Skip to main content

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:



1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil. Ayat awal dari surah inilah yang melembutkan hati sekeras-keras manusia yang bernama Umar Al Khattab, sebelum beliau memeluk Islam. Surah yang baik untuk melembutkan hati anak kita supaya suka akan Al Quran. Jika diteruskan ayat tersebut... hingga ke ayat 28, ianya adalah ayat penerang hati.. Doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan dan kelancaran bertutur. Jika diteruskan satu ayat lagi ianya baik jika kita mempunyai anak yang lebih dari seorang. Pada ayat ke 29 ini, Musa berkata..""Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku"  Semoga anak kita sentiasa berbaik dan membantu antara mereka. InsyaAllah mereka tidak cemburu atau iri antara satu sama lain.




Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..



Emm.. My favourite!




Ni suapan yang ketiga ni!

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!










Comments

sofea said…
puan...habbatus sauda dan Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo tu jenama ape ye...thankss
Lina said…
Salam Puan Sofea,

Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo tu Jenama Mayfirst. Satu jenama ni je yang ada di pasaran. Yang lain tu, macam2 jenama. Yang tiada jenama pun ada. Kalau puan click pada gambar tu, ia akan dibesarkan dan puan akan nampak nama brand tersebut.
mila.ibunajihah said…
Salam,

terima kasih di atas perkongsian ilmu :)
sofea said…
lps dh bleng tu campur semua la ye? xyah masak ek?
Ummu Darwisyah said…
salam , buah badam tu nak goreng dulu or just macam tu dan diblender..
Ummu Darwisyah said…
salam,buah badam tu digoreng dulu or terus blender..suka baca entry akak.
Lina said…
Salam Sofea,

Ya, campur semua. Tak perlu masak. Nanti takut segala bahan aktif yang baiknya hilang. Terutama minyak ikan tu..
Lina said…
Salam Ummu Darwisyah,

Macam nama anak saya pula.. Tentang kacang badam tu, saya beli dah boleh buka terus makan. Maknanya dia dah digoreng lah. Saya beli kat gerai dalam Tesco hari tu. Satu bekas macam dalam gambar tu harga RM15.
sofea said…
puan...
bagaimana dengan minyak zaitun yg digunakan utk masakan tu...ade yg extra virgin, virgin olive oil yg boleh didapati di mana2 pasaraya...x sama ye kualitinya?
Lina said…
Daun Zaitun dan Minyak dari Buah Zaitun ni macam daun betik dengan buah betik. Daun betik utk org kencing manis dan darah tinggi tapi buah betik utk melawaskan. Dua2 ada kebaikkan tetapi berlainan fungsi. Rasanya begitulah..
Umiey said…
salam, bestnya bc ttg ank puan, saya sdg mengandung 6 bln..bleh x sy sendiri amalkan utk baby dlm kandungan? apa pendapat puan?
Lina said…
Salam Umiey,

Bagus amalkan pemakanan yang baik semenjak bayi dalam kandungan. Zat yang kita makan akan jadi makanan mereka juga. Tapi terpulang kepada individu. Saya lebih suka makan telan dengan air kosong je omega 3 tu masa saya hamil dulu, kacang badam saya suka makan jajan macam tu je. tak yah blender2. Janji sampai kat baby..
terima kasih ats perkongsian ilmu. saya baru mengenali blog puan. kagum sgt dgn semangat puan mendidik anak sbg generasi al-Quran. saya juga bercita2 begitu utk anak2 saya. saya follow blog puan sbg pengutip ilmu...terima kasih!
Lina said…
Salam Puan Hafizah,

InsyaAllah.. Sama-samalah kita berdoa semoga anak kita menjadi orang yang membawa banyak kebaikkan pada agama dan masyarakat.
Unknown said…
seronoknyee baca blog puan...byk memberi panduan dan pengajaran untuk ibu2 muda mcm saya...TQ VM...kerana sudi berkongsi ilmu. keep it up yer good work...:) ermm..yg madu manuka tu jenama ape ye?
kat mane puan beli?
ummu syaheedah said…
salam..
dah lama sy cari cara utk hafalan anak2..
bole pm saya utk detail discussion?
ruhul_jadid07@yahoo.com
013-4921848
Lina said…
Salam Mine..

Manuka Honey tu beli kat Australia hari tu. Lepas habis tu saya pakai Ginger Honey dari Mayfirst.
Lina said…
Salam Puan Ummu Syaheedah..

Puan boleh email saya di lina.cimaagro@gmail.com
Salam Puan..Sy sgt brminat ngan resepi nih,Trma ksh sbb sudi brkongsi resepi yg brkhasiat sprti ini..Sy nak tanya bau mnyak ikan ni kan agak kuat,resepi ni ada bau mnyak ikan tak..??10Q 4 info..
Lina said…
resepi ni tiada langsung bau atau rasa minyak ikan langsung. Selamat mencuba!
RAFIDAH said…
<salam perkenalan,
<nak tanya mcm minyak ikan tu ada <jual dalam kapsul kan,xslap hpa <ada jual tapi blum jumpa g.

<habbatussauda tu yg jns mcm mana <yg kita buat air tu ke.
Lina said…
Minyak ikan saya beli di farmasi2 guardian. Beli yg kandungan dha nya tinggi. kalau rendah, kenalah letak lebih. Cari yg molecularly distilled utk elak merkuri. Saya tak pasti hpa ada jual atau tidak. Habbatus sauda saya guna yg serbuk.
Mummy Nadirah said…
Salam,

Saya letak entry ni dalam blog saya ye :-) It's truly inspiring! Keep it coming kay!

Azie
Lina said…
Mummy Assie,

Visited your blog too! Nice n lots of info. Thanks for sharing it..
masez said…
Salam Puan...

habbatus sauda dgn buah tin tu jenama ape ye?

thank..
Zaidah said…
salam puan...saya ucapkan tahniah untuk puan kerana dapat mendidik anak bleh menghafal dalam umur 3 tahun...teruja saya...bleh tak klu saya ambik resepi puan untuk saya postkan dalam n3 saya..just nak berkongsi ilmu ngan blogger yang lain terutama yang ade anak2 mcm saya...:)
RAFIDAH said…
bagaimana dgn suarah toha yg puan ajarkn tu,adakah dibaca pd bahan2 bend atau air minuman ank2
Lina said…
Salam Zaidah.

Please proceed.. Artikel saya memang untuk dikongsikan untuk semua.
Lina said…
Surah Taha dibacakan pada air pun sudah mencukupi. 90% badan kita mengandungi air. Bagus jika air dikandung dalam badan anak kita adalah air yang mempunyai unsur kebaikan pada jiwa dan hati mereka.
RAFIDAH said…
salam yg daun zaitun tu ,puan lina letak sedikit je kan dalam bhn2 blend selebihnya ,saya pun boleh minum kan,
Lina said…
Ekstrak daun zaitun saya letak banyak juga. Ada stengah botol rasanya. Orang dewasa macam kita, boleh makan direct je.
wahidah said…
Salam Puan Lina, saya ni new follower blog Puan...tahniah kerana dikurniakan insan seperti Darwish n Darwisya..saya ada 2 soalan tntg resepi ni...
1) mcmn rupa@tekstur resepi ni...lembut ke berketul
2) kalau ekstrak daun zaitun diganti dgn minyak zaitun,akan dpt rasa yg sama tak dgn resepi puan
ummi muaz said…
tahniah di atas perkongsian ilmu..sy dah lama mencari resepi yg sesuai utk minda anak2 ..kerana anak kurang minat makan buah kurma dan kismis.
Lina said…
Salam Puan Wahidah,

