Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Darwish dan Sijil Hafazan 30 Surah terakhir pada umur 3 Tahun dan Nasihat Untuk Ibubapa Diluar sana

Alhamdulillah.. anak saya yang kedua, Darwish Adrian yang berusia 3 tahun 9 bulan menerima Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir dari Pengetua Akademi Darul Huffaz, Al-Fadhil Ustaz Lokman Shazly Al-Hafiz Al-Maulawi Bin Dato Seri Zaharin. Kakaknya, Darwisya Adrianna juga menerima Sijil yang sama dari Akademi yang sama pada umur 3 tahun 2 bulan. Alhamdulillah, kedua-dua anak saya, seorang lelaki dan seorang perempuan menerimanya pada usia muda mereka. Saya percaya semua kanak-kanak boleh melakukannya jika ibubapa punyai usaha mendedahkan mereka dengan al Quran lebih awal.



Alhamdulillah juga kerana nak dicantikkan ceritanya, TV9 menjemput anak-anak saya untuk merakamkan hafazan kedua-duanya dalam satu program mereka yang akan di buat ala-ala tom-tom bak dengan pengacaranya adalah seorang penceramah agama yang terkenal iaitu Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz. Kita selalu tengok Dato' ni kalau bercakap mesti sentuh topik yang serius, tapi kali ni dia bersedia untuk 'tone down' sikit.…