Skip to main content

Bolehkah kanak-kanak diajar hingga dia mampu Membaca al Quran sebelum umurnya 3 tahun?



Anak perempuan saya diatas berumur 2 tahun 8 bulan. Saya masih mengajarnya tajwid. Maka dengan itu bacaannya tidaklah sempurna lagi. Sebutan makhrajnya telah sempurna dan dia sudah tahu mana yang perlu dibaca panjang dan mana yang perlu dibaca pendek. Cuma kiraan harakatnya yang agak tidak betul. Apapun, yang ingin saya paparkan disini adalah hakikat sebenar bahawa

a) Kanak-kanak boleh membaca quran sebelum umur 3 tahun.
b) Membaca al Quran boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Lihat sahaja video diatas, anak saya sendiri yang mahu memperdengarkan bacaannya untuk muka surat seterusnya kepada saya.

(Ada yang mengatakan apa yang anak saya baca adalah muqaddam, ada yang mengatakan ia adalah Juzuk Amma. Apapun namanya, ia adalah antara surah surah terakhir dalam al Quran)


Comments

noor said…
Salam. tahniah puan, sejuk hati saya mendengarnya
Adniksda said…
salam,
tahniah..kagum saya melihat video ni..
puan ajar menghafal atau anak puan dan kenal huruf ni?
Lina said…
Saya mengajar anak-anak saya mengenal huruf dulu kemudian menghafal... atau mungkin serentak tapi tak perasan pasal selalu buka vcd mengaji tu utk mereka dengar..
fieda said…
ASKM...COMEL..COMEL..N SNGTTTTT COMEL..!! HEHEHEH...
TAHNIAH KAK LINA, SY AMT KAGUM DGN AKK. TERUSKN DGN INFO2 BERNAS UTK KAMI SBG PANDUAN YE..

Popular posts from this blog

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:



1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam diraka…

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad.

Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun.

Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Arabi…

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada. 

Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di http://www.islamicparentingnetwork.net/

Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini. 

NamaEmail