Skip to main content

Aiskrim atau Makanan Sunnah?

Untuk anak-anak saya, kedua-duanya pun boleh. Tentang makanan sunnah, pada minggu lepas kebetulan stok kebanyakkan bahan-bahan untuk resepi kehabisan untuk membuat batch yang baru. Maka, pada hari berikutnya saya ke Kompleks PKNS Shah Alam. Selalunya saya beli di Tesco Shah Alam. Sekadar sesiapa yang beritahu saya, dah puas carik tapi tak jumpa.. di bawah ini gambar kedainya. Macam-macam ada..



Ni dia... papa belanja makan aiskrim. Selalu saya yang suapkan bergilir-gilir takut aiskrim habis ke baju, tapi kali ni, kami bagi rasa adik beradik ni pegang sendiri. Asyik masyuk nak menghabiskan aiskrim. Mc D? Oh..bukan! Dah lama saya boikot Mc D.

Emm..
Gerammnya..



Dah makan aiskrim, ajar adik beradik ni buat keje sikit. Tolong cuci dan ganti air akuarium. Satu aktiviti riadah yang bermanfaat untuk membangunkan sikap kebersihan dan sayangkan binatang peliharaan pada kanak-kanak.



Oh ya.. sebelum saya terlupa, Darwisya telah dijemput untuk melakukan bacaan hafazan sebelum Ceramah Agama di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Ampang Jaya, Selangor pada Jumaat, 16/4/10, jam 8.00 malam.

Saya jemput sesiapa yang berada di kawasan berdekatan untuk menghadirkan diri bersama dengan anak-anak untuk bersama dengan Penceramah Ustaz Kazim Elias Al Hafiz.







Comments

lina said…
Insya Allah walaupun agak jauh saya cuba usahakan.
dilazrin said…
Salam Pn. Lina,

Pertama: Sy ucapkn terima kasih krn sudi dtg ke Luncheon Talk yg INMIND anjurkan tempohari di Holiday Inn Glenmarie.

Kedua: Tahniah ya kerana berjaya mendidik anak2.

Ketiga: Sy tidak berkesempatan tuk pergi ke majlis ilmu tu. Harap Pn. Lina dapat ceritakan pd n3 berikut ya...

Terima kasih... :)
Lina said…
Salam Puan Dilazrin,

Alhamdulillah.. Berjumpa kita di luar dan didalam blog. Terima kasih kerana singgah..
luvmum said…
salam saya baru jer tau pasal blog ni dan saya minat sgt nak tau lebih lanjut tentang pemakanan dan cara2 mendidik anak menghafaz..leh saya dptkan email akak..tq
DeLLa said…
Salam Pn Mazlina...

sy baru baca Hmetro hari ni dan sy betul2 kagum dgn puan sekeluarga..tahniah dari sy..dan sy rasa amat terharu membaca artikel itu. semoga sy dapat mengikuti jejak langkah puan dlm mendidik anak2...keep up good work..ddk shah alam dimana?sy di sec 7.terigin sggh nk bertemu
RAFIDAH said…
jikalau ada keluaran vcd puan beritahulah dalam emel.dalammetro pun tak tahu adakua ttg adik wisya..anyway tahniah adik wisya
laini said…
salam kenal..suka dengan blog akak..

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...