Skip to main content

Menjangka Masa Depan Orang Lain

Alkisah selepas artikel anak saya keluar di akhbar-akhbar tempatan, maka ramailah yang berbincang tentang anak saya. Peluang yang pelik yang saya rasa tidak ramai ibu-ibu lain dapat rasakan adalah mendengar orang lain memberi pandangan tentang anak kita tanpa mereka tahu bahawa kanak-kanak yang mereka bincangkan itu adalah anak kita! Bagi saya itulah pendapat yang jujur dari pandangan mereka kerana tidak mengenal dengan sebenar tentang diri saya. Banyak yang memuji dan ada juga yang menyindir. Apa pun, kita tahu itu memanglah telah menjadi lumrah. Pandangan masyarakat tentang sesuatu perkara yang sama memang berbeza-beza dan tidak akan pernah sama.

Antara pandangan 'risau' dengan cara didikan saya adalah..
  • 'Bukannya kemana budak ni nanti kalau pandai hafal satu quran pun'
  • 'Kesian budak tu, hafal sifir atau formula matematik lagi berpekdah..'
  • 'Budak ni sure lebih2 pun jadi ustazah je nanti'
  • 'Harap-harap maknya sekolahkanlah budak ni nanti..'

Ia cukup untuk memberitahu saya pemikiran kebanyakkan ibubapa menjangka hala tuju sesuatu perkara secara 'stereotyping'.
Tidak perlu diperbahas atau perdebatkan perkara ini dan sebaiknyalah saya terima ianya dengan hati terbuka. Bagus juga mendengarnya kerana ia boleh dijadikan pembakar semangat dalam usaha saya mendidik anak saya.


Saya adalah seorang yang memahami kepentingan ilmu dalam membesarkan anak-anak. Samada Ilmu Akhirat atau Ilmu Dunia, keduanya sama penting untuk saya berikan anak saya. Tetapi dalam memilih yang mana dulu, saya dulukan Ilmu Akhirat. Imam Shafie pernah berkata..


"Jika kamu ingin berjaya di akhirat hendaklah dengan ILMU. Jika kamu ingin berjaya di dunia hendaklah dengan ILMU. Jika kamu ingin berjaya di kedua-duanya hendaklah dengan ILMU."


Mana yang patut didulukan untuk anak kita? Ilmu dunia atau ilmu akhirat?
Menurut Imam Al Ghazali, perlulah di mulakan ilmu al Quran dahulu kerana ia akan membentuk ilmu naqli yang akan membentuk diri seseorang menjadi hamba Allah yang baik. Kemudian baharulah ilmu aqli (sains, matematik, ekonomi, dll) untuk seseorang itu menjadi khalifah yang boleh memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Maka kesimpulannya, Islam memang sangat menggalakkan umatnya menuntut kedua-dua ilmu untuk mereka berjaya di dunia dan di akhirat tetapi utamakanlah ilmu akhirat. Itulah kaedah yang dipelihara orang Islam zaman dahulu hingga ramai ilmuan Islam yang bijak dan terkenal yang tercatit dalam sejarah dilahirkan dengan cara begini.


Seorang penceramah agama yang menjadi penceramah tetap di sebuah penjara menyatakan dia pernah bertanya dengan pihak pengurusan penjara tentang peratusan banduan Melayu Islam yang menghuni penjara tersebut.

  • Banduan yang berlatar belakangkan keluarga yang mengambil endah tak endah hal agama dan dia bersekolah biasa 95%
  • Banduan yang berlatar belakangkan keluarga mementingkan didikan agama atau/dan telah bersekolah agama 5%


Dan 5% inilah yang dicanang-canang kenapa ada didikan ugama pun sama sahaja perangainya dengan yang tidak ada didikan ugama menyebabkan orang memandang sinis kepada yang mempunyai latar belakang ugama. Bak kata orang, nila setitik, rosak susu sebelanga. Peralihan perhatian daripada perkara pokok menyebabkan kita lupa akan masalah akar umbi yang besar yang terletak pada 95% tanpa didikan ugama menyebabkan masyarakat kita menjadi semakin tenat. Dan dalam 5% yang mempunyai didikan agama ini, berapa peratuskah adalah tahfiz alquran? Jawapannya.....TIADA!

