Skip to main content

Perasmian Saluran TV Kartun Kanak Kanak Berbahasa Arab

Telah beberapa hari saya berfikir bagaimana hendak mengajar Bahasa Arab pada kanak-kanak yang bukan umur boleh hantar pergi kelas Bahasa. Saya cuba beberapa kali mengajar mereka sendiri tapi ia agak perlahan kerana saya 'mengajar' vakabulari benda dalam bahasa tersebut dan bukannya 'berkomunikasi' dalam bahasa tersebut. Perkembangan ini tentu saja sangat perlahan. Saya berkata sendiri bahawa tentu ada cara lain yang lebih mudah dan cepat untuk kanak-kanak sebaya umur 3 tahun ke bawah ini. Saya boleh dikatakan begitu serius untuk mengajar anak saya bahasa ini kerana saya sentiasa teringat akan pengorbanan ibu Imam Shafie untuk mengajar anaknya Bahasa Arab. Ibu Imam Shafie dan anaknya berpindah ke kota Mekah (suami telah meninggal sejak Imam Shafie kecil lagi) dengan harapan untuk belajar Bahasa Arab Tulen. Setibanya di sana beliau dapati kota Mekah telah dipenuhi oleh pedagang dari serata pelusuk dan bahasanya telah bercampur baur menyebabkan ibu Imam Syafie kecewa dan membawa anaknya berpindah sekali lagi ke pedalaman Mekah. Disitulah mereka tinggal dan secara tidak langsung anaknya dapat belajar berkomunikasi dengan orang kampung tersebut dalam Bahasa yang dia kehendaki. Sungguh pentingnya bahasa membentuk budaya dan pengetahuan. Ibu Imam Shafie memang seorang yang bijak kerana mengambil berat tentang bahasa kerana dia tahu itulah kuncinya untuk menjadikan anaknya berilmu dan bijak seperti yang kita ketahui. Seorang wanita tanpa suami sanggup merentas padang pasir yang luas dan gersang bersama anak kecilnya untuk mengajar anaknya berBahasa Arab Tulen. Pengorbanannya memang menakjubkan! Maka tiada siapa yang boleh mencemburui ibu Imam Shafie kerana mempunyai anak seperti itu. Saya mula berfikir apakah yang telah saya korbankan dan akan korbankan untuk anak saya bagi mempelajari bahasa tersebut. Tentulah tidak akan setanding dan sehebat pengorbanan beliau. Itulah yang menyebabkan saya tidak berhenti berfikir kerana saya tidak memulakan apa-apa lagi untuk apapun dalam menyedia atau merancang anak saya mempelajari Bahasa tersebut..

Satu hari sedang anak saya leka menonton kartun Dora, saya mendengar dia mengulang apa yang Dora tersebut katakan.. Abre, Por Favor, Hola, Uno dos tres, Vamanos, haciamo dan banyak lagi! Memang karton Dora akan mengajar beberapa perkataan asing untuk setiap siri. Tetapi hanya beberapa patah sahajalah. Oleh kerana saya mempunyai koleksi 3-4 VCD Dora, maka adalah beberapa perkataan asing tersebut. Bahasa apa ini? Saya rasa Bahasa Perancis kot? Bermakna selama ini tanpa saya sedari anak saya telah mempelajari bahasa ketiga! Minatnya dengan Dora hingga jika ternampak belon Dora dia akan meminta saya membelikannya. Jika nampak kedai kasut, dia minta saya mencari kasut seperti dora untuk dibeli. Sampai sekarang saya kata saya tak jumpa. Kalau letak beg sandang akan menyanyi lagu Dora 'Back Pack..Back Pack..Back Pack..'. Ini sama sahaja dengan anak lelaki saya yang mungkin jatuh minat kerana kakaknya atau kerana sendiri. Jika kartun Little Einstein, ikon kesukaannya adalah Annie dan June. Sebelum kartun keluar, lagu kebangsaan kartun tersebut 'The Rocket' akan dinyanyikan, anak saya akan menyanyikan lagu tersebut sambil berdiri dan melompat! Kuat betul pengaruh kartun! Apa yang berasosiasi dengan kartun yang diminati mungkin akan jadi minat anak tersebut. Contohnya bahasa, adab, baju, kasut, lagu dan sebagainya dan tidak lupa juga iklan makanan ringan antara selingan kalau di TV.

