Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Pernah Melihat Bayi berusia 1 tahun mengenal Huruf Hijaiyah?

Sebenarnya umur anak lelaki saya diatas adalah 1 tahun 4 bulan. Dia telah mengenal 26 huruf bertanda fathah dan menyebutnya dengan betul kecuali huruf berbunyi 'za' dan 'la'. Yang kita fikir agak susah untuk bayi menyebut seperti huruf 'gha', 'qa', 'tso' disebutnya dengan mudah. Hairan juga saya kenapa dia susah dengan 2 huruf ini. Seperti bayi lain, anak saya tidak boleh mendengar kata lagi dan asyik nak bermain. Agak sukar saya nak memvideokan dia kerana dia asyik nak mengambil kamera saya semasa merakamnya. Dia mula diajar menggunakan flashcard secara serius pada umurnya 6 bulan. Berbanding dengan kakaknya yang memulakan program yang sama pada umur lebih lewat iaitu 1 tahun. Memang mengenal huruf mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan tahap membunyikan yang lain. Jikalah saya dikurniakan Allah anak yang seterusnya, saya pasti akan memulakan lebih awal lagi dari yang sebelumnya. Oleh kerana anak lelaki saya bermula lebih awal dari…

Bolehkah kanak-kanak diajar hingga dia mampu Membaca al Quran sebelum umurnya 3 tahun?

Anak perempuan saya diatas berumur 2 tahun 8 bulan. Saya masih mengajarnya tajwid. Maka dengan itu bacaannya tidaklah sempurna lagi. Sebutan makhrajnya telah sempurna dan dia sudah tahu mana yang perlu dibaca panjang dan mana yang perlu dibaca pendek. Cuma kiraan harakatnya yang agak tidak betul. Apapun, yang ingin saya paparkan disini adalah hakikat sebenar bahawa

a) Kanak-kanak boleh membaca quran sebelum umur 3 tahun.
b) Membaca al Quran boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Lihat sahaja video diatas, anak saya sendiri yang mahu memperdengarkan bacaannya untuk muka surat seterusnya kepada saya.

(Ada yang mengatakan apa yang anak saya baca adalah muqaddam, ada yang mengatakan ia adalah Juzuk Amma. Apapun namanya, ia adalah antara surah surah terakhir dalam al Quran)