Skip to main content

Lagi emel seseorang yang ingin saya kongsikan

Hari ini saya mendapat emel dari seseorang yang mungkin mengenali saya melalui blog saya. Saya sengaja kongsikan emel ini kerana saya selalu juga ditanya benda yang sama melalui emel dan selalunya saya kekurangan masa untuk membalas kerana kesibukkan. Maka, dengan menjadikannya entri blog saya, ia sedikit sebanyak memberi jawapan kepada ibu-ibu lain yang mempunyai persoalan yang sama.  




EMEL


assalamualaikum pn lina,

saya sangat tertarik dgn pencapaian anak-anak puan dan sangat berharap untuk mengaplikasikan pada anak saya.


untuk pengetahuan, anak lelaki saya baru berumur 1 bulan dan saya ingin mendidiknya seawal yang mungkin. saya seorang suri rumah, bercadang untuk bekerja sementara untuk membantu kewangan keluarga namun masih dalam perancangan lagi.


soalan saya


1. saya ingin mengajar anak saya berkomunikasi dlm 2 bahasa, iaitu bm dan english. namun masalahnya saya tak mahir berbahasa inggeris. jadi bagaimana cara yang terbaik untuk mengajar anak berbahasa inggeris. bila umur yang sesuai untuk berkomunikasi dalam english sepenuhnya dengan anak?


2. saya juga ingin anak saya tahu bahasa arab, malangnya saya tak ada basic langsung dalam bahasa arab. apa cadangan puan ye?


3. saya ada dengar bahawa imunisasi bayi adalah satu agenda yahudi, di mana tujuannya untuk mencampurkan bahan2 yang tidak halal dan kotor ke tubuh orang islam dan masyarakat dunia lain dengan tujuan untuk merosakkan bangsa2 lain terutama orang islam. sedangkan mereka sendiri tidak menyuntik anak mereka dengan imunisasi tersebut. saya merisaukan sekiranya perkara ini benar, mungkin boleh mempengaruhi perkembangan anak-anak terutamanya untuk menghafal al quran. apa pandangan puan atau mungkin puan ada info yang lain tentang perkara ini?

JAWAPAN

1.   Bayi tak berapa faham karangan bahasa inggeris yang sempurna yang menggunakan bahasa yang tinggi. Bak kata orang, permulaan tu guna bahasa simple-simple sahaja. Kalau Bahasa Inggeris kita broken2 pun tidak mengapa. Kasihan anak kita kena tunggu guru sekolah ajar baru tahu perkataan 'come, jump, walk'  adalah 'mari, loncat, jalan' sedangkan perkataan itu kita dah boleh dedahkannya lebih awal. Lagi satu, saya dapati kanak-kanak boleh belajar dari TV! Kartun yang percakapannya tidak laju dan jelas sebutan2nya boleh mengajar anak kita. Contoh siri kartun 'Little Einstein, Dora, Super Reader/Super Why, Noddy dan lain-lain. Saya lihat anak saya bercakap slangnya mengikut kartun yang saya dedahkan sedangkan saya rasa saya tidak pernah bercakap dengan slang yang melampau begitu.

2.   Tentang Bahasa Arab... Ohhh ye.. Itu adalah kelemahan saya. Anda bertanya dengan orang yang salah. Saya belum lagi pernah bercakap dalam Bahasa Arab dengan anak saya! Dulu saya dah pasang niat nak belajar Bahasa Arab kononnya. Tapi semangat kejap itu sahaja. Kata orang, hangat-hangat tahi ayam! Alasan? Nak sedapkan hati sendiri, saya punya banyak alasan. Percaya atau tidak, anak saya yang mengajar saya nama perkataan dalam Bahasa Arab! Satu hari saya terperanjat kerana anak perempuan saya menyebut .. Mama Towwiiiiiil, Wisya Qassiiiiir.. Saya tak faham apa yang dia katakan. Saya boleh agak itu Bahasa Arablah, Bila saya check maksudnya.. Mama Tinggi, Wisya Pendek. Anak saya yang lelaki pula akan kata.. Shurti..shurti kalau nampak guard di kondo saya tinggal ni, bila saya check, maknanya.. polis. polis! (walhal sebenarnya guard condo ni je). Siapa lagi yang ajar kalau tidak kartun arab yang saya dedahkan selalu itu. Sedikit sebanyak, ia adalah permulaan yang baik sebelum mereka belajar Bahasa Arab secara serius nanti.

3. Memang ada benarnya perkara ini. Sebab itu saya link kan www.daunzaitun.blogspot.com di blog saya. Saya seolah-olah mempromosikan blog ini atau produknya tetapi sebenarnya saya ingin mempromosi maklumat didalamnya. Saya sertakan sedikit maklumat dari blog tersebut..

'Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran Glaxo Smith Kline disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan. Para penerima vaksin H1N1 ini dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS)...

Mereka sangat bijak mewujudkan ketakutan dunia dan mengambil kesempatan dalam ketakutan ini untuk meraih keuntungan dan merencatkan pemikiran generasi pelapis Islam yang akan datang. Bagai serampang dua mata..

Begitu jugalah mereka mengambil kesempatan dengan menjual kurma mereka di negara Islam diwaktu permintaan kurma adalah tinggi pada bulan Ramadhan. Kita takut akan kemungkinan kurma ini mempunyai sesuatu yang merbahaya pada otak. Pernah kita dengar yang mereka menyembur dengan sejenis bahan kimia apa-apa  barang makanan yang masuk ke Palestin dengan tujuan yang sama. Kalau membunuh orang yang tidak berdosa nanti akan dikecam dunia, maka untuk menghalang kebangkitan Islam yang semakin hari semakin memuncak, mereka cuba membunuh keupayaan berfikir orang Islam itu sendiri. Wallahua'lam.









Comments

lina said…
Thanks puan lina..info yg sgt bagus
melankolia said…
thanks puan lina..
gud info tu...
insyaallah sy nk praktikkan bila dh ada anak nnt... ;)
Unknown said…
gud info puan...



saya selalu cerita dgn suami pasal anak2 puan.. :)
nurayunni said…
bgus info nie akak..
LIP (^_^) said…
puan..adalah maksudnye imunisasi untuk bayi baru lahir hingga kanak2 itu bahaya??saya kurang jelas..maaf..thanks if puan dapat menjawab..
rozana said…
Salam Lina,
Boleh ke saya dptkan e-mail Lina? Saya nak tanya beberapa soalan tapi panjang sgt nak ditulis dlm ruang komen ni. Lagi satu saya amat berterima kasih dgn Lina atas segala ilmu pendidikan yg diberi. Jika sudi sila layari blog saya dan sudi2lah memberi komen kiranya perlu permatahatiibu-rozana.blogspot.com
Lina said…
Puan Lip

Tentang imunisasi bayi baru lahir tu, saya nasihatkan puan kena rujuk dengan doktor anak puan.

Saya bukan pakar untuk memberi apa-apa kata tentang imunisasi. Takut juga untuk menasihatkan sesuatu yang telah wajib dilakukan oleh ibubapa pada setiap bayi baru lahir.

Saya terjumpa info ini pun setelah anak saya habis disuntik mengikut jadual sebelum umur 2 tahun. Untuk membersihkannya, saya tawakkal memberi anak saya minum air zam-zam sepuasnya dengan niat untuk membersihkan segala yang tidak elok yang telah berada dalam tubuh mereka. Selepas dari itu saya berhenti mengambil suntikan lain yang dijadualkan iaitu suntikan MMR, Hepatitis A-1, Hepatitis A-2 dan suntikan lain yang tidak perlu contoh suntikan H1N1 dan apa-apa suntikan yang akan datang. Dan sebagai ganti, saya beri Olive Oleo setiap hari. Semoga pohon yang Allah sebutkan sebagai pohon berkat ini sudah cukup untuk menjaga kesihatan anak saya. Perlu diingat, daun zaitun ini tidak sesuai untuk bayi 2 tahun ke bawah.
Lina said…
Puan Rozana,

Apa soalan yang panjang sangat tu? Takut pula tak boleh menjawabnya.

Saya rasa elok puan kongsikan dalam ruangan komen ni kerana ramai yang boleh berkongsi maklumat nanti. Selain dari pendapat saya, puan boleh juga dapat pendapat pembaca lain yang sudi memberi komen atas komen.

p/s : saya sudah membaca blog puan, alhamdulillah kita mempunyai nekad yang sama. Banyak yang saya boleh pelajari dari blog puan.
Nowfara said…
Terima kasih Puan. Info ini yang saya perlukan..

http://www.bankrakyat.net/?ref=nowfara
rozana said…
Salam Lina,
He..He.. ok ni soalan saya:-
1. Akademi Al-Quran tu letaknya di mana. Dekat area rmh saya ada sekolah (Itqan) yg ditubuhkan oleh Prof Syafie. Sama ke? Saya sgt berminat nak tahu.
2. Buku Furqan tu contain flashcard dgn baris sahaja ke? Saya belum berkesempatan mencarinya jadi saya buat ssendiri dulu utk anak saya yg 1 thn 6 bulan
3. Buku Al-Huffaz utk menghafaz surah2 tertentu boleh dibeli di mana yea? Saya cuma terjumpa sekali ketika menghadiri kursus menghafal Kaedah Al-Huffaz tapi terlupa nak tanya mana nak beli kalau nak lagi. Nanti akan saya kongsikan pengalaman saya.
4 Saya berminat nak beli CD2 Dora (English dan Arab) macam koleksi Lina. Boleh tak berikan detail macam mana nak dapatkannya?
Nanti akan saya tanya lagi ya.. Cukup ini dulu..:)TK
Lina said…
Salam Rozana,

1. Saya dah tengok website Itqan tu. Ianya kelihatan seperti sekolah betul. Akademi Darul Hufaz takde kurikulum sekolah, just quran study. Ada banyak cawangan sekarang. Dulu saya pergi HQnya di Kajang.