Pemerhatian dari sini yang boleh saya simpulkan kepada rancangan kartun dirumah bahawa apa yang diajar oleh ikon kartun adalah kuat pengaruhnya atas kanak-kanak. Jika kartun tersebut ganas maka kanak kanak menjadi ganas. Maka dengan itu saya ingatkan diri saya supaya pilihlah kartun yang ada 'moral of the story..' Jangan pilih kartun contohnya Doraeman kerana ia hanya mengajar anak kita berangan-angan dan tidak berusaha dengan cara yang betul, Jangan pilih kartun Garfield ia mengajar anak malas dan suka membuli, Simpson mengajar anak jadi kurang sopan dan sebagainya. Itu tak termasuk rancangan hiburan kanak-kanak yang secara phsycology mempengaruhi anak-anak bahawa hebatnya seseorang itu dimata umum kalau boleh menyanyi, menari dan menghiburkan orang lain. Maaf kerana contoh yang mungkin tidak up to date kerana saya dah lama tak tengok TV dan mengetahui cerita terbaru untuk kanak-kanak yang ditayangkan sekarang ini. Kalau dulu Bil Astro saya RM84 tiap bulan. Dah 3 tahun saya tak tengok TV rupanya. Untuk mendapatkan berita semasa saya dapatkan dari akhbar atau suami.


Berbalik tentang Bahasa Arab, sebagai pengetahuan,

1. Bahasa Arab ada 2 kategori : Bahasa Arab Fusha (Modern Standard Arabic atau dipanggil proper Arabic) dan juga Bahasa Arab Ammiyah contoh Bahasa Arab Dialek Mesir Moroko dll. Maka pilihlah Bahasa Arab Fusha. Maka kalau nak beli VCD atau buku dari luar negeri kena pastikan ia berbahasa Arab Fusha.

2. Kepentingan Bahasa Arab kepada penghafaz adalah ia memudahkan hafalan baru dan menjaga yang lama. Contohnya jika seseorang memahami bahasa Arab kesilapan salah sebut ayat akan berkurangan berbanding yang tidak mengetahui bahasa tersebut. Jika tersalah sebut maknanya akan terus jadi lain dan diketahui. Susun atur ayat juga boleh dijaga supaya yang bawah tidak disebut ditengah atau kejadian lompat ayat kerana telah mengetahui struktur susun ayat mengikut jalan ceritanya. Berbanding dengan orang yang tidak pandai berbahasa Arab, kesalahan menghafal mungkin tidak disedari hinggalah ada orang lain menyemak untuknya atau dia sendiri membaca pada quran tersebut.

Selepas menilai apa yang baru saya simpulkan ini saya telah membuat satu langkah drastik pada anak-anak saya... Nak tahu apa saya buat? Beli kartun Bahasa Arab yang dia suka. Nak tahu apa saya beli? Dora The Explorer, Barney Beach Party, Barney Great Manners, Little Einstein, Mickey Mouse Club House..

Bayangkan anak saya melihat semua ikon kartun kesukaannya yang boleh berbahasa Arab! Oleh kerana episod yang saya beli semuanya yang belum pernah mereka lihat maka mereka terpaku melihatnya berkali-kali. Saya pula mencucuk anak saya...

Saya : What a clever girl Dora is? She can speaks Arabic. Arabic is the language of the Quran!

Wisya : Is that mean she also Iqra n hafazan like wisya?

Saya : (Perlahan-lahan krn tak tau nak cakap apa dan takut nak menipu) Emmm.... maybe..

Selain dari cerita kartun kesukaannya, saya juga membeli VCD pendidikan Bahasa Arab Iftah Ya SimSim (Sesame Street versi Bahasa Arab), Al Manahel, Sindbad Treasure Chest dan lain-lain lagi. Maka dengan ini rasmilah pelancaran saluran baru TV berbahasa Arab untuk anak-anak saya.


Comments

ummu said…
Salam,
wah..bestnya..anak-anak belajar Bahasa Arab melalui kartun.Teringat dulu ustaz Bahasa Arab saya ajarkan kami cakap bahasa Arab melalui CD kartun arab yang dipasangnya.
KakLong said…
Salam,
tahniah kerana anda benar-benar berusaha untuk anak anda. boleh saya tahu kat mana nak dapatkan cd kartun dalam versi arab?
annanniey said…
salam..
sy pun nk tau kt mana sy blh dptkan VCD kartun dalan bahasa arab...harap blh kongsi...syukran
sabariah said…
salam,

bestnya anak2 akak bijak2..saya pun harapkan anak2 saya akan sebijak anak2 akak.

lagi satu cerita kartun yg best adalah TARIQ DAN SHIREEN...kartun arab..dia ajar bahasa arab sambil bercerita..best...

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...