Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Persekolahan Darwisya di International Modern Arabic School

Alhamdulillah hari pertama Darwisya masuk kesekolah pada hari semalam berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti biasa, hari pertama ke sekolah untuk kanak-kanak tahap tadika ini ada yang tak mahu masuk kelas, ada yang menangis hendak bersama ibunya, ada yang masuk, duduk dan keluar balik kejar ibunya dan sebagainya. Mungkin Darwsiya pernah saya sekolahkan untuk beberapa bulan di sebuah sekolah tadika biasa yang berdekatan sebelum ini menyebabkan dia boleh menerima untuk saya tinggalkan tanpa sebarang masalah. Sebelum saya meninggalkan Darwisya, ada juga saya menunggu dalam 1 jam memerhatikan dia boleh atau tidak ditinggalkan dan saya perhatikan dia memang kelihatan agak janggal kerana kawan2 nya mempunyai 'rupa dan bahasa percakapan' yang berlainan dari kawannya yang biasa. Dia kelihatan diam dan lebih banyak memerhati kawan-kawannya. Saya harap situasi ini tidak kekal lama dan menganggapnya perkara biasa untuk mana-mana kanak-kanak ke sekolah pada hari pertama mer...

Menziarahi Pusara Sebelum Keesokkan Berhari Raya

Darwisya menyiram air di atas pusara atuk sambil darwish berada disisi. Hari ini adalah hari penutup Ramadhan. Seperti kebiasaan tahun-tahun lepas, kami anak beranak ke pusara arwah bapa saya sebelum berhari raya keesokkan harinya. Tanpa saya sedari kali ini yang membaca Yassin dan Tahlil bukan hanya kami berdua suami isteri seperti tahun-tahun lepas, tetapi nampaknya ada suara kecil yang mengikuti bacaan kami. Itulah Darwisya.. dan semoga untuk tahun depan, satu suara kecil kedua (Darwish) akan mengikuti kami juga untuk membaca Yassin dan tahlil di pusara arwah bapa saya. Pertengahan Ramadhan kali ini saya bermimpi berjumpa arwah bapa saya yang telah meninggal. Mimpi yang sangat saya mahukan dari semenjak dia meninggalkan saya adik beradik beserta ibu kami semenjak 13 tahun lalu. Namun saya tidak pernah bermimpi hinggalah Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, walaupun ianya hanya mimpi, saya dapat memeluk erat dan meluahkan perasaan rindu saya pada bapa saya. Menziarah ke pusaranya ...

Majlis Khatam Quran Kumpulan Tadarus Ramadhan di Surau Kami

Malam ini malam yang ke 27 dalam bulan Ramadhan. Terasa sedih Ramadhan hampir meninggalkan kita. Seperti yang saya katakan, Ramadhan kali ini amat bermakna kerana ia adalah pertama kali saya bertarawih dgn kedua anak saya. Alhamdulillah, tiada apa yang mendorong mereka selain dari hidayah Allah. Mereka tidak pernah meninggalkan tarawih walaupun mereka boleh membuat pilihan tidak mengikut dan menonton tv dirumah jika mereka mahu. Walaupun mereka berdua beradik hanya duduk ditepi, hanya mendengar dan memerhati sahaja, banyak perkara yang mereka pelajari disurau. Sememangnya kita tahu kanak-kanak banyak dan cepat belajar dengan cara begini. Antara hikmah membawa anak2 saya ke surau adalah : Mereka telah dibiasakan hampir sebulan cara untuk berada didalam surau dalam keadaan berhemah.   Tidak keluar sewaktu saya bersolat untuk bersama dengan kanak-kanak lain yang kedengaran meriah membuat bising, bermain mercun dsb diluar surau.  Kedua beradik tahu untuk mengangkat tangan...