Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

A 3 year Old Girl Replying On The Quran Burning Pastor

Masihkah kita ingat tentang seorang paderi di Florida, USA yang mahu membakar Quran pada ulangtahun pengeboman menara berkembar di New York baru baru ini sebagai simbol protes kepada Islam? Semasa membaca tentang isu ini, saya agak terkejut besar bila saya melihat wajah anak saya dibawah satu tajuk semasa yang agak panas seperti ini didalam dua video youtube! Apa tidaknya... ia satu tajuk yang menjadi isu sensitif seluruh dunia Islam dan kanak-kanak 3 tahun yang dirujukkan tersebut adalah... anak saya, Darwisya Adrianna!

Dua video yang berbeza (satu daripadanya adalah www.tamilbayan.com) yang telah di olah  untuk menyesuaikannya untuk menjawab persoalan yang sedang panas ketika itu. Antara kata-kata yang tertulis..


WANT A PROOF OF WHAT ALLAH SWT SAID AND SHEIKH KHALID YASSIN CONFIRMED??? WELL LISTEN TO THIS:!!!
Diikuti oleh video bacaan Darwisya Surah Muhammad bermula dari ayat Innallah hayudkhilul.. yang bermaksud Sungguh! Allah akan memasukkan.. kemudian diakhiri dengan kata-kata ber…

Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran.

Jika kakaknya, Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun 8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwis…

Surah Al Mulk

Nota Tentang Fadhilat Surah Al Mulk :

1) Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk. (Riwayat Imam Ahmad)

2) Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba tiba(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga habis. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur. (Riwayat al-Tirmidzi…