Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal 30 surah terakhir tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Seterusnya boleh guna alquran sahaja. Hinggalah satu hari skill ini semakin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.
Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Ini adalah kerana Adik Ahmad Saud tiada punya bacaan surah-surah lain selain 30 surah terakhir tersebut. Apa pun caranya tetap sama untuk melatih kanak-kanak menghafal.. MENDENGAR, MEMBACA sehingga lancar, dan kemudian baru MENGHAFAL.
**Ini adalah Kaedah yang saya gunakan pada pertama kali pada Darwisya. Selepas itu adalah sedikit perubahan sana-sini apabila mengaplikasikannya pada Darwish kerana anak lelaki dan anak perempuan tidak sama cara belajarnya.Untuk mengetahui lebih terperinci akan kaedah yang saya gunapakai, saya ada melakukan kursus untuk ibu-ibu yang berminat.. Untuk maklumat lanjut, sila lawat

11 comments:
Dua cara yg bagus utk mendidik anak kecil krn anak2 sgt mudah utk menangkap apa yg diajar dlm usia ini..
Tahniah atas usaha puan mengajar anak2 menghafal al-quran dgn berdisiplin..
Jazakillah atas segala tunjuk ajar dan penjelasan.. TAHNIAH atas keputusan memilih saham akhirat dan selamat maju jaya buat Darwisya di alam persekolahan.. Moga suatu hari nanti diizinkan Allah untuk bertemu di alam maya..
boleh tahu ada jual ke kaedah al huffaz ni bagi melatih kanak2 menghafaz
Ya, ada jual di pasaran biasa. Di internet saya tak pasti pula.
tahniah.. bangga saya puan khususnya dan anak2 puan amnya.. agak susah utk saya praktikkan kpd anak lelaki saya yg berumur 2 tahun.
tahniah.. bangga saya puan khususnya dan anak2 puan amnya.. agak susah utk saya praktikkan kpd anak lelaki saya yg berumur 2 tahun.
Salam Puan AnaMareyana. Memang sukar, sebab itu saya tekankan kesabaran dan konsistensi dalam mengajar anak2 umur begini. Saya harap puan jangan putus asa. Usaha luarbiasa akan melahirkan hasil yang luarbiasa. InsyaAllah..
SALAM.SKG NI SAYA DOWNLOAD KE HP.MEMG ANAK SAYA SUKA MENDGR LAGU2DLM HP.SENANG UNTUK MENDGR.
SURAH HUMAZAH DAH DPT HAFAL PUN.
UNTUK KAEDAH HAFAL MAKSUD PUAN KITA BIASAKAN MNEDGR DULU YER.KENA IKUT KAEDAH HUFFAZ KE.MANA NAK DPT YER.WALAU TAK LANCAR MEMBACA QURAN BOLEH YE KITA TRUSKAN MENGHAFAL
Salam Ummuarif,
Takde salahnya menghafal sebelum membaca. Dengan hanya mendengar kita boleh menghafal. Seperti kita mendengar lagu yang sama di radio setiap hari sehingga boleh hafal, begitu juga dengan surah2 pendek. Cuma, kita perlu perhatikan apa yang mereka hafal adalah bacaan yang betul. Kerana kadang-kadang telinga boleh menipu. Kelebihan membaca adalah ia membantu kanak2 memastikan apa yang mereka dengar adalah betul seperti yang tertulis. Secara tidak langsung ia memudahkan kita menyuruh mereka menghafal surah2 yang panjang yang sukar dihafal jika hanya dengan mendengar sahaja.
salam puan lina,
saya nak tahu adakah kita kena kenalkan huruf2 hijahiyah, baru boleh mula ajar menghafal?
bila rasanya waktu yang sesuai mengajar anak saya menghafal dan mengaji?
KAEDAH YG BAGAIMNA PUAN AJAR KETIKA ANAK UMUR SETAHUN LEBIH MENGAJI FURQAN.
SKG SAYA TGH MENGAJAR ANAK UMUR 3THN LBIH GUNA FURQAN MEMG OK DAN INGATLAH.ADIK YG KECIK PUN SUKA MAIN CARD ABG DIA CUMA DIA KENAL SATU HURUF JE.
PUAN MENGAJAR ANAK WAKTU MLM KAN,
BAGAIMANA DARWISYA BOLEH MINAT MENGHAFAL.
ANAK SAYA NAK MENGHAFAL PAYAH DAPAT,KDG ADA JUGAK FAKTOR MLS TU PYH
Post a Comment