Alhamdulillah saya panjatkan syukur kerana dapat menghadiri Majlis Sambutan Al Barakah yang sangat meriah. Lebih dari 3000 (ada yg kata lebih 1000, ada yang kata 2000) orang yang hadir. Hebat bukan? Jarang Majlis ilmu seperti ini dihadiri ribuan orang di akhir zaman ini. Mungkin keikhlasan Ustaz Kazim dalam penyebaran ilmu agama hingga Allah kurniakan tarikan kepadanya. Khemah yang diperuntukkan untuk 2000 orang penuh sesak hingga ramai yang terpaksa mengheret kerusi dari sekolah beliau untuk dapat duduk ditengah panas. Yang tak dapat kerusi tu, terpaksalah berdiri ditengah panas pada hari tersebut. Satu perkara yang saya tak jangkakan juga adalah sambutan orang ramai terhadap Darwisya. Ramainya peminat darwisya yang nak mengambil gambar hingga darwisya keletihan bergambar (letih berposing).. Ustaz pula buat sesi soal jawab dengan saya dan suami tentang cara mendidik darwisya di dalam dewan yang berasingan. Bersesak orang menunggu saya di dewan tersebut. Saya yang tak tahu akan agend...
Darwisya Adrianna & Darwish Adrian