Saya tak pernah pula cuba letak minyak zaitun digantikan dengan ekstrak daun zaitun. Tentu saja rasanya akan jadi berbeza kalau ikut logik akal. Yang satu dalam bentuk minyak dan yang satu lagi adalah bentuk air. Kegunaan juga adalah berlainan. Minyak zaitun terkenal dengan kandungan lemak tak tepu dan daun zaitun pula tidak ada sebarang lemak dan mempunyai kandungan molekul berguna untuk tindakan antiviral, antibakteria dan anti fungus.
Nur said…
Salam Puan, daripada umur berapa sesuai makan resipi ni ye? anak sy sekarang 8 bulan.

soalan kedua, puan bagi madu untuk anak puan sejak baby lagi ye? saya nak beri untuk kuatkan antibodi anak saya tapi dia belum cukup setahun so saya risau kena botulism. ape pendapat puan atau pembaca yang lain yang ada pengalaman anak batuk dan selsema non-stop? baik sekejap lepas tu ade semula..dah 3 bulan dah mcm tu..terima kasih!
salam puan. kat mana boleh sy dapatkan ekstrak daun zaitun tu di pasaran.. boleh email sy di ezmemorys@yahoo.com @ msg kat no nie. 019-5143130.

terima kasih
Anonymous said…
salam puan...bestnye info ni..nnt sy nak amalkan resipi ni..sbb slama ni omega 3 yg saya mkn.time pgnnt je..sekrg ni sy bancuh dlm susunya..tp dia reject..kurma pun dia taknak..maybe bile dah blend sume mi..dia nak kot..jemputla keblog saya..saya baru je follo wblog puan.
nora said…
Salam Puan,

TQ atas perkongsian yg amat baik. Minta izin nak sebar kat kwn2 ya.
Liza Ramli said…
salam puan

saya nak tanya

habbatus saudah serbuk ngan buah tin boleh saya tahu nak dapat di mana.. abis saya google tapi masih tak jumpa...
norlin said…
alhamdullilah saya dipertemukan dengan blog yang amat bagus ini....dari rakan blog saya murni....kagum dengan semanagt puan, moga saya mampu mencontohinya. terima kasih.
Anonymous said…
puan lina, boleh saya tahu sukatan untuk setiap bahan2 yang di campurkan?
mama harraz said…
Salam...syukur dan tahniah buat Pn lina...Akan saya usahakan resepi ini buat anak kesayangan...soalan saya, adakah resepi ini sesuai untuk bayi yg berusia 6 bln? tapi, mengikut nurani saya, ia mmg sgt bagus..tanpa keraguan..tahniah sekali lg atas usaha murni memperkenalkan pada ibu2...Thanks...
Sizuka said…
salam

terima kasih yang tak terhingga untuk recipe minda ni. i've made some for my children today, and they love it! cuma saya tak guna extrak daun zaitun, instead, saya gunakan extra virgin olive oil. insyaAllah next time, saya akan gunakan extrak daun zaitun pula :)
Bundle jaiho said…
Alhamdullilah,terima kasih atas perkongsian ilmu ini,amat bermakna bagi saya.semoga allah memberi keberkatan kepada anda sekeluarga.amin.
Anonymous said…
salam

puan....thks for sharing resepi yg sgt bagus..tapi jikalau tak de habbatus sauda( saya di aust)....ok tak? boleh guna kan madu manuka?

terima kasih

Kay Abd
Anonymous said…
lagi satu puan...ekstrak daun zaitun olive oleo..tu ape?olive oil yg buat masak ke tu?

salam

kay abd
alia said…
bagaimana pun meperkenalkn mkn awal pada anak2...anak saya kini 5 bln 12 hari...comeing soon nak masuk 6 bln...saya masih mencari menu yg berkhasita utk hati,minda dan fizikalnya..

adakah kurma,kismis,buah tin sesuai di beri seawal usia 6 bln
Lina said…
Saya pun tak boleh nak jawab kalau ingredient dikurangkan atau ditukarkan. Yang saya tahu ini resepi saya. Terpulang pada orang lain kalau nak ubahsuai. Tak salah..

Fyi, olive oleo adalah ekstrak daun zaitun dan ia adalah dalam bentuk air. Sedangkan minyak zaitun adalah dalam bentuk minyak. Sifat yang berlainan memberi fungsi yang berlainan. Jika duduk di australia, ekstrak daun zaitun ini biasa dijumpai di farmasi disana.
Lina said…
Salam puan alia,

Kalau nak bagi kena blend sampai hancur. Kurma, kismis tu sesuai untuk bayi 6 bulan. Tapi kalau kacang badam saya tak pasti kerana ada sebahagian bayi punyai alahan terhadap sebarang kekacang sehinggalah dia berumur 2 tahun.
OneSimpleMother said…
salam lina..

lina bagi anak-anak lina makan resepi ni start umur brape ye..?
Maizah Jalil said…
Salam perkenalan puan lina....syukur alhamdulillah bertemu dengan blog puan..banyak ilmu yang saya dapat...minta izin kongsi resepi dengan kekawan yang lain....resepi tu saya nak cuba juga untuk anak-anak saya....mungkin saya agak terlewat sebab anak-anak saya sudah pun besar...TQ
Anonymous said…
Salam perkenalan puan..time kasih kerana sudi berkongsi resepi minda ni..dah lm sy cari resipi tuk minda ni..Alhamdulillh Allah telah menggerakkan hati sy tuk visit blog puan secara tidak sengaja..bersyukur sgt2..

klu puan xkeberatan..sy nk sgt tahu cm na sukatan setiap bhn yg digunakan..

boleh x buat byk2..pastu smpan kt peti ais n brapa lama blh smpan..please email sy yer (virgogurlz05@gmail.com)
Puteri said…
Salam, Puan,
Alhamdulillah dgn izin Allah, saya baru hari ni tergerak dan tersampai pada blog puan..saya mohon share dgn kawan2 article puan boleh? it is a very good info, and sgt harap InsyaAllah andai saya ada anak satu hari nanti, dapat menjadi soleh & solehah, bijak dan baik seperti anak2 puan juga..:)
Salam Puan Lina,

Tahniah puan kerana berjaya mendidik anak sehingga berjaya menghafaz al-Quran. Mudah-mudahan anak saya pun spt itu satu hari nnt.

Hampir mengalir air mata saya baca segala apa yg puan sharing disini.
Lama dah sy mencari sesuatu untuk merangsang pertumbuhan anak saya dari kecil. Tapi sekarang dia dah masuk 1tahun. saya harap masih tidak terlewat utk membantu menrangsng pertummbuhan anak saya.

Saya mohon utk mengambil entri puan ni utk diletak dipost sy utk sy cuba share bersama teman3 yg lain.

ada beberapa perkara yg ingin sy tau klu puan boleh membantu

1) madu tu jenis apa ye dan dimana boleh sy dapatkan?

2) Habbatus sauda (selama ni sy dgr namanya je) di mana boleh saya dapatkan

3)Buah Tin pula dimana juga boleh saya dapatkan?

4) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oil dimana ye pun boleh sy dapatkan?

Ya Allah, sesungguhnya byk betul rupanya benda yg saya xtau. terima kasih kerana sudi berkongsi
semoga Tuhan selalu merahmati kehidupan puan sekeluarga :-)

klu sudi puan emelkan semuanya di emel saya ye
1)norazzah.abdulkadir@gmail.com
2)norazzah@kln.gov.my
Anonymous said…
klu puan xkeberatan..sy nk sgt tahu cm na sukatan setiap bhn yg digunakan..

boleh x buat byk2..pastu smpan kt peti ais n brapa lama blh smpan

emel sy= azwinnurhudayah@yahoo.com.my
ibu ihsan said…
salam puan sy ingin bertya sstu bleh tak akak bg email kt sya ni email sy nurulhanim_shaari@yahoo.com
Lina said…
Salam puan,

Saya alu-alukan jika puan boleh berkongsi soalan disini. Kalau saya tak boleh jawab, boleh juga para pembaca lain yang lalu singgah disini menolong. Ia juga boleh dikongsikan dengan orang lain yang mempunyai soalan yang sama tapi segan bertanya.
Anonymous said…
salam..thanks sebab akak berkongsi info yg sgt bermanfaat. saya memang mencari pemakanan yang terbaik utk anak saya yg berumur 1thn 10 bln.pelbagai supplement/vitamin telah saya berikan untuk memastikan perkembangan minda dan kesihatannya sentiasa terbaik.omega-3, juz kurma, dan madu antara supplemet yang saya berikan. Anak saya memang menunjukkan kecerdasan fizikal, malah petah bercakap dan cepat belajar. Namun begitu, anak saya mudah dijangkiti demam, selsema dan batuk. Saya berharap dengan resepi puan yang merangkumi, olive oil, buah tin, badam dan habatussauda ni, selain meningkatkan kecerdasan minda anak saya, mampu juga meningkatkan antibodinya. saya mohon puan untuk membalas email saya dengan menerangkan lebih lanjut tentang resepi ini terutama berkaitan nisbah sukatan bahan-bahan tur. please email saya di izafizah@anm.gov.my
Lina said…
Salam Puan IzaFiza,

Saya takde sukat sukat masa membuatnya. Saya macam orang dulu dulu. Main letak je.. Lagi satu saya letak olive leaf extract BUKAN Olive Oil. Olive Leaf Extract ni tinggi antioksidanya baik untuk otak dan sistem imun untuk anak anak. Batuk demam untuk kanak-kanak tu biasalah kalau kena 2-3 bulan sekali. Cuma kalau kena tiap2 minggu tu maknanya antibodinya lemah.
Anonymous said…
Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel
positivecharges said…
terpanggil utk memberikan komen,

madu kurang sesuai untuk anak2 bawah umur 2 tahun, sebab ianya kaya dgn antigen, lebih senang dpt allergy nnt. itu saja :)
Unknown said…
nak tanya ye tempoh simpanan untuk resepi ni...bape lama tahan kalu simpan kat peti sejuk?
nurul said…
puan;

terima kasih berkongsi cerita & ilmu yang ada. Tahniah!. utk pengetahuan puan saya dah beli semua bahan2 tu. cuma PRistin saya belum beli sebabnya tgk kat watson r gurdian dlm btk gel. mmg gitu ker? then berapa biji gel nak kena masukkan dlm ramuan tu?

terima kasih.
nurul said…
puan;

silap tadi Pristin tu betk capsules bukan gel yg dinyatakan sebelum ni. sp nak taruh berapa kapsul? then saya ada tanyer ahli farmasi di gurdian dia kata Pristin x sesuai utk kanak2 kerana terlalu tinggi kandungannya? macammn tu yer? ahli farmasi tu ada cadangkan yg lain tapi sy x ingat brand apa. tapi kandungan dia sesuai utk kanak2. saya belum beli lagi sbb nak bc feedback puan dulu.
emma said…
pn, saya mohon utk share resepi ini di entri saya..time kasih..mmg membantu sgt...
Aula said…
Salam Puan, Terima kasih sebab perkongsian ilmu ini izinkan saya mengulas artikel nie dlam blog saya ye. Tq2

Salam perkenalan MOmmy Razim
Aida Qisya said…
br hr ni terjumpa blog ni..terima kasih untuk perkongsian ni.sy pun mmg tengah mencari resepi untuk anak sy.harap sy bleh gunakan ilmu yg ada dlm ni..minta izin jugak utk kongsi kat blog sy.
ismasmaju said…
terima kasih puan saya dah lama cari resepi macam ni...sebab kalau beri makan macam tu je anak2 tak berapa berminat....


ini email saya ;ismasmaju@yahoo.com
Insyirah&Isyraf said…
This comment has been removed by the author.
ummi fiza said…
assalam puan,

sgt menarik blog puan,dan saya baru selesai bc 1 artikel berkaitan pemakanan sihat anak2 utk minda.sy stuju 101% ttg apa yg pn tulis.saya skrg pn mmg amalkan mnum madu,kismis,susu ilham (terbaru di pasaran).tapi saya belum amalkan buah tin,myk ikan,myk zaitun.saya amat tertarik dgn cara pn beri anak puan mkn.tp anak sulong sy xbrape minat mkn suplement mcm tu.dia lbh suka pd tablet kunyah.dan jika mkn xblh berhenti.mcmane saya sbg ibu nk menarik prhatiannya mkn makanan sunnah? ayahnya pun x titik beratkan prkara ni. skrg giginya sudah rosak.kesian saya lihatnya.blh puan berikan pndapat?
wans said…
slm puan lina..sy bru baca bolg ni..saya bngga sgt2 dgn puan cra mendidik anak2..sy nk copy yg resepi utk anak2 yer puan?
salam kak...mintak izin copy page utk dipastekan ke BLOG@fb saya
Anonymous said…
tq coz sudi share maklumat berguna ni..

http://wanna778.blogspot.com/
Anonymous said…
Alhamdulillah sampai juga saya ke blog yg bermanfaat ni...mohon kongsi ilmu resepi nya ye puan...Terima kasih..:)
Anonymous said…
assalam. bole saya di mane bole dptkan bhn2 spt buah ti & habatus sauda?
Anonymous said…
salam..kalau x keberatan boleh bgtahu di mana saya boleh dapatkan habatus sauda dan buah tin? boleh ke resepi ni disimpan utk suatu tempoh dlm peti ais atau suhu bilik? terima kasih atas info yg sgt berguna..alhamdullillah..
Fatimah said…
Salam Puan, saya ucapkan terima kasih di atas perkongsian ikhlas puan.Tahniah di atas kejayaan anak2 puan. Saya ingin tahun fish oil jenama pristin tu soft gel kan.. dan 1200mg, boleh bagi kanak2 ker puan? sebab saya tanya farmasi mereka kata tak boleh bagi budak2 sebab tinggi (1200mg). Mereka saran saya bagi Scoot Emulsion. Tolong nasihat saya yer puan.TQ
Anonymous said…
salam.....saya nk tny soalan yg same dgn nor azzah abdul kadir......
bole tolong jawab ke email saya eledie_5745@yahoo.com
t.q
ieja said…
salam puan....info yang sgt berguna..saya baru jer jmpa blog puan...anak saya unur 6 bulan+..saya baru mula bagi dia makan puree buah-buah & sayuran...harap dapat gunakan info ni tuk anak saya nanti...

saya ada follow blog puan...kalau sudi..jalan2 la kat blog saya & follow yer..baru berjinak2 nak ber-belog...hehehe.....

boleh saya share info ni di blog saya?
rafidah said…
selain ingatan yg kuat bg darwish dan darwisha mgkin time pgnt puan tlh mengamalkan beberapa pmakanan yg bgs utk diamalkan.bleh ceritakan pd ibu mgndg
wAniE mEimAy said…
salam...puan nak tanye semua2 yg di blend tu n di cmpur habbatus sauda kite leh simpan lam peti x???n time nak mkn ambik ltk lam mgkuk mknenyer wat byk simpan..time nk mkn bru bg...boleh ke
wAniE mEimAy said…
kak mintak izin nak copy n wat kat entry belog saya ye.....coz nak berkongsi ngn kawan2 saya...TQ,suke tentang perihal anak2 nie...
http://weluvthaqif.blogspot.com/ said…
Assalammualaikum puan, slm perkenalan.sy bca pemakanan yg puan buat tu ttpi krng phm cara2nya.sy ada bli badam & kurma... sy bli badam yg blm msk bila sy mkn rasa agak mentah... mula2 sy rasa mcm nak buat susu badam tpi xtahu macamana caranya... perlukah badam itu dimasak? mengikut resepi puan byk bahan yg dimasukkan... sekiranya sy ingin buat resepi itu memadai ke dgn bahan sperti badam, kurma & madu shaja... atau perlu juga membeli minyak ikan, habatatus sauda & sebagainya... atau memadai ker jika saya ingin buat susu badam shja & jika tidak keberatan blh sy tau mcmana nak buat susu badam???utk pengetahuan puan anak sy kini sthn 1 mggu++ & masih menyusu bdn... :)terima kasih
Rosniena said…
tahniah kerana memperoleh anak yang bijak, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat.terima kasih kerana memberi tips2 berguna.nice sharing

http://mawarbiruairlaut-bicarakudanmu.blogspot.com
Umi Nazrah said…
salam puan. mohon share resepi. tapi saya ubah ye minyak ikan tu ;)

boleh view di blog saya, cantiksihatsemulajadi.com
Z said…
Alhamdulillah....sebenarnye sy br jumpa blog pn mac 2013.ketinggalan dah rupanye sy ni....rugi plak rasenye....thanx 4 d info.very usefull. Sy skg ni share ttg blog pn pd famili, kawan2 dan murid2 sy....syukran...
Anonymous said…
alhamdulillah dgn ilmu yg dishare di sini. boleh saya amalkan beri pada baby saya. terima kasih. Moga anak kita dapat manfaat. Nak tny, sesuai ke jika saya beri mkn badam dan habbtussaudaq pada bayi saya umur 7 bulan lebih? Terima kasih
Anonymous said…
Salam sis...

Terima kasih share info nie ye...saya nak cuba buat untuk anak saya...saya mohon share info sis nie ye...
Anonymous said…
salam puan

thanks for sharing the info...saye sangat menghargainya . .

soalab saya adalah berkenaan Mintak Ikan Pristin

saya ada tanyer ahli farmasi di gurdian dia kata Pristin x sesuai utk kanak2 kerana terlalu tinggi kandungannya? macammn tu yer? ahli farmasi tu ada cadangkan yg lain tapi sy x ingat brand apa. tapi kandungan dia sesuai utk kanak2. saya belum beli lagi sbb nak bc feedback puan dulu.
Anonymous said…
salam puan

thanks for sharing the info...saye sangat menghargainya . .

soalab saya adalah berkenaan Mintak Ikan Pristin

saya ada tanyer ahli farmasi di gurdian dia kata Pristin x sesuai utk kanak2 kerana terlalu tinggi kandungannya? macammn tu yer? ahli farmasi tu ada cadangkan yg lain tapi sy x ingat brand apa. tapi kandungan dia sesuai utk kanak2. saya belum beli lagi sbb nak bc feedback puan dulu.

Anonymous said…
salam puan

thanks for sharing the info...saye sangat menghargainya . .

soalab saya adalah berkenaan Mintak Ikan Pristin

saya ada tanyer ahli farmasi di gurdian dia kata Pristin x sesuai utk kanak2 kerana terlalu tinggi kandungannya? macammn tu yer? ahli farmasi tu ada cadangkan yg lain tapi sy x ingat brand apa. tapi kandungan dia sesuai utk kanak2. saya belum beli lagi sbb nak bc feedback puan dulu.

Mohon puan email nasihat puan pada saya di : norazila@jpph.gov.my

sekian . Terima kasih.
Unknown said…
Assalam puan lina, sy pernak tengok siaran anak puan di semanis kurma..indahnya klu dpt bentuk anak sperti awish dan wisha..mebe sy agak terlewat sb anak bujang sy dah berumur 2 tahun bru sy jumpa blog puan ni..puas sy cari..akhirnya Alhamdulillah..soklan sy, pada umur anak sy 1 tahu sy telah mula memberi dia minum jus tok guru..adakah ianay sama???sb kandungan juga mempunyai bahan2 seperti di atas..trima kasih puna sekiranya sudi membalas komen sy..klu x, sy igin membuat resepi di atas demi kebaikan anak sy..
::Cik Ngah:: said…
Ingin mendapatkan makanan sunnah dengan harga borong?Kacang almond,kurma,buah tiin,habatussauda?Jom singgah di kedaiarabmurah@blogspot.com InsyALLAH kami dapat membantu anda ;D
Unknown said…
alhamdullilah kerana sudi berkongsi maklumat cara mendidik anak secara islam..anak saya dah 5 tahun baru dpt hafal 5@ 6 surat pendek..tue pun selepas saya hantar ke pusat pengajian islam dalam masa 6 bulan...saya bangga puan dpt mendidik anak seawal usia muda membaca alquran..saya ingin bertanya dimana saya boleh dptkan ekstrak daun olive oleo..siapa yg tinggal di perak boleh beritahu saya any place jual brgan ini atau online
AyUh GeBaNg... said…
As salam puan,
alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi berkongsi pemakanan untuk minda anak2..mungkin saya masih belum terlambat untuk mencuba resepi puan.
boleh puan tunjuk ajar cara lebih detials..lgi2 buah tin yg sy tidak penah lihat.

thitos_tees@yahoo.com
dyat said…
Salam..
Boleh saya tau kalo dh blend tu akan jd sgt halus ke? boleh ke ramuan campuran tu dimasukkan dlm susu dan diminum. Satu lg, berapa lama ramuan tu dpt bertahan kalo disimpan? Perlu disimpan dlm peti sejuk ke?
shidasanmil said…
salam puan...nice sharing...doakan saya dikurniakan zuriat spt puan.. =)
Unknown said…
alhamdulillah..byk info dan ilmu. terima kasih
MummyHazim said…
Salam puan Lina.Nak tanya extract olive oil tu sesuai diambil untuk ibu mengandung ke?Terima KAsih
Unknown said…
assalam...pn, bole email ke email sy roseatalyien@yahoo.com ....trm ksh byk2 ats pkongsian ilmu.. smg Allah berkati hdup pn skluarga.. In Sha Allah..Aamiin3..
Unknown said…
Salam..
tahniah n terima kasih share resepi terbaik utk generasi akn dtg. Generasi Alquran..

Mohon utk komen...apa yg sy faham resepi ni..

kurma
kismis
badam
buah tin
(dblend kering )
madu
habtussauda
minyak ikan
olive oleo
air bacaan surah toha..
(campurkan bersama bhn yg di blend)
simpan dlm peti utk dimkn..

Hasilnya tu mcm jeli ke?

tq..
agus setyawan said…
artikle yg sangat bermanfaat. . .
salam buat puan lina dari saya di indonesia, saya mau tanya puan
anak saya usia 5,5 tahun dan 1,5 tahun. bagaimana cara agar anak saya bisa hafal dan membaca alquran seperti darwish dan darwisya.
mohon bantuannya agar puan sudi mengirim video dan cara darwish dan darwisya menghafal ke email saya
fatimah said…
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips tambah selera anak
Fid"s said…
nice info, thanks
cash loan said…
Adakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya fikir awak telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan kadar faedah pinjaman yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami
Untuk makluman serta-merta untuk permohonan anda, sila
balas e-mel ini di bawah sahaja.
Whats aplikasi +919205646839
helpfiance@gmail.com

Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

1) Nama Penuh: .........
2) Jantina: .........
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Mudah Alih: .........
8) Pendapatan Bulanan: .....................
9) Pekerjaan: ...........................
) Situs manakah yang anda di sini tentang kami .....................

Terima kasih dan salam mesra.
helpfiance@gmail.com
Whats aplikasi +919205646839
cash loan said…
Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com

Please, do provide us with the Following information if interested.

1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………

Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839
Unknown said…
SALAM PUAN,MAKANAN INI BOLEH BERTAHAN BERAPA LAMA?
Anonymous said…
Assalamualaikum
T kasih puan. Kak copy resepinya.
Sangat bermanfaat.
bbet99 said…
Bbet99 as a trusted online soccer betting site provides a variety of online gambling games and soccer markets from the biggest league to the smallest league. do not forget that there is an Indonesian league which is more livened up to this gambling ball game you can get only at https://bbet99.fun/
BOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...