2. Buku Al Furqan tu tidak disertai dengan flashcard. Cuma Muqaddamnya aje ada 4 buku. Flashcard jual asing.

3. CD Dora English ada banyak kat kedai jual video diluar. Dora Bahasa Arab pula, cuba tanya ahlanwasahlanmalaysia kalau dia ada jual lagi.
UMMUARIF78 said…
SALAM PUAN LINA.
MCM DARWISYA TU UMUR BRAPE DIA DAH MULA MENGHAFAL2 SURAH2 LAZIM .CARA BGAIMANA YG PUAN LAKUKAN UNTUK SURUH DIA MULAKAN HAFAZAN
Lina said…
Salam umuuarif,

Saya start mengajar menghafal umurnya 2 tahun 8 bulan bila dia dah mengenal huruf/membaca alquran (baca merangkak-rangkak lagi).

Mulakan dengan surah pendek dan mudah dulu seperti 3 qul dan yang lainnya hingga dpt hafal kesemua 30 surah terakhir dalam quran.
ummuarif78 said…
terima kasih atas jawapan yg puan berikan,.bagi anak2 puan ni memang didedahkan makan sunnah sejak umur brape tahun ye.kuat betul ingatan darwisya ketika membaca quran yer.-puan melatih anak anak ini ketika waktu bila.kdg2 anak saya bila panggil mengaji pun payah,mahu2 tapi kena dua tiga kali panggil baru la mahu.
Lina said…
Salam Ummuarif..

Memang benar untuk menjaga ingatan anak kita, kita perlu menjaga pemakanannya dulu. Kehalalan, sumber asli atau ada unsur kimia dan cara ia diperolehi penting untuk diambil kira. Saya telah lama mengamalkan makanan sunnah tetapi resepi yang saya sertakan dalam blog ni bila budak dah besar baru dapat idea nak buat macam tu. Sebelum tu saya bagi satu-satu dan tak serentak.

Saya mengajar anak pada waktu yang sama setiap hari. Atas rutin yang sama, maka kanak-kanak mudah untuk meneka dan menjalankan aktiviti tersebut. Kita pula tidak boleh culas dalam menentukan aktiviti yang sama setiap hari supaya ia dianggap satu ketetapan yang konsisten oleh mereka. InsyaAllah anak puan akan terbiasa jika diamalkan begitu..
UMMUARIF78 said…
TQ ATAS JAWAPAN DIBERIKAN WALAU SIBUK MANA DPT PUAN MENJWB PERTANYAN SAYA.
MENGENAI AYAT SURAH TOHA TU AYAT 1 SAMPAI 23 KAN SEBANYK 11KALI YE PANJANG JUGA YER.
SEKARANG ANAK YG KECIK JUGA SUKA TGK KAKAK DIA BELAJAR IQRAK,DIA PUN SUKA TGK BUKU IQRAK.SAYA NK CUBA AJAR KECIK NI YG DAH UMUR SETAHUN.CUMA BLM KENAL LA HURUF2 ALQURAN
salam akak,

mohon kebenaran untuk kongsi dekat blog saya tentang anak-anak akak ye..

Thnx

http://www.almuhandisu.com/
Lina said…
Salam Ummuarif,

Kalau rasa agak panjang surah taha tu, boleh juga cuba 70x al fatihah sebanyak 7x berturut2 dengan niat apa yang kita mahukan untuk anak kita atau apa-apa kehendak kita ditiupkan pada air. Saya belajar ni dari ustaz kazim. Atau kalau susah juga, selawatkan lah setiap air/minuman yang kita nak berikan pada anak kita.
Lina said…
Salam Fareast,

Akak singgah blog fareast dah. Jiwa berjuang/perjuangan yang sangat tinggi. Keep it up!
Unknown said…
Salam kak lina,anak sy dh umur2 tahun 2 bln,tp langsung x bly bercakap,cuma keluarkan bunyi,ta,ba dan bahasa yg sy x faham..mcm mana nak ajar dy belajar dan menghafal..?? Tlg ye bg nasihat pada sy..

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...