Pada 5 Mac 2010 bulan ini, genaplah 2 tahun umur Darwish Adrian, anak lelaki saya. Tentang anak saya yang sedikit nakal ini, dia masih belum boleh bercakap pada umur 2 tahun! Sebutan setiap perkataannya 'masih hanya hujung-hujung perkataan sahaja'. Kalau dia bercakap dengan saya, saya boleh meneka apa yang dikatakannya, tetapi kalau dia bercakap dengan orang lain, mereka akan menggaru kepala. Boleh dikatakan kedua-dua anak saya jenis yang lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain. Seperti anak saya yang sulung, saya tidak menunggu anak saya hingga dia pandai bercakap untuk mengajar mereka. Minggu lepas, saya mencuba untuk mengajar dengan buku Al Furqan (Buku 1). Oleh kerana dia sudah mengenal huruf, pembacaannya boleh dikatakan lancar. Alhamdulillah sekarang dia sudah pun ke mukasarat 23 setakat hari ini. Ingin saya kongsikan pada ibubapa, walaupun saya katakan anak saya ini nakal, bila di sebut 'Darwishh.. come iqra with mama!', kalau dia sedang bermain, dia akan me...
Darwisya Adrianna & Darwish Adrian