Kali ini saya ingin bercerita tentang apa yang terjadi pada anak-anak saya pada beberapa hari yang lalu. Ceritanya.. sebelum ini, Darwish telah berkali-kali memujuk saya untuk menghantarnya ke kelas Taekwondo. Kebetulan kelas Taekwondo itu berada berdekatan dengan dewan yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Oleh kerana saya ini lahir dari keluarga yang lebih senang dengan sifat berlemah lembut dengan orang lain, dimana walaupun adik beradik saya 8 orang kesemuanya, tiada seorang pun yang pernah ke kelas Taekwondo atau yang seangkatan dengannya. Saya tidak pernah mengenal dunia itu, maka, saya tidak berapa mengendahkan permintaannya selama ini. Apa lagi dalam minda saya, ianya adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya kelihatan seolah menggalakkan kanak-kanak menjadi lebih ganas! Pada suatu hari di kolam renang, selepas Darwish dan Darwisya menghabiskan masa yang agak lama berenang, sambil saya dan suami berbual di tepi kolam tersebut, mereka pun mahu naik. Tiba-...
Darwisya Adrianna & Darwish Adrian