Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Darwisya di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Kuala Lumpur

Saya rasa sungguh sangat terharu bila orang yang saya kagumi selama ini mengagumi anak saya pula. Ceritanya apabila 2 bulan lepas saya dan suami saya berjumpa dengan Ustaz untuk pertama kali, anak saya sibuk mahukan gula-gula yang berada berdekatan dengan beliau semasa saya dan suami sedang bercakap. Maka kerana sudah kebiasaan, anak saya tahu dia perlu membacakan apa-apa surah sebelum medapatkan hajatnya itu. Pembacaannya didengar oleh Ustaz hingga beliau bertanya sejak bila anak saya mula diajar untuk belajar Al Quran dan berbagai soalan lain. Oleh kerana ustaz juga mempunyai Pusat pendidikan, Pusat Tahfiz dan Sekolah Agama untuk pelajar pelbagai peringkat umur, beliau menyatakan adalah terlalu muda untuk kanak-kanak mempunyai kebolehan seperti itu. Alhamdulillah, dari situlah timbul pertanyaan untuk saya membenarkan Darwisya membaca di ceramahnya.


Darwisya didepan salah satu banner ceramah Ustaz Kazim di Jalan AU2, Keramat, Kuala Lumpur. Kami keluar dari rumah lebih awal pergi cari…

Aiskrim atau Makanan Sunnah?

Untuk anak-anak saya, kedua-duanya pun boleh. Tentang makanan sunnah, pada minggu lepas kebetulan stok kebanyakkan bahan-bahan untuk resepi kehabisan untuk membuat batch yang baru. Maka, pada hari berikutnya saya ke Kompleks PKNS Shah Alam. Selalunya saya beli di Tesco Shah Alam. Sekadar sesiapa yang beritahu saya, dah puas carik tapi tak jumpa.. di bawah ini gambar kedainya. Macam-macam ada..



Ni dia... papa belanja makan aiskrim. Selalu saya yang suapkan bergilir-gilir takut aiskrim habis ke baju, tapi kali ni, kami bagi rasa adik beradik ni pegang sendiri. Asyik masyuk nak menghabiskan aiskrim. Mc D? Oh..bukan! Dah lama saya boikot Mc D.

Emm..
Gerammnya..



Dah makan aiskrim, ajar adik beradik ni buat keje sikit. Tolong cuci dan ganti air akuarium. Satu aktiviti riadah yang bermanfaat untuk membangunkan sikap kebersihan dan sayangkan binatang peliharaan pada kanak-kanak.



Oh ya.. sebelum saya terlupa, Darwisya telah dijemput untuk melakukan bacaan hafazan sebelum Ceramah Agama di Masj…