Skip to main content

Imam Mahdi



Tajuk yang amat menarik. Siapa yang tidak pernah dengar tentang Imam Mahdi? Semua orang Islam menunggu kedatangannya. Lebih-lebih lagi bila Islam makin ditindas tanpa belas dan perikemanusiaan. Melihat berita baru-baru ini tentang kapal Rachel yang ditawan oleh Israel dan berlakunya pembunuhan mereka yang tidak bersalah meninggikan lagi kemarahan umat Islam. Apalah yang kita boleh lakukan selain dari marah? Kedatangan Imam Mahdilah yang akan menebus segala apa yang kita lalui sekarang ini. Dia akan membawa kemenangan dan kegemilangan pada Islam nanti. InsyaAllah masanya makin hampir.

Siapakah Imam Mahdi telah disepakati dari Hadis Sahih bahawa beliau adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Oh ye, saya sentuh tentang Imam Mahdi kerana kebetulan pada satu hari saya membeli stok VCD ceramah Ustaz Kazim yang terbaru di tempat yang saya selalu kunjungi. Bila saya lihat salah satu VCD tersebut, ianya ada gambar anak saya. Rasa tak pasti dan tak percaya. Bila baca namanya dan umurnya, saya confirmlah itu anak saya. Rupanya bacaan hafazan Darwisya membacakan hafazan Surah Muhammad di kuliah Ustaz Kazim yang lepas telah divideokan sebagai 'bonus clip' untuk VCD yang diberi judul 'Imam Mahdi'. Memang kenalah Surah itu dengan judul tajuk kuliah tersebut.

Sebenarnya dalam VCD kuliah tersebut Ustaz beberapa kali (mungkin dalam 3 kali) memanggil anak lelaki saya, Darwish (baru masuk 2 tahun) untuk membacakan bacaannya. Bagi saya darwish masih tidak bersedia tetapi bagi Ustaz dia sudah boleh kerana Ustaz pernah melihat Darwish membaca surah Sabbihis bersama kakaknya sehingga habis. Tapi apalah yang nak dilihat jika bacaannya hanya hujung-hujung sahaja walaupun sehingga habis surah tersebut. Maka saya 'sekat' Darwish dari membuat 'persembahan solo' yang pertamanya. Menangis dia nak mengikut kakaknya membaca hafazan dalam masjid hari tu. Rasa bersalah pula saya.. Janganlah sedih sayang. InsyaAllah masanya akan tiba tidak lama lagi.




Seperkara lagi, saya ingin memaklumkan bahawa Darwisya akan membuat persembahan di Ipoh Perak di Majlis Ulangtahun Al Barakah yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir. Saya difahamkan Forum Perdana juga akan diadakan di sana nanti. Surah yang akan dibaca Darwisya pada kali ini adalah Surah Al Waqiah dari ayat 1 - 96. Memang kebetulan saya sedang mengajarnya menghafal surah Al Waqiah semasa mendapat jemputan dari Ustaz. Maka surah itulah akan dibacanya nanti. Saya ingin mengambil kesempatan di ruangan blog saya ini untuk memanjangkan jemputan Ustaz kepada pembaca blog yang berminat untuk menghadirkan diri di Majlis tersebut bagi meraikan Ulangtahun Pusat Pendidikan beliau sambil menyaksikan Darwisya, 3 tahun 8 bulan membacakan Surah terpanjang dalam hafalannnya setakat ini, iaitu Surah Al Waqiah. Sila rujuk blog Al Barakah yang diberikan di entri sebelum ini untuk maklumat tentang majlis tersebut.








Comments

tahniah utk darwisya, siap ada nama pada cd tuh. semoga jadi anak solehah yer. kak, terima kasih atas perkongsian ini. semoga saya juga berjaya mendidik anak seperti akak..
maya-life said…
tahniah...smlm ada baca kt paper metro ttg Darwisya...
Unknown said…
Assalamualaikum puan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan tahniah atas kejayaan mendidik anak2 membaca alquran. Semoga usaha puan diberkati oleh Allah. Saya ada 2 orang anak, yang sulong perempuan (3thn 8bln) dan yang ke2 lelaki (2thn 3bln). Persoalan saya, bagaimanakah cara untuk membuat acuan makanan seperti yang disediakan oleh puan memandangkan anak saya jenis yang susah untuk makan (banyak minum susu). Apakah susu formula yang terbaik untuk perkembangan anak-anak?
dilazrin said…
Salam Pn. Lina, wah Darwisya & Darwish masuk paper Metro Harianlah... Tahniah ya krn telah mjadi semangat bagi ibu2 yg ingin bayi / anak mrk tinggi ilmu pengetahuan dunia juga akhirat... :)
Lisa Hz said…
salam akak. lisa here :) i read yesterday's harian metro regarding ur brilliant kids and my good friend gave me ur blog address. trima kasih bnyk2 for sharing these good infos. by the way i'm a new mother, of a son named faheem darwish. excited sekejap ble baca paper smalam. hehe. anyway, looking forward to read more at ur blog. Take care! :)
nurain muhammad said…
Tahniah buat darwisya, memang tidak d nafikan ajr anak2 dr usia awal sangat berkesan. Anak saya pun usia 3thn da hafal 9 surah2 lazim. Skrg dia da 4thn da hafal yasin ayat 1-29. Otak budak ibarat sponge meresap dan menerima ilmu. http://www.youtube.com/user/ainwali#p/u/0/8rLej_HgVW4
PINATBATE said…
Salam Tahniah Darwisya

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...