Skip to main content

Perkembangan Darwish, Genap 2 tahun pada 5 Mac 2010

Pada 5 Mac 2010 bulan ini, genaplah 2 tahun umur Darwish Adrian, anak lelaki saya. Tentang anak saya yang sedikit nakal ini, dia masih belum boleh bercakap pada umur 2 tahun! Sebutan setiap perkataannya 'masih hanya hujung-hujung perkataan sahaja'. Kalau dia bercakap dengan saya, saya boleh meneka apa yang dikatakannya, tetapi kalau dia bercakap dengan orang lain, mereka akan menggaru kepala. Boleh dikatakan kedua-dua anak saya jenis yang lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain. Seperti anak saya yang sulung, saya tidak menunggu anak saya hingga dia pandai bercakap untuk mengajar mereka. Minggu lepas, saya mencuba untuk mengajar dengan buku Al Furqan (Buku 1). Oleh kerana dia sudah mengenal huruf, pembacaannya boleh dikatakan lancar. Alhamdulillah sekarang dia sudah pun ke mukasarat 23 setakat hari ini. Ingin saya kongsikan pada ibubapa, walaupun saya katakan anak saya ini nakal, bila di sebut 'Darwishh.. come iqra with mama!', kalau dia sedang bermain, dia akan meninggalkan permainanannya dan datang duduk di pangkuan saya untuk belajar. Dia akan duduk belajar hingga saya kata.. Ok Finish.. you can get your sweet! Alhamdulillah dia mengikut kata. Saya percaya ia kerana doa saya sebagai seorang ibu untuk kebaikkan anak saya sendiri yang Allah makbulkan.. Dengan itu, saya harap, janganlah ibu ibu sesibuk mana pun untuk lupa mendoakan akan kebaikkan anak mereka sejak dari mereka kecil lagi dan lebih bagus sejak mereka dalam kandungan lagi..

Untuk Darwisya pula, kebetulan pada hari saya mengeluarkan set buku al Furqan diatas untuk mengajar adiknya, dia juga turut memunggah sama dan terjumpa set Belajar Membaca Bahasa Inggeris dengan Kaedah Phonic 'ReadEasy Beginners Level' yang mempunyai 8 buku sebelum kanak-kanak boleh membaca. Buku ini telah lama saya simpan dan saya sendiri lupa bila saya membelinya. Keterujaannya untuk belajar membaca, menyebabkan dia dengan sendiri membawa Book 1 untuk saya ajarkan. Anak saya sudah sampai ke Book 7 dalam masa seminggu! Mudah dan cepat. Alhamdulillah kerana terciptanya kaedah ini untuk semua. Amat berlainan semasa zaman saya belajar membaca dulu. Menggunakan VCD menyebabkan pembelajaran itu lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak. Memang Darwisya selalu melihat VCD phonic itu sebelum memulakan pembacaan. Mungkin ini yang menyebabkannya ia jadi mudah. Dalam VCD tersebut dia suka bahagian sebutan dengan gambar mulut bergerak. Selalu meminta saya terus ke bahagian itu. Dan mungkin juga kecepatan dia kerana dia memang sudah sedia bertutur dalam bahasa Inggeris dengan saya. Wallahualam.. Boleh saya simpulkan, dengan kaedah phonic ini dan melihat prestasi darwisya menggunakannya, InsyaAllah dia boleh membaca Bahasa Inggeris sebelum umur 4 tahun lagi. Saya benar-benar tidak pernah terdedah dengan kaedah phonic selama ini. Kalau ada ibubapa yang pernah mengajar anak dengan menggunakan set buku ini, saya alu-alukan untuk memberi komen untuk ibubapa lain mendapat komen yang ikhlas tentang kaedah ini untuk anak mereka pula.




Comments

zura said…
Puan kagumnya sy dgn puan mendidik anak2...mudah2an menjadi sumber inspirasi sy mendidik anak sy yg brusia 11 bln..Insyallah.Terima kasih puan sudi berkongsi ilmu.Alhamdullilah ditemukan blog ni..
Lina said…
Alhamdulillah.. Segala puji hanya utk Allah.. Sama-samalah kita membentuk generasi Islam yang akan datang yang lebih baik.
lina said…
Terima kasih puan sy juga telah cuba mengajar anak kedua sy Darwisy supaya lebih awal dpt membaca quran dan membaca berbanding kakak nya.
sugoishimai said…
salam...
saya pernh terbaca psl blog puan masa mngndungkn anak kedua sy..dn masa tu suami sy ada mmberikn wang utk kos kelahiran sy.sy berniat masa tu kalau kelahiran sy tiada masalah sy nk gunakan sebhgian dr duit itu utk belikan 3 set yg puan gunakn....alhamdulillah,semuanya selamat...sy baru mngjar easy readers dgn bacalah anakku...sy belum mngjar lg al-furqan...tp dr apa yg sy nmpk,anak sy berminat utk mmbaca buku2 itu..sy akn mulakn al-furqan kelak..insya Allah..terima kasih kerna membuka jln utk kami ibu2 mmberi yg terbaik utk anak2
Lina said…
Alhamdulillah puan memulakan pendidikan anak puan lebih awal dari ibu2 kita. InsyaAllah jika dah dibiasakan dengan buku dari kecil dia akan jadi insan yang suka menimba ilmu hingga besar.
[ naim | fira ] said…
slm kak, sy adalah silent reader blog akak..sy admire the way u teach ur children, eventhough sy blum kwen&blum de anak lagi, sy suka cari info2 psl ni. thniah kak, bjaye blancekan dunia&akhirat dlm pgajaran anak2 :)

p/s: sy nk praktikkn tips2 akak ni eh nnt..thanks 4 sharing..may Allah bless u..doakn sy beroleh zuriat yg terbaik juga ye nnti :)

regards,
fira
Salam, Kak Lina.

Saya nak tanya pandangan akak tentang sikap anak-anak ni. Anak saya lelaki umurnya baru masuk 11 bulan. Apa yang saya perhatikan, anak saya memang suku dengan buku, dan suka dengar zikir, bacaan Al-Qur'an dan azan di TV.(Rasanya semua bayi begini).

Apa yang saya musykil dan sedikit risau, anak saya dah mula menunjukkan sifat memberontak terutama bila kehendaknya tak dituruti. Dia akan menangis dengan kuat seolah-olah menjerit, jika dipujuk lagi bertambah kuat tangisannya sambil mengguling-gulingkan badan dan menghantuk kepala di lantai.Dia juga sangat sensitif, kalau suara kita terkuat pun dia akan merajuk begitu. Buat masa ni, kami tak marah dia lagi, kerana anggap itu cara dia menunjukkan emosinya. Tapi saya risau jika tak dibendung akan membawa kepada sikap negatif yang lain.

Apa nasihat akak untuk situasi begini.
Lina said…
Salam Puan,

Anak Puan yang ni nampaknya sama dengan anak saya dulu. Kalau nak sesuatu tu, menangis guling-guling lantai sampai hempas2 kaki. Jangan sekali2 hilang sabar. Berdoa dan atas air/makanan sebelum dia makan. Bacakan surah Taha. Juga untuk mendisiplinkan dia, puan 'berlakon' bahawa amukan yang dibuat pada ketika itu takde effect apa2 pada kita dan dia takkan dapat apa2. Boleh baca entri saya tentang ini..

Kanak-kanak memang mempunyai identiti dan karakteristik yang berbeza. Namun mereka tetap dikatakan seperti kain putih! Boleh di corak dan dibentuk.
farah said…
salam ziarah,
blog yg sgt menarik.
RAFIDAH said…
kenapa budak2 kdg lagi kita larang lagi dibuat.
ada masa anak2 saya lg dimarah lg dibuat.seolah2 tak faham .mcm dia tak fhm cakap kita.
kdg dia mengajar adik2 jd nakal maksudnya tak la keterlaluan mcm bising2.
adik dia ok cuma kakak ni aktif sgt,tapi bijak bercakap,cuma disekolah jd pemalu plak.
Ain said…
salam kenal,

sungguh kagum saya dengan kejayaan lina mendidik anak-anak....

thanks kerana blog lina penuh dengan informasi berguna....

teruskan menulis dari semasa ke semasa k....
mizah said…
salam...saya sgt kagum dgn cara puan mengajar anak2 puan bertutur dgn 3 bahasa..dan mengaji serta menghafaz al-quran....saya nak tanya...di manakan boleh saya mendapatka visual2 aid sperti VCD , flash card huruf hijayyah tu ye?? susah la nak carik...thanks..
Lina said…
Alhamdulillah.. Puan boleh dapat produk yang puan cari di putan blog saya ini di sebelah kanan..
Anonymous said…
puan....saya nak tanya la....mcm mana puan ajar wisya hafaz surah22 yg puan ajar pada usianya masih kecil....adakah dengan membacakannya berulang kali?

sekarang, anak saya baru berusia 22 bln dan sudah boleh mengikut apa yg kita ajarkan kepadanya....contohnya dia sudah boleh mengikut saya membaca surah al-ikhlas (baca bersama sayalah tp masih pelat-pelat lagi sket).

macam mana cara utk saya ajarkan surah-surah yg mudah kepada dia ya?
namoyaki said…
life is journey,

...wish you all the best,
Lina said…
Boleh minta bantuan dari VCD dan CD mengaji. Cuma pasangkan selalu je. Tekan butang repeat untuk bayi kita menghafal. Saya bukan sempat sangat pun nak membacakan selalu kerana sentiasa sibuk dengan perniagaan saya. Selamat mencuba!
Anonymous said…
salam..puan..sy baru jek terjumpe blog puan nih..then sy trs bersemangat yg teramat sgt...huhuhu..anak sy 7 bulan..pembelajaran yg mcm mne sesuai n menarik minat die???sekarang setiap hari die tengok vcd reads easy..sy pon dh beli 3 set yg puan beli tuh..tp x tau nk muleken mcm ner...harap boleh lah membantu..tq
lyana said…
Salam puan,
seronok rasanya membaca blog puan yg penuh dgn informasi. rupa2 nya anak sy Damia sama je umur dgn darwish tp dia blm lg blh mbaca..Insyaallah sy juga akan mula mengajar dia sbgmana puan mengajar darwish..Bg sy tiada istilah lewat...sbb it's better than nothing...cuma maybe ada sdkt terkilan kerana tidak diberi petunjuk lebih awal dalam mendidik anak selain dr berdoa agar dikurniakan anak yg soleh. Tq Ya Allah kerana menemukan sy dgn puan...Semoga usaha kita diberkati..Amin..

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt