Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Darwisya, 3 tahun, Akan Menduduki Ujian Penilaian Akademi Darul Huffaz

Pada awal bulan ini, saya dan suami telah pun berjumpa dengan guru yang akan mengambil alih tugas menyempurnakan bacaan Al Quran anak saya iaitu pengasas Akademi Darul Huffaz, Ustaz Al-Fadhil Sheikh Lokman Shazly Bin Dato’ Seri Zaharin bersama isteri beliau Al Hafizah Puan Hajah Fatimah.

Semasa mendaftarkan diri sendiri dan anak saya ke akademi ini, anak saya telah melalui ujian penilaian dengan membacakan surah yang dikehendaki didepan ustaz. Bagi saya, anak saya ni pemalu orangnya. Tapi tak sangka pula dia boleh membaca dengan selambanya didepan Ustaz yang sangat baru dikenalinya. Alhamdulillah Ustaz Sheikh Lokman nampaknya berpuas hati dan mengatakan mungkin dalam satu dua bulan lagi bersama akademi bagi membetulkan beberapa perkara, anak saya boleh menduduki Ujian Penilaian Akademi untuk Sijil Hafazan 30 surah terakhir. Sebenarnya saya segan juga kalau ustaz nak menguji bacaan saya selepas anak saya habis membaca. Mungkin selepas saya menjawab soalan ustaz bahawa saya yang mengaj…