalu menyebabkan kakaknya hilang tumpuan dan paling teruk hingga buku hafazan/mugaddam terkoyak.

Kesabaran adalah paling penting dalam mendidik anak anak. Bersyukur kerana kini saya dapat melihat 'hadiah' kesabaran saya itu. Saya sempat merakam aksi darwisya (dah masuk umur 3 tahun dua minggu lepas) membacakan surah al a'la dan darwish (umur 1 tahun 8 bulan) akan menyambung hujungnya. Aksi '..alahai baiknya anak mak ni...' berlaku setelah Darwish mahukan sebijik gula-gula dalam balang gula-gula saya. Saya katakan padanya 'iqra surah al a'la with kak wisya'. Dia pun memandang kak wisya untuk di iqra' kan. Darwisya membaca sampai yang agak hampir akhir ayat, berhenti untuk disambung pula oleh adiknya darwish bagi menghabiskan ayat dalam surah tersebut. Saya pun ambil kesempatan memvideokan. Malangnya ketika sedang menangkap aksi ini 'Memory Card Full'! Frust dibuatnya.. Waktu tak sibuk dan waktu aksi berlangsung, kamera pula buat hal. Maka, hanya sebahagian sajalah yang boleh saya videokan, sedangkan aksi ini dilakukan sehingga dia dapat makan gula-gula tersebut. Selepas melihat balik aksi rakaman, saya terfikir adakah sekiranya dia boleh bercakap pada umur ini dia sudah boleh menghafal sepenuhnya? Kalau betul bermakna dia telah menghafal lebih separuh dari juzuk Amma. Jika tidak dan memang hanya dia boleh menghafal hanya hujung2 ayat sahaja, bermakna jalan untuk menghafal setelah dia boleh bercakap nanti adalah sangat mudah..





Untuk pengetahuan, kini darwish sudah boleh membaca semua huruf fathah, kasrah dan dhammah (huruf hijaiyyah baris atas, baris bawah dan baris depan). Umurnya baru mencecah 1 tahun 8 bulan hari semalam. Selepas ini saya akan mengajar huruf bertanwin pula.. Jika saya berkesempatan, saya akan memvideokan dia membaca iqra. InsyaAllah. Apapun kena pindahkan sebahagian gambar dalam kamera tu dulu supaya ada available memory untuk digunakan..

Sekadar berkongsi, saya nak membiasakan 'read and reward system' kepada anak lelaki saya bukan mudah. Saya mulakan setelah dia boleh memahami dan menerima arahan. Permulaannya, jika dia mahu sesuatu jika tidak diberi dia akan menangis sekuat hati, berbaring dilantai dan berpusing-pusing badannya tanda memberontak. Oleh kerana saya tidak mahu 'condition' anak saya bahawa jika dia melakukan aksi tersebut, saya akan mengalah dan memberikan apa yang dimahukan, saya kuatkan hati dan buat tidak nampak apa yang dia buat dan membiarkannya hingga dia senyap sendiri dan datang kepada saya sendiri. Cara ini saya pelajari dari buku berbahasa Inggeris tentang psychology kanak-kanak. Jika di biarkan dan dibuat tidak tahu, kanak-kanak akan mengalah dan berpendapat bahawa caranya mengugut adalah tidak berkesan. Kini anak saya tahu, jika dia mahu sesuatu dia tidak perlu membuat 'aksi amuk' nya. Cukup sekadar membacakan satu surah yang saya kehendaki dan dia boleh mendapatkan apa yang dia mahukan (jajan yang saya benarkan contohnya Mayfirst Colostrum, Coklat Badam, gula-gula dll). Sebagai peringatan, semasa kita nak membelikan jajan (makanan kudapan) kita mesti pastikan makanan tersebut adalah halal. Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah hafazan, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru. Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan.





Comments

salam puan.
saya amat tertarik dan tersentuh dengan coretan puan dalam blog ini. saya baru je melayari blog puan setelah saya memasuki blog cima agro.

saya ni peminat cendawan, setelah masuk blog cima agro terpandang nama darwish, kebetulan anak saya juga mempunyai nama yg hampir sama. dari situ le minat saya mula timbul untuk mengikuti perkembangannya.

sedikit sebanyak saya mendapat pengetahuan dalam mendidik anak saya. saya mula menyedari kepentingan membaca al-quran pada anak2 saya.
jika dulu saya banyak menggalakkan pembacaan buku dan abc, al-quran tu sekali sekala je.

setelah cinta saya berputik di blog puan, saya memulakan langkah pertama walaupun agak terlambat sedikit coz anak saya dah pun mencecah 4 tahun, namun saya yakin anak saya mampun untuk mencapai.
Zaifaa Adnan said…
salam..seronok membaca coretan tentang pendidikan anak2..sy pn sdg cuba utk menjadikan Al-Quran sbg teras dlm jiwa ank sy..smoga usaha kte dipermudahkan utk melahirkan generasi Al-Quran..
mama damia said…
masyaAllah..kagum betol sy tgk video tu walaupon pendek tp memberi inspirasi kpd diri sy utk melakukan benda yg mulia ini untuk puteri kecil yg bernama d.. darwisyah jugak..
lina said…
Saya pun kagum dengan Penulis ni..

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara