Skip to main content

Darwisya, 3 tahun, Akan Menduduki Ujian Penilaian Akademi Darul Huffaz

Pada awal bulan ini, saya dan suami telah pun berjumpa dengan guru yang akan mengambil alih tugas menyempurnakan bacaan Al Quran anak saya iaitu pengasas Akademi Darul Huffaz, Ustaz Al-Fadhil Sheikh Lokman Shazly Bin Dato’ Seri Zaharin bersama isteri beliau Al Hafizah Puan Hajah Fatimah.

Semasa mendaftarkan diri sendiri dan anak saya ke akademi ini, anak saya telah melalui ujian penilaian dengan membacakan surah yang dikehendaki didepan ustaz. Bagi saya, anak saya ni pemalu orangnya. Tapi tak sangka pula dia boleh membaca dengan selambanya didepan Ustaz yang sangat baru dikenalinya. Alhamdulillah Ustaz Sheikh Lokman nampaknya berpuas hati dan mengatakan mungkin dalam satu dua bulan lagi bersama akademi bagi membetulkan beberapa perkara, anak saya boleh menduduki Ujian Penilaian Akademi untuk Sijil Hafazan 30 surah terakhir. Sebenarnya saya segan juga kalau ustaz nak menguji bacaan saya selepas anak saya habis membaca. Mungkin selepas saya menjawab soalan ustaz bahawa saya yang mengajar anak saya mengaji, dia boleh agak-agak yang saya pun sikit lebih kurang macam tu jugalah bacaannya. Maka, saya teruslah di terima masuk tanpa apa-apa ujian. Fuh..lega! Hehe..

Saya tak tahu yang akademi ni sijilnya diperakui oleh JAKIM dan JAIS. Kalau tidak diberitahu, saya pun tak tahu kerana saya pun bukan kisah sangat asal ada orang sudi terima anak saya sebagai pelajarnya. Seperti yang saya ceritakan, bukan senang nak cari tempat belajar untuk budak umur bawah 3 tahun.. Ke hulu, ke hilir saya bertanya. Syukur saya ditemukan di tempat yang bagus.


Satu lagi yang saya rasa ramai yang tak tahu, kerana saya pun baru tahu selepas pergi ke Akademi ini baru-baru ni... sesiapa yang anaknya sudah menghafal 1 juzuk alquran, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) akan memberi elaun bulanan sebanyak RM150 sebulan kepada kanak-kanak atau pelajar tersebut. Saya rasa selain dari menjadikan kanak-kanak itu celik al Quran, ia juga boleh dijadikan tabungan untuk kanak-kanak tersebut. Paling tidak pun, kalau yang kurang mampu, ia boleh digunakan untuk keperluan persekolahannya bila dia bersekolah nanti.


Saya rasa, tidaklah menjadi satu kesilapan jika saya buat kesimpulan sendiri bahawa tujuannya adalah untuk menggalakkan ibubapa mendidik generasi pelapis masyarakat yang akan datang dengan al Quran memandangkan masalah/gejala sosial remaja Melayu yang semakin meningkat di negara kita. Mungkin para pemikir di Jabatan Agama Islam berpendapat dengan imbuhan seperti ini dapat menggerakkan ibubapa bersama-sama berusaha kearah mencapai tujuan mereka bagi mengurangkan masalah ini. Wallahua'lam. Saya sekadar memberitahu..


Comments

Assalamualaikum..
tahniah kerana berjaya mendidik anak2 dgn jayanya mengaji Alhamdulillah:)

Salam perkenalan dr saya...http://mylifesoulself.blogspot.com/..Nonie:)

Teruja campur terharu n syukur saya jumpa blog nie..harap2 byk lagi perkongsian dpt diberikan..
Unknown said…
Salam. Terima kasih kerana mewujudkan blog ini dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Moga semua anak-anak di dunia ini juga dapat dididik seperti Darwish dan Darwisya.
sol said…
salam.
what a beautiful thought. terharu saya baca. terima kasih sudi kongsi pengalaman. salam perkenalan.

soliha :)
intan_blur said…
salam...tahniah saudari kerana bjaya mendidik anak..blog nih telah mengajar sye bayak perkara..tp ank intan mcm x yakin yg dia nak ikut ckp intan...sbb dia suka melawan..tu yg pening...sila tingglkan jejak kat blog sye ye.
at least..sye nak tau mcm mane nak didik hati ank2 bia jd lembut..

http://myblog-hanie.blogspot.com
Lurvepu3 said…
Assalamualikum...
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dgn para2 ibu di sini...
Hope dapat buat untuk bby dalam masa terdekat ni..

Mohon keizinan dari Puan,untuk membuat link direct ke blog puan..dan serba sedikit petikan diambil dari akhbar metro pada 16 jun 2010.

Ini bagi penjualan E-reading dalam bahasa English dan Bahasa Cina...

Ini adalah contoh barg yg ingin dijual di blog saya..
http://www.e-readbook.com/images/flashYDB/disney/DflaYDB.htm

terima kasih dari saya
Ummi Hanie said…
Salam, masyaAllah... sgt kagum dan jealous (jeles utk kebaikan takper kan...)

nak sangat ada anak yg menghafal Quran seawal usia ank2 puan :)

FYI, Ustaz Lokman tesebut adalah kenalan ayah dan suami saya, manakala isterinya pula kawan saya sendiri dan kami pernah belajar bersama-sama di sebuah madrasah tahfiz... :)

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt