Skip to main content

Pengaruh dan Peranan Televisyen dalam Pendidikan Anak-Anak

Dulu, saya tak ingat bila, saya bershopping di Tesco dan terjumpa buku Peter and Jane. Saya belek dan dapati ianya menarik juga untuk kanak-kanak baru mengenal huruf. Saya pun beli buku '1a' dan buku '1b' memandangkan anak saya ABC pun pada waktu itu baru dapat menghafalnya sampai habis. Untuk pengetahuan, saya tak mengajarnya ABC, dia yang menghafal dan mengenalnya sendiri melalui Video CD yang dilihatnya setiap hari (VCD Barney n Friends dan lain-lain). Cuma saya selalu ikut menyanyi lagu ABCnya kalau dia menyanyikannya ketika bermain bersama. Yang menyeronokkan saya, pada suatu hari anak saya sedang membelek buku Peter n Jane unit ’Ia’ dan membacanya dengan lancar! Alhamdulillah, dia dah boleh baca buku Peter n Jane unit asasnya iaitu '1a' sampai habis. Unit ‘1b’ pun boleh tapi agak tersekat di tengah buku kerana ianya sudah bermula perkataan yang panjang dan agak susah. Yang boleh saya kongsikan adalah, saya belikan VCD lagu mengenal huruf kaedah phonic untuk ditontonnya. VCD ni tak dapat di kedai jual CD/VCD biasa. Terbitan Al Amin Serve. Ada banyak VCDnya. Tapi saya cuma beli unit asas. Saya juga membeli set VCD readeasy phonics dengan set 8 bukunya yang harga tak sampai RM50. Apa yang ada ditonton di VCD dan apa yang di dalam buku adalah sama gambar dan hurufnya menyebabkan anak saya suka menyelak buku dan membacanya. Kita juga perlu rajin kalau pergi mana-mana tu contohnya selepas anak saya sudah mengenal huruf, jika saya memandu dan nampak signboard TESCO, saya akan tunjuk dan tanya dia huruf apa yang ada dan apa bunyinya dalam perkataan tersebut. Kalau nampak perkataan yang mudah dalam title akhbar yang tulis besar-besar yang sedang kita baca, kongsikan dengan dia. Apa pun, saya rasa bersyukur menjadi ibu zaman sekarang.. Ajar anak pakai TV dan radio paling banyak. Dari mengenal ABC sampailah dia boleh membaca. Boleh disimpulkan TV dan radio ni pembantu peribadi sayalah. Bukan sahaja mengajar anak saya membaca Quran sebelum umur 3 tahun, malah membaca bahasa Inggeris juga. TV memang boleh menjadi pembantu ibu bapa yang baik sebagaimana dia boleh menjadi musuh ibubapa yang teruk kerana boleh memasukkan unsur negatif pada anak kita. Terpulang kepada cara kita menggunakannya. Pernah saya lihat di kedai barangan runcit di sebuah stesen mengisi minyak seorang kanak-kanak menangis menjerit mahu ibunya membelikan 'sesuatu' yang selalu diiklankan di TV. Anak saya yang berumur 3 tahun pula cuma melihat dan bertanya 'What is in that thing mama?' Anak saya tak tahu pun makanan itu adalah junk food yang di sukai kanak-kanak zaman sekarang kerana tak pernah melihatnya di TV seperti kanak-kanak lain. Bukankah ini buktinya TV boleh menyusahkan diri kita sendiri bila anak-anak jadi begitu? Seperti yang telah saya perkatakan dibawah, saya akan mendedahkan anak-anak saya pada dunia sebenar televisyen. Tetapi setelah roh al quran di serapkan dalam hati mereka. Maka dengan itu fokus saya adalah untuk pendidikan alqurannya. Mudah-mudahan anak sulung saya dapat menghafal seluruh Juzuk Amma sebelum umurnya 4 tahun. Bila otaknya sudah terlatih, saya yakin pelajaran duniawi akan menyusul mudah sahaja untuk dia samada membaca Bahasa Inggeris, Malaysia, Matematik, Sains dan lain-lain.


Comments

maya-life said…
salam,boleh tahu tak kat mana nk dptkan madu manuka 20+? tq
Lina said…
Saya pun dah takde stok. Pakai madu biasa je skarang ni. Dulu saya beli di Australia. Untuk di Malaysia, mungkin boleh cari di Guardian Pharmacy.
Faeza Suhaimi said…
kagum dengan usaha akak dan pencapaian anak-anak akak.

terjumpa blog ni serba sedikit beri ilmu advance utk sy.

sblm berumah tangga dan ada anak, baik sy baiki diri sy dulu.

Jazakillah :) Syukran.
Unknown said…
puan mohon perkongsian, trm kasih...semoga diberkahi selalu, Amin...

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara