Skip to main content

Surah Al Mulk


Nota Tentang Fadhilat Surah Al Mulk :


1) Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk. (Riwayat Imam Ahmad)


2) Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba tiba(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga habis. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur. (Riwayat al-Tirmidzi)


3) Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk. (Riwayat al-Tabarani)


4) Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu: Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan katanya:


Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.







Comments

Inna lillahi wa inna ilaihi raoji'un. Semoga Darwisya akan terus sembuh tanpa sebarang kesan pada kesihatan baik untuk jangka masa pendek atau panjang.

Sofiy juga dah beberapa kali jatuh terlentang dan terhentak kepala, harap lepas ni tak berulang lagi sebab dengar tangisannya saja dah tahu betapa sakitnya dia.
melankolia said…
erm..kesinnya kat darwisya..
Alhamdulillah dia dah sembuh..
semoga dia ceria semula...
Allah hu akbar...
semoga darwisya cepat sembuh ye, dan semoaga diberikan kesihatan berpanjangan.
Last friday, adam pun terjatuh sbb main atas bantal guling. klu wisya jatuh terhentak dibhgn kepala blkg tp adam dihadapan. terus keluar darah tru hidung and batuk3 berdarah. tp alhamdulillah, dah recover

semoga, anak-anak kita diberi kesihatan berpanjangan.
Aimmie Qistina said…
akak, insyaAllah Allah akan pelihara selalu Darwisya
alhamdulilah dah sihat dah..
kalau masih ragu2 bolehla bawak scan...
amirah said…
saya pun sgt2 risau..semalam anak saya pun jatuh belakang kepala terhentak..menangis kuat..mesti sakit punya..bila jadi macam tu, seluruh badan menggigil, rasa mcam hilang darah sekejap..saya rasa ibu darwisya apatah lagi ye..sebab hidung berdarah..kalau lebih risau lebih baik tanya pendapat pakar..semoga anak-anak kita dijauhkan dari perkara-perkara yang berbahaya..
Lina said…
Alhamdulillah Darwisya sudah sihat. Mungkin badan kanak-kanak trauma selepas kejadian menyebabkan adanya tindakbalas jangka pendek oleh badan mereka seperti hidung berdarah dan sebagainya. Nampaknya dia sudah seperti sedia kala.

Harap anak-anak kita dipelihara oleh Allah dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang prihatin.
AzharAzfar said…
bagus la dah sihat..alhamdulillah...

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara