Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Majlis Ulang Tahun Pusat Pendidikan Al Barakah

Alhamdulillah saya panjatkan syukur kerana dapat menghadiri Majlis Sambutan Al Barakah yang sangat meriah. Lebih dari 3000 (ada yg kata lebih 1000, ada yang kata 2000) orang yang hadir. Hebat bukan? Jarang Majlis ilmu seperti ini dihadiri ribuan orang di akhir zaman ini. Mungkin keikhlasan Ustaz Kazim dalam penyebaran ilmu agama hingga Allah kurniakan tarikan kepadanya. Khemah yang diperuntukkan untuk 2000 orang penuh sesak hingga ramai yang terpaksa mengheret kerusi dari sekolah beliau untuk dapat duduk ditengah panas. Yang tak dapat kerusi tu, terpaksalah berdiri ditengah panas pada hari tersebut.

Satu perkara yang saya tak jangkakan juga adalah sambutan orang ramai terhadap Darwisya. Ramainya peminat darwisya yang nak mengambil gambar hingga darwisya keletihan bergambar (letih berposing).. Ustaz pula buat sesi soal jawab dengan saya dan suami tentang cara mendidik darwisya di dalam dewan yang berasingan. Bersesak orang menunggu saya di dewan tersebut. Saya yang tak tahu akan agenda…

Imam Mahdi

Tajuk yang amat menarik. Siapa yang tidak pernah dengar tentang Imam Mahdi? Semua orang Islam menunggu kedatangannya. Lebih-lebih lagi bila Islam makin ditindas tanpa belas dan perikemanusiaan. Melihat berita baru-baru ini tentang kapal Rachel yang ditawan oleh Israel dan berlakunya pembunuhan mereka yang tidak bersalah meninggikan lagi kemarahan umat Islam. Apalah yang kita boleh lakukan selain dari marah? Kedatangan Imam Mahdilah yang akan menebus segala apa yang kita lalui sekarang ini. Dia akan membawa kemenangan dan kegemilangan pada Islam nanti. InsyaAllah masanya makin hampir.

Siapakah Imam Mahdi telah disepakati dari Hadis Sahih bahawa beliau adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Oh ye, saya sentuh tentang Imam Mahdi kerana kebetulan pada satu hari saya membeli stok VCD ceramah Ustaz Kazim yang terbaru di tempat yang saya selalu kunjungi. Bila saya lihat salah satu VCD tersebut, ianya ada gambar anak saya. Rasa tak pasti dan tak percaya. Bila baca namanya dan umurnya, saya c…