Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Diari Madinah dan Mekah Bersama Darwish dan Darwisya

Alhamdulillah sekarang ini saya dalam perjalanan ke Mekah dari Madinah. 2 hari di Madinah meninggalkan pelbagai kenangan. 2 hari saya dapat bersolat di Raudhah. Anak anak saya juga berpeluang bersoIat ditempat impian semua manusia yang menjejakkan kaki ke Tanah Madinah ini iaitu di Raudhah. Kali pertama saya ke Raudhah adalah tanpa anak saya. Saya rasa seperti dapat bersolat tetapi sambil ber'silat'. Terpaksa menahan diri ketika solat kerana rempuhan orang ramai. Ada yg menangis kerana tidak tahan ditolak himpit, ada yg terjatuh dan terpijak menyebabkan saya takut untuk membawa anak saya. Saya juga telah dinasihatkan oleh muttawif utk tidak bersama dengan anak jika mahu ke Raudhah. Namun atas desakan anak2 saya, keesokkannya saya membawa mereka masuk dgn memberi mereka gambaran akan keadaan disana terlebih dahulu. Ya, mereka masih mahu ikut walaupun saya telah ceritakannya. Saya suruh mereka berjanji untuk kuat dalam asakan dan jangan menangis kerana jika menangis, saya akan...