MasyaAllah.. kagum saya mendengar fakta ini. Allah Maha Pemelihara. Bukan sahaja para penghafal Quran ini dipelihara di akhirat, dia juga di pelihara di alam kuburnya. Dan selepas mengetahui fakta ini, saya harap tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa mereka juga (hafiz/hafizah) dipelihara mula di dunianya lagi. Semoga yang sudah menjadi hafiz/hafizah terus memelihara kalimah-kalimah Allah dengan niat hanya kerana Allah supaya mereka akan terus dipelihara. Dan semoga anak anak saya adalah antara yang akan berada di kalangan mereka.

Tentang ilmu dunia pula, saya tidak akan nafikan hak anak saya untuk bersekolah seperti mana saya dulu disekolahkan oleh ibu saya. Biarlah anak saya merasa zaman bersekolah seperti kanak-kanak lain. Biar dia belajar, bermain, berlari, bergurau, bergaduh(?) dengan kanak-kanak lain. Itulah pengalaman manis yang akan dibawanya hingga dewasa sambil belajar membawa dan menyesuaikan diri dalam masyarakat. Biar dia mengetahui bahawa adanya peraturan dan undang-undang sekolah untuk dipatuhi adanya guru-guru untuk dihormati dan pelbagai perkara lain lagi yang boleh dipelajari.

Seperti ibubapa lain, dalam memilih sekolah ianya bergantung kepada kemampuan kita. Jika rezeki ada, banyaklah pilihan sekolah yang 'kita rasa bagus' untuk dipilih. Jika seadanya, yang termampu sahajalah. Untuk pengetahuan, saya sekarang ini pun sedang mencari info dari rakan-rakan akan tadika/kindergarten yang baik. Darwisya akan mencapai umur 4 tahun pada Oktober 2010 nanti. Bermakna dia sudah layak untuk dihantar ke kindergarten Januari 2011 tahun depan. Cepat sungguh dia membesar. Saya dapati sangat banyak pilihan sekarang ini. Ada rakan saya yang mencadangkan smart reader, ada pula yang mencadangkan kumon, vital years, krista dll. Apapun, Darwisya excited untuk pergi ke sekolah. Dia selalu juga bertanya bila saya boleh menghantarnya ke sekolah. Harap dengan tanda2 seperti ini tidak lah susah untuk hari pertama saya menghantarnya ke sekolah nanti.

Majalah Aniqah dan Milennia pernah menemuduga saya adakah saya akan menghantar kesekolah khas untuk kanak-kanak advance melihatkan Darwisya pada peringkat ini dia sudah advance daripada kanak-kanak lain.. dia bukan sahaja sudah mengenal huruf malah boleh membaca samada membaca quran atau membaca bahasa Inggeris. Jawapannya tetap bergantung kepada kemampuan. Mana-mana pun tidak ada masalah bagi saya. Walaupun dia di sekolahkan disekolah biasa sekalipun, tetap akan ada sesuatu yang boleh dipelajarinya, contohnya Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia Darwisya lemah sedikit kerana banyak bercampur dengan Bahasa Indonesia. Almaklumlah, kerana saya selalu meninggalkan dia bersama pembantu Indonesia saya bila saya keluar bekerja dan saya pula hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Oh ye.. tidak lupa juga teka teki orang tentang diri saya sebagai ibu kepada Darwisya. Yang ni saya senyum sajalah.. Seorang isteri kepada seorang VIP bertanyakan saya hingga 2 kali soalan yang sama samada saya ibu kepada Darwisya selepas Darwisya selesai membuat persembahan hafazannya. Maaflah kerana tidak memenuhi kriteria sebagai ibu darwisya seperti yang dijangkakan.

Antara komen yang dimaklumkan adalah. (Ni kerja rakan-rakan sayale ni)

  • 'Aku rasa maknya mesti surirumah sepenuh masa. Bolehlah dia.. takde apa nak buat, ajarle anak tu ngaji tiap hari.'
  • 'Ni mesti maknye memang ngajar budak budak datang ngaji kat umah..'
  • 'Maknye mesti pakai jubah n tudung labuh, kalau bukan purdah sekali pun..'


