Skip to main content

Majlis Ulang Tahun Pusat Pendidikan Al Barakah

Alhamdulillah saya panjatkan syukur kerana dapat menghadiri Majlis Sambutan Al Barakah yang sangat meriah. Lebih dari 3000 (ada yg kata lebih 1000, ada yang kata 2000) orang yang hadir. Hebat bukan? Jarang Majlis ilmu seperti ini dihadiri ribuan orang di akhir zaman ini. Mungkin keikhlasan Ustaz Kazim dalam penyebaran ilmu agama hingga Allah kurniakan tarikan kepadanya. Khemah yang diperuntukkan untuk 2000 orang penuh sesak hingga ramai yang terpaksa mengheret kerusi dari sekolah beliau untuk dapat duduk ditengah panas. Yang tak dapat kerusi tu, terpaksalah berdiri ditengah panas pada hari tersebut.

Satu perkara yang saya tak jangkakan juga adalah sambutan orang ramai terhadap Darwisya. Ramainya peminat darwisya yang nak mengambil gambar hingga darwisya keletihan bergambar (letih berposing).. Ustaz pula buat sesi soal jawab dengan saya dan suami tentang cara mendidik darwisya di dalam dewan yang berasingan. Bersesak orang menunggu saya di dewan tersebut. Saya yang tak tahu akan agenda tambahan yang tidak tertulis dalam kertas aturcara, terus ke dewan makan untuk menjamu selera di dewan VIP. Haha.. teruknya saya! Maafle miscommunication tu menyebabkan ramai terpaksa menunggu saya selesai memenuhkan perut saya dulu. Akhirnya sesi soal jawab berjalan dengan lancar dan berakhir dengan orang bersesak untuk mengambil gambar darwisya lagi. Tak tahan di kerumuni akhirnya darwisya menangiiis! Ala.. anak mama tak biasa dengan dunia glamer ye! haha.. Saya dan suami membawa darwisya ke kereta untuk pulang dengan terkocoh-kocoh kerana takut demam pulak dia nanti. Bagaimana adiknya Darwish? Takde sape nak ambil gambar darwish ke? Kesian anak mama yang sorang ni pulak. Langsung takde peminatnya..






Bacaannya bolehlah dikatakan lancar untuk budak umur 3 tahun lebih, cuma bahagian terakhir(ayat ke-92) ni yang ada sedikit 'not confident of the ayat'. Namun dia perbetulkan sendiri. Johan Tilawah Al Quran, Sharifah Khasif ada bagi komen untuk Darwisya kat Harian Metro, suruh ajar sifat huruf dan hukumnya, InsyaAllah satu hari nanti. Memang saya dah pasang niat selepas mendapat komen ini. Memang kena hantar ke ustaz/ustazah tajwid yang proper. Buat masa ni mana ade kelas tajwid yang nak terima budak umur 3 tahun lebih? Untuk ajar alifbata pun orang kata awal lagi..

Dalam video tu kita boleh nampak orang bersesak2 nak ambil gambar/video darwisya hingga para hadirin di belakang tak nampak. Walaupun kerusi di tindan/disusun bertindih tiga buah (yang selalu kita buat kat restoran kalau bawak anak jalan makan tu..) untuk meninggikan kedudukan Darwisya semasa persembahan, orang masih tak nampak hingga ustaz terpaksa menyuruh darwisya berdiri di atas kerusi supaya hadirin dibelakang dapat melihat pemilik suara siapa yang membaca tadi.





Darwisya Adrianna memulakan hafazan..



Makin selesa..







Posing manja..


Gambar di bawah adalah beberapa ketika sebelum persembahan.


Adik beradik main pasir dengan batu batu kecil di tanah sambil duduk dengan 'selambanya' di tangga pentas.








Posing adik beradik..


Taaayaaang darwish.. Nanti kakak ngaji atas pentas darwish jangan nangis ye.

Untuk pengetahuan, darwish menangis lagi (atau mungkin boleh saya katakan 'mengamuk') hingga sendu kerana nak ikut kak wisyanya hafazan atas pentas.







Comments

Anonymous said…
Subhanallah. Puan Mazlina, saya sedang berusaha nak buat hafazan dgn anak2 cuma saya tak pasti cara yg betul. Buat masa ni, saya ulang berkali2 dlm sehari. Begitu juga dgn bacaan. Saya tak pasti camana Puan Mazlina boleh ajar iqra dari umur 1 tahun. Brp lama Puan ajar guna kad barqy sebelum Puan bertukar ke buku?

Saya betul2 mengharapkan pertolongan Puan Mazlina. Saya boleh dihubungi di hudhud_76@yahoo.com

Jazakumullah.
Ibuaisyah said…
Alhamdulillah sejuk hati mendengar anak puan membaca ayat-ayat Quran. Semoga keluarga puan sentiasa dirahmati Allah.
DeLLa said…
comelnya dua beradik ni....keep up good work!
slm alaik..akk,mashaAllah..akk antra insan yg dipilih Allah utk mndidik ank mncintai Al-Quran..sabda Nabi:"sebaik-baik kamu adalah org yang mmpelajari Al-Quran n mgajarkannya.."satu motivasi utk sy..klu diiznkan Allah,sy sdia utk jdi guru kpd Darwisya n ajr dia Qiraat sekali,i.allah..
Lina said…
Anonymous,

Puan ikut pada kesediaan anak puan. Kalau mereka dah kenal huruf flashcard tu maknanya dah boleh guna bukulah. Tu pun, puan kena pegangkan..
Lina said…
Umair Insyirah,

Terima kasih saya ucapkan atas kesudian puan. Puan duduk area Shah Alam ke? InsyaAllah bila Darwisya dah bersedia nanti.. Skarang ni dia mengaji masih tak boleh duduk diam betul2 belajar. Masih ada episod nak main2 lagi. Saya mungkin kena tunggu setahun dua lagi gaknye.
Ina said…
salam mama darwish n darwisha. tahniah berjaya didik anak2 menghafaz quran sejak kecik lagi. terpegun saya dgn kebolehan anak2 akak. saya mengikuti blog akak dh lama. skrg saya pn dh mula perkenalkan alif ba ta kt anak saya yg br umur 10 bln. mmg saya ikut kaedah2 yg akak guna pakai. tp tula perlu lebih disiplin n konsisten utk mengajar. tambah2 skrg ni anak saya mcm masih belum faham apa2 so kdg2 tu agak bosan n krg sabar jugak saya dibuatnya. dia sibuk nk renyuk flash cards tu aje hihi. nway terima kasih sbb sudi berkongsi diblog. harapnya akak xkeberatan utk terus berkongsi ilmu mcm mana cara akak didik anak2 akak smpi jd mcm skrg ni.
Anonymous said…
Assalamualaikum Puan Mazlina,
pertama kalinya, saya ingin ucapkan tahniah dan saya tumpang gembira melihat anak2 puan boleh hafaz al quran pada usia ynag muda..Saya mula ikuti blog puan, bila wife saya berkongsi tentang adik2 cilik nih boleh hafaz al quran..membaca perkembangan mereka dari hari kehari melalui tulisan blog puan, buatkan saya rasa dekat dengan darwish dan darwisya..namun saya ada satu concern yang mungkin mewakili budak2 cilik nih...mereka semakin dikenali..dan besar kemungkinan akan byk undangan2, jemputan2 utk mereka muncul di khalayak ramai..harapan saya agar, puan dapat menyusun dan memilih undangan2 dan jemputan2 tertentu..supaya anak2 cilik ini tidak berasa tertekan dan penat..
Mungkin apa yg saya utarakan ini tidak membawa apa2 makna pada puan, namun saya suka meletakkan diri saya pada posisi darwisya..mereka mungkin tidak boleh menolak permintaan..namun kita sebagai ibubapa boleh memilih yang terbaik untuk anak2 kita..Sampaikan salam "assalamualaikum" pada darwish dan darwisya..

Jazakumullah

Azrin
Lina said…
Salam En. Azrin,

Terima kasih diatas komen ikhlas dan prihatin yg diberikan. Memang benar apa yang dikata dan saya sebenarnya telah pun belajar untuk menolak beberapa jemputan.

Saya tiada niat untuk mencari publisiti dengan muncul dalam banyak majlis. Tujuan saya mendedahkan Darwisya hanya untuk mmenyebarkan kepada lebih ramai ibubapa tentang pendidikan awal alquran pada anak mereka. Untuk Darwisya muncul dalam mana2 majlis, saya hanya akan memenuhi 1 jemputan dalam 2-3 bulan sahaja. Malah sebelum ini pun begitulah jaraknya.

Bagi saya, MELIHAT Darwisya membaca adalah tidak penting tetapi MENGETAHUI bagaimana Darwisya boleh membaca adalah seribu kali lebih penting.
knv said…
assalammualaikum,
saya baru terjumpa blog ini. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.

banyak yang saya kena belajar nampaknya.

terima kasih sekali lagi.

:D
Unknown said…
assalamualaikum puan mazlina,

kami berdua dari nottingham, UK baru dikurniakan seorang anak perempuan, ameerah mujahidah 19 june lalu.

boleh tak kami tahu apa yang kami perlu lakukan dalam 6 bulan pertama ini?

setakat ni kami sedang usaha nak membeli set huruf hijaiyyah.

boleh tak kalau puan mazlina email kami, di abu.jundullah09@googlemail.com, untuk kami bertanya2 soalan lagi.

terima kasih banyak

semoga Allah sentiasa meng ikhlaskan niat kita semua.

wassalam
Lina said…
Salam En. Abu Nottingham,

Alhamdulillah dan tahniah krn mendapat cahaya mata.

Untuk enam bulan pertama, saya cadangkan selalu memperdengarkan bacaan alquran kepada ameerah. Kalau boleh bacaan tersebut dari qari/qariah yang disukai oleh parentnya lebih baik.

Bayi yang baru lahir penglihatan dia belum sempurna lagi maka proses mengajar melalui flashcard terlalu awal untuk beberapa bulan pertama tetapi pendengaran sangat bagus kerana ketiadaan penglihatan tersebut.
salam puan mazlina, saya kagum anak puan boleh baca al-quran di usia muda.. :)
Anonymous said…
salam..puan..
saya kagum dengan hasil didikan puan ke atas anak anak puan.
malah saya berazam untuk berusaha yang terbaik juga suatu hari nanti.insyaAllah.
soalan saya,adakah puan merupakan seorang suri rimah atau wanita bekerjaya?
jika puan wanita bekerjaya,bagaimanakah dengan didikan anak-anak sepanjang ketiadaan puan?
saya bimbang jika saya bekerja dan sudah punya anak kelak,anak-anak saya dipengaruh begitu banyak anasir luar di pusat asuhan sehingga mengganggu didikan anak-anak pula di rumah.
Lina said…
Saya bukanlah surirumah sepenuh masa. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Saya tak pernah menghantar anak ke taska jadi saya tidak boleh komen apa2. Kalau puan nak antar taska, puan kenalah cari taska yang islamik. Balik bekerja..rehat, malam lepas maghrib puan boleh mengaajar. Saya pun mengajar waktu malam je..
Anonymous said…
salam ,puan lina ada tak vcd adik wisya ketika di pondok albarakah .kalau ada tlg gtau yee
minat dgr adik wisya baca quran.
bagi anak minat menghafaz mcm dia
Anonymous said…
so chomel!!!
apapun dech yang terbaik u anak
thnx inspirasinya :)

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss

Kaedah Mengajar anak membaca al Quran sebelum umur 3 tahun

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz. Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak unt