Alkisah selepas artikel anak saya keluar di akhbar-akhbar tempatan, maka ramailah yang berbincang tentang anak saya. Peluang yang pelik yang saya rasa tidak ramai ibu-ibu lain dapat rasakan adalah mendengar orang lain memberi pandangan tentang anak kita tanpa mereka tahu bahawa kanak-kanak yang mereka bincangkan itu adalah anak kita! Bagi saya itulah pendapat yang jujur dari pandangan mereka kerana tidak mengenal dengan sebenar tentang diri saya. Banyak yang memuji dan ada juga yang menyindir. Apa pun, kita tahu itu memanglah telah menjadi lumrah. Pandangan masyarakat tentang sesuatu perkara yang sama memang berbeza-beza dan tidak akan pernah sama. Antara pandangan 'risau' dengan cara didikan saya adalah.. 'Bukannya kemana budak ni nanti kalau pandai hafal satu quran pun' 'Kesian budak tu, hafal sifir atau formula matematik lagi berpekdah..' 'Budak ni sure lebih2 pun jadi ustazah je nanti' 'Harap-harap maknya sekolahkanlah budak ni nanti.....
Darwisya Adrianna & Darwish Adrian