Apa yang boleh saya katakan tentang diri saya ya? Emm.. saya mulakan begini.. saya adalah wanita biasa yang pernah bekerja. Pekerjaan terakhir saya adalah di sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di New York. Selepas berkahwin saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. Perniagaan saya banyak menuntut saya untuk selalu bermesyuarat. Ada memegang jawatan dan menjadi ahli dalam beberapa persatuan dan pertubuhan perniagaan serta menjadi wakil Daerah Kuala Selangor untuk Federation of Malaysian Manufacturers (FMM). Kadang-kadang saya bermesyuarat hingga malam jika ada projek atau peluang perniagaan. Tentang kata saya ni surirumah yang ngajar budak mengaji.. Memang cita-cita saya nak jadi surirumah kerana saya boleh spent banyak masa untuk anak saya. Bayangkan alangkah seronoknya tak perlu terkejar-kejar hantar anak pergi dan balik sekolah bila dia dah mula bersekolah nanti? Nak mengajar anak (mengaji atau pelajaran lain ke) takde lah berkira-kira sangat dengan masa yang selalu macam tak cukup tu. Saya nak berusaha kearah itu rasanya kalau diizinkan, InsyaAllah. Saya juga pernah bercita-cita nak ajar kanak-kanak mengaji di rumah kerana saya rasa tentu darwish dan darwisya seronok kalau ada kawan yang mengaji sama dengannya. Tapi takut pula kena tangkap dan tak pasal-pasal masuk paper kerana syarat nak mengajar sekarang (terutama di Selangor) kena ada tauliah. Apa pun yang boleh saya simpulkan, saya mungkin tidak seperti yang dijangkakan buat masa sekarang ini. Cukuplah mengenali saya sebagai seorang wanita yang sama seperti ibu-ibu lain, yang bercita-cita untuk memberikan yang terbaik buat anak anak sendiri supaya mereka berjaya di dunia dan juga di akhirat nanti.



Comments

nazirah said…
pedulikan apa yang org nk cakap..ramai lagi yang menyokong puan tmasuk sya..sye byk belajr cra mendidik anak dr puan.teruskan usaha puan demi untuk ibu2 yang sayangkan anaknya dunia dan akhirat.abaikan pandangan mereka2 yg 'dengki'mungkin dengan apa yg puan telah capai...
Anonymous said…
sangat teruja dgn darwish & darwisya.
tahniah kak!
semoga bertambah ramai ibu2&family yang berusaha jadikan anaknya hafiz&hafizah seawal usia 4 tahun.
:-)
MadamKerch said…
saya setuju dengan nazirah, pedulikan apa yang orang cakap..cakap-cakap mereka tidak kemana..penat nanti mereka diamlah..saya juga menyokong puan. Bukankah, masa esok DIA yang tentukan..kenapa kita perlu risau...
nadnye said…
Saya sangat teruja dan menjadikan usaha Lina sebagai motivasi bahawa tiada yang tak boleh. Biarlah orang lain berkata apa2 pun, sebab kita tidak boleh nak tutup mulut orang..Anak kita biarlah kita yang mencorakkannya.. Sahabat saya pun sudah homeschool anaknya walaupun ramai yang tidak setuju.. Apa2 pun syabas dan terus maju jaya.. Sesungguhnya anak yang soleh adalah harta yang bernilai untuk ibubapanya ...
ada jugak org yg berfikiran macam tue . di zaman serba moden agamalah lebih penting

Puan, nak tau tak saya ada erita tentang anak2 puan yg pandai baca quran pd mak saya. mak saya tergelak sebab katanya dia lebih tahu dahulu dari saya kerana mak saya kerap ikuti kelas2 agama di bangi dan dia tau pasal puan. dan mak saya amat berharap anak saya jadi macam anak2 puan. tapi saya sedar kelmahan saya..saya perlu cari seseorg utk ajar anak2 saya..
nurayunni said…
satu cabaran bagi akak bile ade org ckp mcm tue..
tabahkan hati..Allah selalu bersame org2 yg sabar..
semoga Allah memberkati hidup akak sekeluarga...
Aimmie Qistina said…
puan..pedulikan kata org..memang ramai yang stereotype tentang ilmu tahfiz...terima kasih kerana berkongsi kisah darwisya..sy selalu jadikan motivasi dlm sy mendidik anak.
rozana said…
Salam.. Saya pernah dan hingga kini sentiasa dikecam seperti Pn kerana menggunakan pendekatan yg sama iaitu menggalakkan anak hafaz Al-Quran terlebih dahulu.. ramai org cakap saya stresskan anak2 saya dan kiranya saya tidak punya kumpulan sokongan spt puan sudah pasti saya percaya apa yg mereka katakan.. Saya setuju dgn apa yg puan tulis tetapi keazaman yg teguh amat perlu agar tidak terbantut ditengah jln. Bagi taska seeloknya hantar ke tempat yg mmg ada pembelajaran Al-Quran/tahfiz bersepadu dgn akademik dari segi pengalaman saya kerana pengaruh akhlak rakan sebaya yg tidak sealiran amat kuat..Wasallam
PINATBATE said…
Salam ziarah..
Kakpinat juga ada pengalaman sebegitu sewaktu menghantar anak perempuan sulung ke sekolah tahfiz..ada yg kata:
1.Rugi je anak perempuan hafal Quran,kalau lelaki boleh juga jadi imam terawih..
2.Perempuan ni kalau hafal quran payah nak jaga..bila kahwin beranak pinak esok..mana sempat nak jaga hafalan..
3.Sekolah tahfiz anak kau tu ada pelajaran akademik tak? duduk kat Msia ni kalau tak ada SPM gelap masa depan..

Kesimpulannya,kita buat saja apa yg terbaik utk anak kita semampu yg boleh..selebihnya kita kembalikan kepada Allah.
rozana said…
Salam.. Saya juga pernah terima kecaman yg sama dulu dan kini mungkin selamanya.. Tekadkan azam.. Saya berminat dgn akademi al-huffaz macammana nak contact yea..
Lina said…
Nazirah, Madam Kerch, Nadnye, Nurayunni, Mie_Rahim, dan rakan-rakan yang lain.. Terima kasih kerana menyokong.

Pendapat yang negatif banyak bagusnya juga untuk saya. Boleh dengar tapi jangan diambil peduli. Saya anggap ia bagai nyamuk yg hanya bising ditepi telinga. Tekad saya tetap kuat tak berubah. Kebergantungan hidup saya hanya pada Allah dan bukan pada pendapat mereka ini. Semoga kita semua juga begitu.
Lina said…
Baby (Mama Amana&Amp;Arief)

Alhamdulillah.. Tentu jadi cucu kesayang kalau anak puan dididik seperti yang dia mahukan.

Tentang nak cari orang mengajar anak kita tu, saya dulu pun rasa kurang yakin nak mengajar anak sendiri. Ramai yg rasa begitu kerana adanya inferiority complex sebab kita tidak bergelar 'USTAZAH'. Tapi sebenarnya setakat basic2 tu, sesiapa pun boleh. Kalau takut basic kita salah, banyak VCD belajar mengaji yang dijual kat luar tu. Tak perlu cari orang lain..
Lina said…
Rozana,

Tekadkan usaha kita mendidik anak hanya kerana Allah Taala. Harapan dan mengharap hanya keredhaanNya dan ini akan menyebabkan kita tidak akan tertempias apa pun dengan kata orang lain.

Tentang taska/tadika memang betul bagai dikata. Barulah saya tahu apa yang ibubapa lain lalui dalam memilih taska/tadika untuk anak mereka. Saya perlu teliti dalam memilih. Apapun yang terbaik adalah dari Allah maka dalam memilih apa pun jua yang terbaik samada sekolah atau tadika, kita jangan hanya memakai akal dan rasa... Solat Istikharah adalah kemuncak dalam membantu kita membuat pilihan. Ia tidak mungkin salah jika telah di beri petunjuk dariNya.
Lina said…
Pinatbate,

Alhamdulillah kak Pinat mengambil pandangan sedemikian. Kenapa mesti didiskriminasi anak perempuan dan anak lelaki dalam mendidik menjadi ahli Quran? Mungkin kerana mereka tidak berpandangan jauh.

1. Jika anak perempuan, memang tak boleh jadi imam solat tarawih sebagaimana lelaki..

Tetapi dia akan jadi ibu dan pendidik kepada cucu-cucu kita nanti. Tidak mahukah mereka keturunan yang baik-baik?


2. Kalau perempuan susah nak jaga hafalan kalau dah kawin dan beranak pinak..

Bagi saya perempuan yang dah berkahwin dan ada anaklah hafalan akan menjadi lebih kuat. Saya yang bukan tahfiz dan hanya menghafal beberapa kerat surah aje ni pun dah menghafal banyak surah baru kerana mengajar anak saya menghafal. Apa lagi kalau ibu yg tahfiz.

3. Tidak rugi anak perempuan menjadi tahfiz di akhir zaman yang penuh dengan gejala sosial ini. Apa guna ada SPM tapi menghancur luluhkan hati kita?
Anonymous said…
salam puan..

sy turut berbangga dgn pcapaian anak puan..stakat ni anak sy sebaya dgn anak puan msh xmampu utk hafal alquran.just kenal huruf2 dan eja je..tp sy positif dia akan berjaya jg nnt.ttg pndidikan ank slps ni..puan blh try hantar ke PASTI..sy yakin xramai parent yg tahu&berminat utk tahu ttg PASTI..tp spnjg pemerhatian sy..di PASTI ank2 diasuh mengenal Allah&AgamaNYA..guru2nya plak,bekerja dgn seikhlas hati tanpa mengharapkan gaji yg lumayan..bayangkn guru2 hny mdpt RM400 hingga RM 500 je.tp komitmen mereka,masyaAllah..hebat skali..
This comment has been removed by the author.
melankolia said…
sy sgt respek ngn cara akak..
biarlah org nk kata apepun..
mulut org mmg kita xleh nk tutup..
sy hrp sy leh jadik mcm akak nnt..
Anonymous said…
tersentuh saya membaca cerita akk..
saya pun berharap 1 hari nnt saya boleh menjadi spt akk..
Anonymous said…
sungguh tak sangka ada juga ibu ibu yg berfikiran begitu ................
tak perlulah memperlekehkn kehidupan akhirat kerana itu la yg jalan yg akan membimbing seseorg kearah hiduo leh sempurna.
syabas saya sentiasa meyokong pn.lina dari masa ke semasa.
FiyanParent's said…
Ikut pesan Allah, kita tidak akan sesat..ikut ckp manusia tanpa merujuk al-quran binasa diri. IBu bapa yang mencorakkan anakknya menjadi yahudi atau nasrani atau org beriman!
lina said…
Doa saya semoga darwisya akan membuktikan suatu hari nnt dia bakal menjadi pakar dlm apa jua bidang ttp mahir dlm al quran dan hadis. puan terus kan usaha puan dan padangan negitif tu mungkin mereka kurang pendedahan dan ilmu bertapa pentingnya ilmu akhirat di terap kan kpd anak2 kecil ini.
Amoi Ida said…
salam puan

Tak sangka pulak saya dalam dunia skang nie pun ada mulut2 yang cakap sedemikian..sepatutnya meka ini berasa malu dan jadikan puan n anak2 puan sebagai pembakar semangat..zaman keruntuhan akhlak dan bencana sosial ini disebabkan lemahnya nilai-nilai islam dalam diri masyarakat, akibat kurangnya pendekatan meka terhadap al-quran
mungkin meka ini tidak berapa tahu atau tak peduli kisah2 zaman Rasulullah dan para sahabat..kisah Imam Ghazali dan yang seangkatan yang telah menguasai al-quran sejak kecil lagi..

mereka beranggapan cukup sekadar hafaz dan sudah, selesai..sedangkan ia lebih dari itu...

mungkin juga kata2 sedemikian timbul disebabkan sifat cemburu dan dengki masyarakat melayu islam kita..apapun saya tahu puan tabah dan mampu menempuhinya...

semoga berjaya dan sayapun selalu cuba kuatkan semangat agar konsisten/istiqamah macam puan..memang mendidik anak tak semudah yg disangka...

kesian sungguh meka tersebut kerana tidak terjangkau di fikiran meka atau iman meka betapa kita sekarang ini amat2 perlukan generasi celik quran agar meka ini nanti akan menjadi al-quran yang berjalan..
Anonymous said…
Assalamualaikum Pn Lina,

Saya simpati dgn apa yg Puan lalui tapi bak kata Puan, semua tu tak luak kan semangat pun yea tak. Yg penting kita usaha 'sebaik mungkin'. 'Sebaik mungkin' tu mungkin tak sebaik mana, itu sebab anak2 tak dapat capai maksimum tahap potensi mereka (mcm kes anak2 saya le hehe). Tapi alhamdulillah lps baca kisah anak2 Puan Lina ni, saya revise balik study plan anak2 dan alhamdulillah sejak last saya tinggal komen kat sini till now, anak2 saya dah hafaz 2 surah baru dan lebih teratur lg perjalanan pendidikan mereka. Saya target by 7 tu inshaallah selesai juz amma paling kurang serta boleh menguasai baca Quran dan subjects lain.

Disamping apa yg Pn Lina katakan tu, pd saya ada 2 perkara lagi yg perlu diberi perhatian iaitu

a) Pastikan anak2 bukan sekadar hafaz Quran tp juga memahami isi kandungan Quran tersebut. Jadi hafazan ni hanya langkah permulaan kpd perjalanan seterusnya. Dgn hafazan ni nnt mudah nak belajar ulum al-quran, ulum al-hadis, usul fiqh etc. Selain dari pastikan anak2 hafaz (anak2 mcm sponge yg absorb je), kita kena pastikan mrk faham cerita2 surah tersebut.

b) Selalu minta dikurniakan taufik dan hidayah. Ramai di luar sana yg berilmu tinggi, ramai yg tahu asas2 agama tp sedikit sekali yg praktikkan ilmu, gara2 tak dapat hidayah. Hidayah tak dtg bergolek tp mesti dicari dan dipinta. Bila dah dapat, wajib dipelihara. Itu yg terjadi kpd ramai pelajar2 sekolah agama (saya ex-sekolah agama juga). Bila keluar sekolah, masing2 culture shock. Ada juga yg dipengaruhi faktor keluarga yg tak praktikkan ajaran agama. Ada org yg tak hafaz quran pun, sekadar boleh baca tp akhlaknya, perlakuannya, penampilannya mashaallah mmg selari dgn syara'.

Maaf saya sekadar nak berkongsi rasa. Saya harap ramai lg para ibu yg boleh mencontohi kesabaran dan ketekunan Puan dlm mendidik anak2 dan tidak bersikap lepas tgn. Puan hanya manusia biasa tp Puan boleh lakukan. Begitu juga kita semua.

Hasina
Lina said…
Terima Kasih atas komen/pendapat dan nasihat oleh semua pengunjung blog saya ini. Dalam tak sedar, kita sebenarnya telah diberi hidayah untuk mengutamakan apa yang patut diutamakan. Sebab itu kita rasa 'tidak senang' dengan pendapat yang 'kurang senang' tersebut. Semoga kita terus mendapat hidayah dan dikurniakan semangat yang lebih tinggi lagi untuk mendidik anak kita berbeza dari didikan 'arus perdana' sekarang ini.


Salam mesra... Lina, Mama Darwish dan Darwisya.
Anonymous said…
salam..
promosi baju raya dewasa & kanak di http://gengmama.blogspot.com
jom...jangan ketinggalan..
iLa said…
Sy ingin punya anak spt puan.
anak sulung sy 2 thn 2 bulan
byk zikir2 pendek yg dia ingat.
tp bahasa dia la.tak berapa nak paham
tiap2 pg/ptg sy letak dia depan tv dgr zikir
nak tdo/dlm keta mmg dgr zikir
tp nakajar mengaji nmpk dia tak ready
cuba ajar iqra'.byk main dr belajar..
tak tahu dr mana nak mula
teringin hantar ke taska yg ade ajar hafazan.tp tk tahu dimana..umur mcm ni nmpk dia sgt cekap menghafal.dr dia hafal lagu,baik dia hafal quran..

ttg ckp2 mulut busuk tu,
puan byk2 bersabar.sy rela anak sy tak pandai akedemik,asal dia tak buta agama.sy sendiri tak berapa pandai mengaji.sy nak anak sy pandai.insyaallah nak sama2 belajar dengan dia nnt.al-quran je nnt yg dpt bantu kita kat 'sana'.anak ini sajalah saham sy di akhirat kelak..dan dengan senario skrg dimana ramai remaja terjebak maksiat,sy lebih memilih ajaran alquran supaya anak sy tidak hanyut nnt..moga Allah melindungi anak2 kita
Lina said…
Ila,

Alhamdulillah, kerana hidayah Allah kepada kita semua. Saya tidak akan terkesan dengan kata-kata sesiapa langsung kerana saya lakukan segalanya hanya kerana Allah.

Tentang mendidik anak, kita tidak perlu menjadi seorang ahli quran untuk mengajar kanak-kanak yang tak mengenal huruf untuk mengaji. Kita boleh dapat bantuan VCD belajar mengaji yang menarik di pasaran. Tengok dan menyanyi bersama anak. Memang budak banyak main dari belajar. Bayangkan saya mula mengajar dari anak saya umur 6 bulan. Dia buat dono je.. Tapi kita kena terus juga tunjuk flashcard2 alifbata tu. Dapat 5 minit sekali belajar cukuplah. Buat tiap hari. Hasilnya anak lelaki saya yang umur 2 tahun 4 bulan sekarang dah fasih huruf fathah, dhommah dan kasrah (atas bawah dan depan. Tak lama lagi dia akan belajar huruf bersambung pula. Pengalaman saya, budak lelaki lebih banyak mainnya dari budak perempuan.. Apa pun dalam mendidik mereka perlu sabar dan konsisten.
Jazimin said…
pedulikan apa org nak kata...

sesunggguhnya kita lah(parent) yang mencorakkan anak kita...

Insya'Allah,istiqomah dalam mendidik anak2 melalui Al-Quran,banyak ganjarannya di dunia lebih2 lagi di akhirat...
anon suria said…
teruskan menulis....banyak manfaat kepada pembaca. tq kerana berkongsi ilmu dalam mendidik anak-anak.
amalina said…
tahniah kak Lina...saya selalu bersemangat mendidik anak2 setiap kali baca blog akak. moga dilimpahi keberkatan dan rahmat Ilahi :))
yusleeza said…
terima kasih kak lina...saya amat bersyukur kerana bertemu dengan blog kak lina dalam pencarian saya untuk mencari kaedah mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat...semoga dengan panduan yang diberikan dapat membakar semangat dan kekentalan saya untuk terus mendidik mereka ...InsyaAllah..
Anonymous said…
Alhamdulil
lah. Semuga anak anak kita semua diberi hidayah untuk mencintai Quran lebih dari segalanya.

Popular posts from this blog

PERJALANAN MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI

Blog ini adalah catatan peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Segalanya adalah anugerah dari Allah s.w.t. memberkati usaha saya mempraktikkan kaedah tersebut hingga anak saya berkemampuan seperti yang sedia ada.  Maka dengan ini lengkaplah sudah penulisan saya berdasarkan niat saya untuk berkongsi dengan orang ramai. Untuk bacaan lanjut dari sini, saya jemput untuk melayari website saya di  http://www.islamicparentingnetwork.net/ Jika ingin mendapatkan tips dan panduan melalui emel, boleh isikan nama dan emel di kotak dibawah dan klik butang submit. InsyaAllah kita berhubung melalui emel pula selepas ini.  Nama Email

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara: 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. 3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. 4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihiss...

Darwisya Mendaftar ke International Modern Arabic School, KL

Semakin banyak maklumat dari rakan2, forum internet, dan sebagainya tentang tadika tadika yang pernah mereka ketahui, saya menjadi semakin keliru dalam membuat keputusan. Memang niat saya telah tertanam lama untuk mengembangkan pengetahuan bahasa Arab pada anak-anak saya menjadi asas dalam saya mencari tadika yang sesuai kerana ia adalah sesuatu yang saya gagal lakukan sendiri. Namun dalam banyak2 pilihan, untuk tujuan ini pilihannya adalah terhad. Betapa indahnya jika anak saya dapat menghayati setiap ayat yang di hafalnya setiap hari. Tentu lebih kekhusyukkan dan keseronokkan menghafal akan timbul apalagi jika semakin hari semakin banyak yang dihafalnya. Sekarang Darwisya sudah hampir habis menghafal surah-surah penting iaitu Surah Yassin, Al Mulk, Ar Rahman, As Sajadah, Al Waqiah dalam usianya yang belum lagi 4 tahun. Allah mengetahui niat saya yang tersangat kuat hingga satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan satu website Program Kindergarten di International Modern Ara...