Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Puasa, Tarawih dan Memburu Lailatul Qadar

Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya baru saja puasa bermula dan pada ketika saya menulis ini, ia sudah pun ke 1/3 terakhir Ramadhan.

Puasa tahun ini adalah puasa yang sangat bermakna bagi saya kerana ia adalah puasa dimana saya 'diizinkan' untuk bertarawih berjamaah semenjak sudah lama tidak melakukanya kerana anak kecil yang agak berdekatan antara yang pertama dan yang kedua.

Bagi anak-anak saya, Darwisya dan Darwish pula, nampaknya dengan adanya solat tarawih di surau, menceriakan mereka setiap malam. Tidak terfikir pada saya untuk membawa mereka ke surau untuk solat tarawih sehinggalah Darwisya mendesak saya untuk membawa dia dan adiknya. Saya beri syarat pada kedua anak saya... "If you want to go, first, dont make noise, second, dont be naughty and respect people who solat. If u dont stay that way, mama 'bob' (kena tangan)!" Saya duduk disaf paling belakang kerana takut anak saya mengganggu orang lain. (supaya senang keluar kalau keadaan tak terkawal). …

2 Kaedah Menghafal Yang Berbeza untuk Darwisya

Ada juga yang perasan tentang saya memberi 2 posting kaedah menghafal yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak sendiri. Alhamdulillah, bertambah saham saya..


Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal 30 surah terakhir tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Seterusnya boleh guna alquran sahaja. Hinggalah satu hari skill ini semakin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.


Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya …

Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah2 Penting dan Panjang Dalam Al Quran

Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya, cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang. Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGARsurah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya. Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita. InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali. Kemudian, baru ajar MEMBACAsurah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan. Kemudian, baru suruh anakMENGHAFAL. Selalunya Darwisya dapat menghafal  sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.

Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy. Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan…

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad.

Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun.

Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Arabi…

Lagi emel seseorang yang ingin saya kongsikan

Hari ini saya mendapat emel dari seseorang yang mungkin mengenali saya melalui blog saya. Saya sengaja kongsikan emel ini kerana saya selalu juga ditanya benda yang sama melalui emel dan selalunya saya kekurangan masa untuk membalas kerana kesibukkan. Maka, dengan menjadikannya entri blog saya, ia sedikit sebanyak memberi jawapan kepada ibu-ibu lain yang mempunyai persoalan yang sama.  




EMEL

assalamualaikum pn lina,

saya sangat tertarik dgn pencapaian anak-anak puan dan sangat berharap untuk mengaplikasikan pada anak saya.


untuk pengetahuan, anak lelaki saya baru berumur 1 bulan dan saya ingin mendidiknya seawal yang mungkin. saya seorang suri rumah, bercadang untuk bekerja sementara untuk membantu kewangan keluarga namun masih dalam perancangan lagi.


soalan saya


1. saya ingin mengajar anak saya berkomunikasi dlm 2 bahasa, iaitu bm dan english. namun masalahnya saya tak mahir berbahasa inggeris. jadi bagaimana cara yang terbaik untuk mengajar anak berbahasa inggeris. bila umur yang sesuai …

Jangan Terbeli Kurma Dari Israel

Hari ini saya mendapat emel dari seorang rakan yang saya rasa patut dikongsikan kepada pengunjung blog saya supaya kita berhati-hati dalam keghairahan membeli kurma yang kita biasa lakukan terutamanya menjelang puasa.

Produk kurma berkenaan berjenama "Jordan River". Tetapi sebenarnya ia bukan dari Jordan. Ia dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura serta di edarkan di Malaysia.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

Sangat bijak mereka mengambil kesempatan.. Semoga dengan kemarahan kita pada Israel dapat di manifestasikan dengan tidak memilih produk ini atau produk mereka yang lainnya di pasaran kerana wang yang mereka perolehi dari kita akan digunakan untuk membunuh saudara kita di Palestin.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA..