Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang

Kali ini saya ingin bercerita tentang apa yang terjadi pada anak-anak saya pada beberapa hari yang lalu. Ceritanya.. sebelum ini, Darwish telah berkali-kali memujuk saya untuk menghantarnya ke kelas Taekwondo. Kebetulan kelas Taekwondo itu berada berdekatan dengan dewan yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Oleh kerana saya ini lahir dari keluarga yang lebih senang dengan sifat  berlemah lembut dengan orang lain, dimana walaupun adik beradik saya 8 orang kesemuanya, tiada seorang pun yang pernah ke kelas Taekwondo atau yang seangkatan dengannya. Saya tidak pernah mengenal dunia itu, maka, saya tidak berapa mengendahkan permintaannya selama ini. Apa lagi dalam minda saya, ianya adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya kelihatan seolah menggalakkan kanak-kanak menjadi lebih ganas!
Pada suatu hari di kolam renang, selepas Darwish dan Darwisya menghabiskan masa yang agak lama berenang, sambil saya dan suami berbual di tepi kolam tersebut, mereka pun mahu naik. Tiba-tiba seora…

Ilmu Al Quran Ilmu Sains dan Kepentingannya Untuk Diajarkan Kepada Anak Kita

Mungkin ada orang yang akan mengeluh dengan kenyataan ini. Mana tidaknya, nak ajar al Quran pada anak pun dah banyak masalahnya, inikan pula nak tambah subjek lain. Ada yang rasa macam tu? Haha.. Bawa bertenang. Mari kita lihat ganjarannya di dunia (dan diakhirat). Mungkin selepas itu kita tidak mengeluh lagi..

ALLAH akan mengangkat darjat orang yang BERIMAN dan BERILMU pengetahuan beberapa darjat


( Al Mujadalah, ayat 11)


Adakah kita tahu bahawa Ilmu Allah yang pertama diajarkan kepada Nabi Adam sebelum baginda diturunkan ke bumi adalah Ilmu Sains dan Teknologi?

Astronomi dan Matematik merupakan dua bidang ilmu yang sangat popular dalam tamadun Islam. 

Ini kerana Astronomi mempunyai kaitan dengan kewajipan menunaikan perintah agama seperti penentuan arah kiblat, waktu solat lima waktu penentuan hari dan waktu berpuasa dan bebuka serta berhari raya dan pengembaraan berpandukan bintang-bintang dilangit. Kita juga tahu adalah sunnah memulakan perjalanan diwaktu malam. Imam Al Ghazali. seorang…